HOME

Monday, October 8, 2012

ISU PENDIDIKAN PBS GANTI PMR

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Azwan HN, Parit, Perak” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 24 September 2012Kaji kewajaran PBS ganti PMR.
 
Pada tahun 2014, PMR akan ditambahbaik melalui pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang telah dimulakan pada tahun 2012 bagi kohot pertama murid tingkatan 1. Pada tahun 2016, gred UPSR tidak lagi akan ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja, tetapi digabungkan dengan pentaksiran berasaskan sekolah yang terdiri daripada pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat. Ini bererti sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi merupakan penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran.
 
Kemajuan dan pertumbuhan seseorang murid dinilai secara adil dengan menggunakan Standard Prestasi. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan Standard Prestasi.
 
KPM juga akan meningkatkan secara sistematik bilangan peratusan soalan kemahiran berfikir aras tinggi melalui PBS dan peperiksaan awam. Soalan yang berasaskan Taksonomi Bloom ini akan menguji kemahiran seperti aplikasi, analisis, dan penilaian. Menjelang 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% dalam soalan mata pelajaran elektif SPM.
 
Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji dan pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu. Sebaliknya, murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan.
 
Format pentaksiran baharu ini membolehkan murid dinilai berdasarkan keberhasilan yang lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang, seperti yang dihasratkan oleh dasar Kementerian.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

4 comments:

  1. Ramai penjaga masih tak faham masalahnya? bagi saya nampak ianya pemudah cara sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Harap guru-guru sabar dan jangan melepas geram dalam PRU 13.

    ReplyDelete
  3. PBS sebenarnya menambah lebih banyak peperiksaan kpd murid dlm ujian yang lebih mini. Saya sokong penambahbaikan PMR dan pemansuhan PBS.

    ReplyDelete
  4. Dalam sistem PBS, latihan yg diberikan kpd murid dijadikan sbg 'evidens' atau 'ujian mini' utk menilai prestasi. Prestasi yg dinilai akan dikunci masuk ke dlm data prestasi di laman web moe.com.my.

    Persoalan:
    Siapa dapat menjamin bahawa seseorang tidak akan memberi jawapan terus kepada muridnya utk membantu murid tsb mencapai Band yg lebih tinggi.

    ReplyDelete

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers