HOME

Wednesday, March 25, 2015

Isu Pendidikan Semasa






Isu Pendidikan Semasa
Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik adalah kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Sejauh manakah guru masa kini dapat menerima cabaran untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan?

Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti perpustakaan maya selain buku teks atau mengunjungi perpustakaan. Jika pelajar dididik untuk menggunakan internet secara berkesan, para guru berupaya melahirkan satu genarasi yang dinamik dan progresif kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini.
Cabaran Kepada Guru
Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilihat daripada kesediaan guru yang meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap.
Kemahiran Teknologi Maklumat Guru

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk memikul cabaran ini.
Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru

Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.
Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.
Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat

Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan komputer, berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk memikul cabaran ini.

Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru

Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.
Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.
Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat

Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan komputer, berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik,

Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa






Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu pantas di peringkat global.  

Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.

Globalisasi dalam Pendidikan

 Definisi
Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran kewangan dan pelaburan untuk beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya adalah hasil daripada pembatalan kawal selia dan peningkatan komunikasi secara berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut Financial Time Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi serantau dan negara, masyarakat dan budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian perdagangan global, komunikasi, imigresen dan pengangkutan.
Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa, kaum, warna kulit, status dan latar belakang

bersaing secara adil dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh dunia.

Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan
Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut:
 Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
 Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini.
 Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan.
 Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.
 Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.
 Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.
 Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global.
 Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.
 Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan.
 Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia.
 Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.


Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan
Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut:
 Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan
 Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
 Pentadbiran pendidikan
 Pembangunan identiti pelajar
 Kualiti Guru
 Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi
 Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam aspek penggunaan ICT dalam proses pengajaran
 Peningkatan dalam beban kerja
 Sikap guru dalam pengajaran di zaman global
 Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi
 Pengaruh negatif kepada identiti pelajar
 Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global


Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan
Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk  

bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.
 

About Me

Followers