Gesaan
Lim ini berbaur politik dan tidak sesuai diucapkan, dalam majlis yang
jelas berkait rapat dengan kelompok pemimpin ugama. Jelas sebagai
Setiausaha Agung DAP, Lim menggunakan platform majlis bagi pemimpin
gereja untuk menyemai agenda politik Pembangkang. Ringkasnya, DAP
menggunakan gereja sebagai platform politik.
Ini menyamai amalan yang dibuat PAS, iaitu menggunakan mimbar sebagai platform politik.
Menggunakan platform ugama dan mengambil kesempatan untuk menyemai bibit bibit politik, terutama ‘Politik Kebencian’ (Politics of Hatred) yang menjadi strategi Pembangkang telahpun memperlihatkan bagaimana masyarakat Malaysia boleh terbelah dan tidak bersatu padu.
Contoh
yang baik ialah apabila masyarakat Melayu dibeberapa tempat mula
ditiupkan dengan fahaman politik sempit dan mengamalkan perbuatan yang
memecah belahkan masyarakat, seperti ‘Masjid Dua Imam’ dan memboikot
kenduri dan ziarah bagi kematian, semuanya angkara politik. Secara
automatiknya, masyakarat menjadi lemah kerana perpecahan akibat ‘politik
dalam mimbar’ ini.
Rata
rata platform ugama atau majlis keugamaan ialah tempat dan keadaan
dimana orang ramai berhimpun untuk aktiviti kerohanian mereka. Mereka
biasanya bersedia untuk mengenepikan hal duniawi sementara, demi untuk
memberi fokus sekiranya tidak mengambil peluang itu untuk mengabdikan
diri kepada Tuhan atau Maha Pencipta. Ianya keadaan dimana insan mencari
ketenangan dan berada dalam keadaan yang terbuka dan amat mudah
dipengaruhi, dimana segala urusan dan tekanan kesibukan sehari harian
mereka diketepikan sementara.
Mengambil
kesempatan penganut mencari ketenangan dan mengenepikan kesibukan
urusan duniawi mereka untuk disuntik bertujuan menengahkan agenda
politik dan mencari pengaruh wajar dianggap tidak sihat, beretika rendah
dan mungkin dilihat sebagai menghasut.
Sekiranya
gesaan yang dibuat Lim ini dibuat bukan diatas platform majlis
keugamaan atau perhimpunan pemimpin gereja, maka pra-sangka DAP tidak
menggunakan gereja boleh dielakkan. Namun, dipercayai Lim sengaja
membuat kenyataan ini dalam ucapan majlis tersebut, demi mengukuhkan
bahawa DAP memang menggunakan platform gereja bagi tujuan politik
mereka.
Pada
5 Mei 2011 bertempat di Hotel Red Rock, Jalan Macalister, Pulau Pinang
MP Jelutong Jeff Ooi telah menganjurkan sebuah majlis makan malam dimana
pastor pastor Kristian yang giat terlibat dalam aktiviti pendakwahan
Kristian di Sarawak, telah dijemput sama. Pastor dari luar Malaysia yang
bergiat di Sarawak juga hadir. Ini juga adalah kebetulan DAP
menganjurkan lawatan ADUN DAP yang menang dalam Pilihanraya Negeri
Sarawak tiga minggu sebelum itu, berkunjung ke Pulau Pinang.
Dalam majlis itu, difahamkan mereka telah berikrar untuk“Menjadikan Kristian sebagai ugama rasmi Malaysia dan seorang Kristian diangkat sebagai Perdana Menteri”.
Turut hadir ialah Ketua Pemuda Sosialis DAP Ong Ah Tiong dan pemimpin
DAP Pulau Pinang Phillip Thum. Apabila cerita ini terbongkar, negara
menjadi gempar mengenai pendedahan ini. Inibukti bahawa DAP menggunakan gereja bagi agenda politik mereka.
Pemimpin
pemimpin politik terutama DAP melatah dan bertindak, termasuk
mengeluarkan kenyataan dan membuat laporan polis. Seminggu selepas
BigDogDotCom menyiarkan laporan itu dan Utusan Malaysia menggunakan
laporan itu sebagai muka depan pada 7 Mei 2011, salah seorang ahli DAP
Jelutong Mohamed Razali Abdul Rahman yang menghadiri majlis dan
menyaksikan sendiri ikrar malam itu membuat laporan polis dan mengesahkan “Apa yang dilaporkan itu benar”.
Ahad
menjelang Ramadhan tahun lepas dimana JAIS membuat siasatan mengejut di
Damansara Utama Methodist Church dimana dipercayai hampir 100 orang
Melayu sedang menjalani proses pengKristianisasi, Lim
bersama pemimpin DAP lain Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok dan
ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh telah menghadiri upacara ugama untuk menyatakan sokongan kepimpinan DAP kepada gereja.
Adalah
amat bahaya apabila Pembangkang terus menerus menggunakan platform
rumah ibadat dan majlis keugamaan demi menyebarkan pengaruh politik.
Tindakan seperti ini akan semestinya mengundang reaksi termasuk orang
ramai, sekiranya bukan tindakan oleh pihak berkuasa. Lim sebagai Ketua
Menteri sepatutnya menggunakan peluang semasa bertemu pemimpin gereja
untuk menyuburkan sikap kesefahaman dan toleransi antara kaum dan
kepercayaan.
Semua ini, belum lagi mengambil kira Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham menghina umat Islam.
Pemimpin DAP sendiri tidak adil. Lim sendiri pun tidak menentang
‘ketidak adilan’ ini. Dimana “Kepertanggung jawaban kepada Tuhan”
sebagaimana yang dikatakan Lim kepada 300 pemimpin gereja itu?
DAP memang tak guna. Orang Malaysia dah masak dengan idea dap laknat ni.
ReplyDelete