HOME

Thursday, April 26, 2012

TEKNIK-TEKNIK VOKAL (PANDUAN GURU)


  • Kerangka Tajuk-tajuk

       
          
  • KANDUNGAN ISI

1.1   POSTUR ASAS DALAM NYANYIAN

Teknik vokal merangkumi pengetahuan tentang pedagogi vokal yang berkait dengan anatomi tubuh semasa penghasilan suara. Ianya menjelaskan tindakbalas tubuh di bahagian vokal yang menyebabkan terhasilnya suara dan kawalan-kawalan bahagian tubuh tertentu yang diperlukan seseorang dalam meningkatkan mutu nyanyian.

Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, kedudukan badan atau postur dalam nyayian perlu dititik beratkan. Postur yang baik bermaksud menggunakan badan dalam keadaan seimbang supaya otot-otot pernafasan dapat bekerja dengan mudah serta membantu penyanyi mengeluarkan suara yang diingini tanpa ada sebarang halangan fizikal. Bagi penyanyi yang sudah mahir, mungkin sebarang posisi tidak menjadi gangguan kepada mereka. Tetapi bagi mereka yang melalui proses pembelajaran, menyanyi dengan postur yang betul merupakan langkah yang terbaik. Antara postur asas semasa menyanyi terdiri daripada postur berdiri dan postur duduk. Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan postur berdiri dan postur duduk adalah seperti berikut:

1.1.1   POSTUR BERDIRI

·         Kaki dibuka sedikit dengan satu kaki di dihala sedikit kehadapan.
·         Berat badan perlu diimbangkan di hadapan tapak kaki dan bukan ditumit.
·         Lutut perlu dilonggarkan sedikit (tidak dikunci) bagi mengelak ketegangan.
·         Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung.
·         Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa.
·         Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada.
·         Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok.
·         Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi.
·         Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau menunduk.

 

       Rajah 1 : Postur berdiri


Berdiri tgak dengan kaki renggang sedikit. Badan diimbangkan di kedua belah kaki dan seluruh anggota badan dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan di sisi badan.  Dada hendaklah kehadapan dengan bahu ke belakang. Kepala haruslah ditegakkan dan pandang lurus kehadapan.



1.1.2   POSTUR DUDUK

·         Kaki hendaklah dibuka dengan satu kaki dihala sedikit kehadapan. Jangan sila panggung semasa menyanyi.
·         Tapak kaki diletakkan rata di atas lantai pada posisi yang seimbang agar boleh menyokong keseluruhan badan semasa duduk
·         Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian punggung.
·         Bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa.
·         Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada.
·         Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok.
·         Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi.
·         Tangan boleh diletakkan di atas peha sambil bergerak selesa.
·         Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau menunduk.



  Rajah 2 : Postur duduk


Duduk tegak dan kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua belah tapak kaki di lantai dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan diatas paha. Kerusi hanya duduk 1/3 bahagian kerusi dan jangan bersandar. Dada juga hendaklah kehadapan dengan bahu kebelakang dan elakkan dari mengangkat bahu.  Kepala mestilah sentiasa tegak dan pandang lurus kehadapan.

Kesimpulannya asas postur yang betul membuatkan nyanyian menjadi lebih mudah dilakukan. Ia akan menyediakan mekanisme fizikal bertindak balas dengan konsep mental tanpa sebarang gangguan. Ia juga membuatkan semua proses berjalan secara bersambung-sambung tanpa halangan. Postur yang betul membolehkan seseorang menyampaikan suara dengan baik sekaligus menyanyi dengan lebih baik.  Postur yang baik perlu seimbang, bergaya dan ringkas. kefahaman terhadap pengawalan postur ini amat penting dalam membantu penyanyi mengeluarkan suara dengan lebih bebas tanpa sekatan.



1.1.3   Latihan Fizikal Bagi Mendapatkan Postur Yang Baik

A.        Berdiri
i.      Berdiri tegak dan badan tidak boleh bongkok.
ii.     Tangan dinaikkan ke paras bahu. Bengkokkan tangan sedikit dan   
         turunkannya secara perlahan-lahan. Ulang beberapa kali.

B.        Duduk
i.      Duduk ke hadapan. Tangan pada paha.
ii.     Dengan perlahan-lahan, tarik nafas yang dalam dan perhatikan
        bahagian tulang rusuk anda mengembang.



Layari Internet

Aktiviti 1.2
Anda dikehendaki melayari internet dan mendapatkan maklumat tambahan berkaitan postur dalam nyanyian.


1.2   KAEDAH PERNAFASAN DALAM NYANYIAN

Penggunaan teknik suara yang betul menghubungkan konsep fikiran kepada perasaan dan mengaitkan pula dengan tindak balas fizikal. Salah satu teknik vokal yang perlu dititikberatkan dalam nyanyian ialah pernafasan.

Semasa bernafas, oksigen akan masuk ke dalam ruang paru-paru. Bahagian otot yang membantu proses pernafasan terdiri dari otot diafragma, otot ini merupakan satu bahagian otot besar berbentuk-kubah terletak melintang dibahagian bawah tulang selangka iaitu di bawah bahagian paru-paru. Apabila otot diafragma menurun, bahagian pinggang akan mengembang. Tekanan udara yang berada di dalam badan kita akan menjadi rendah, dengan itu membuatkan udara atau oksigen disedut ke dalam paru-paru atau disebut respirasi. Apabila otot diafragma menaik, tekanan udara yang terdapat di dalam badan akan menjadi tinggi dan ini menyebabkan udara keluar semula, atau dihembus iaitu disebut ekspirasi.
Pernafasan yang betul ketika menyanyi adalah dengan menggunakan otot diafragma. Perhatikan pernafasan seorang bayi, kelihatan perutnya yang naik dan turun apabila bernafas – ini adalah cara yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu anda dan dada anda harus sangat minimum pergerakannya. Amalkan cara tersebut dengan mengimbangi bahu anda dan menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam dan ke luar.



              http://medicalcenter.osu.edu/greystone/images/ei_0372.gif
                                  
       Rajah 3: Proses respirasi dan ekspirasi di bahagian paru-paru manusia                               
1.2.1   Senaman bagi Otot Diafragma
Salah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan menahan nafas ketika menyanyi. Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan atau membiarkan saja nafas anda mengalir seperti biasa, jika tidak anda akan merasakan kesukaran untuk mencapai note tinggi dalam nyanyian anda.
            Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman mudah ini: Mulakan dengan berbaring dan meletakkan sebuah buku besar di bahagian tengah abdomen anda. Sebagaimana anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik. Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda
                             
                     




1.3   KAWALAN PERNAFASAN

Pernafasan dalam nyanyian merupakan satu perkara yang perlu dititik beratkan bagi mencapai kesempurnaan terhadap penyampaian nyanyian. Bagi percakapan harian, bunyi tidak dilanjutkan seperti dalam nyanyian,  tiada hukum hakam yang perlu dipatuhi bagi menghabiskan bagi satu baris ayat. Nafas boleh di ambil di merata-rata tempat yang dikehendaki mengikut keselesaan. Tatapi dalam nyanyian yang didasari oleh pic, irama dan melodi memerlukan kawalan pernafasan yang lebih dinamik bagi mengelakkan nafas diambil pada bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya untuk menjaga keindahan sesebuah lagu yang disampaikan.   Selain itu, penggunaan ekspresi dan rangkaian lagu dalam nyanyian juga memerlukan kawalan pernafasan.

Bagi mengawal pengeluaran udara yang betul ialah bermula dengan pengetahuan penyanyi terhadap tindakbalas tubuh badan yang berlaku semasa menyanyi. Pernafasan dalam nyanyian melibatkan paru-paru, diafragma dan abdomen bahagian bawah. Nyanyian yang betul adalah dengan berjaya menghabiskan satu frasa dengan satu nafas sahaja. Ini berlaku hanya dengan kawalan yang betul semasa menyanyi. Apabila wujud kefahaman berkaitan proses penafasan dalam nyanyian maka penyanyi akan bertindak menyedut udara dan melepaskanya perlahan-lahan mengikut suku kata dalam nyanyian tanpa membazirkan tenaga mengawalnya.            
























Bagi mengawal pengeluaran udara yang betul ialah bermula dengan pengetahuan penyanyi terhadap tindakbalas tubuh badan yang berlaku semasa menyanyi. Pernafasan dalam nyanyian melibatkan paru-paru, diafragma dan abdomen bahagian bawah. Nyanyian yang betul adalah dengan berjaya menghabiskan satu frasa dengan satu nafas sahaja. Ini berlaku hanya dengan kawalan yang betul semasa menyanyi. Apabila wujud kefahaman berkaitan proses penafasan dalam nyanyian maka penyanyi akan bertindak menyedut udara dan melepaskanya perlahan-lahan mengikut suku kata dalam nyanyian tanpa membazirkan tenaga mengawalnya.            



1.4   SOKONGAN PERNAFASAN

Sokongan pernafasan adalah penting dalam membantu kita mengeluarkan bunyi yang stabil dan mantap.






















Terdapat 4 fasa dalam kawalan pernafasan:

a.    Menarik nafas – perut dan rangka rusuk mengembang.
b.    Berhenti seketika
c.    Menghembus nafas – dilepaskan sedikit-sedikit ketika menyanyi
d.    Pulih kembali – rileks dan bersedia untuk kembali ke fasa satu.


                                

Rajah 4 : Gambaran kedudukan diafragma semasa menarik nafas dan menghembus nafas


Penafasan yang betul daripada diafragma memerlukan latihan sehingga ia menjadi tabiat. Dengan cara pernafasan begini, anda bukan sahaja akan cemerlang dalam kebolehan menyanyi, anda juga akan mengekalkan kesihatan anda sendiri. Pernafasan yang betul membantu untuk menghapuskan karbon dioksida dari tubuh kita dan mengambil oksigen secukupnya memberi faedah kepada keseluruhan organ dalaman.
.


Mengumpul Maklumat

Aktiviti 1.3
Hasilkan satu pengurusan grafik berkenaan dengan proses yang berlaku semasa pernafasan dalam nyanyian.



1.4   SOKONGAN PERNAFASAN

Melalui pedagogi vokal, panjang sesuatu nafas dilakukan dengan menyedut nafas secara mendalam dan melepaskan secara perlahan-lahan dengan dibantu oleh kawalan otot diafragma. Langkah-langkah dalam kawalan pernafasan semasa nyanyian bermula apabila nafas disedut, ini mengakibatkan paru-paru mengembang, fenomena ini membuatkan diafragma kita tertekan ke bawah dan menyebabkan bahagian sekeliling pinggang turut mengembang. Diafragma perlu dikawal dengan cara mengeraskan bahagian sekeliling pingang semasa pengeluaran udara berlaku. Bagi memastikan bekalan udara cukup sehingga ke akhir frasa, bahagian diafragma harus dipastikan terus ditekan atau mengeras supaya ianya terus menyokong pengeluaran udara yang lebih panjang. 

Sokongan pernafasan dapat dilakukan dengan meperkemaskan/mengeraskan otot-otot abdomen, menciptakan tekanan yang tinggi pada abdomen dan thorax, membuatkan diafragma dalam keadaan rileks dan terkawal (terangkat ke atas). Ia melibatkan bahagian-bahagian badan, otot contohnya, serta kaitannya dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh paru-paru larynx untuk menghasilkan ton yang terbaik dan berupaya menyanyikan frasa lagu dan not-not yang panjang. Penyanyi akan dapat mengawal nyanyian  (fonasi).

Bagi mencapai teknik ini memerlukan latihan demi latihan yang berterusan. Untuk itu, otot diafragma dilatih untuk bekerja bagi menyokong pengaliran nafas yang lebih lama semasa menyanyi. Penyanyi yang berjaya mengawal pernafasan mereka tidak memerlukan tenaga yang banyak semasa menyanyi dan mampu mengeluaran ton suara yang lebih menyeluruh (solid).


1.4.1   Latihan Pernafasan

Berikut adalah beberapa latihan pemanasan suara (vokalize) yang dapat dijalankan untuk melatih otot-otot diafragma bagi bertindakbals dengan teknik nyanyian atau vokal yang betul. Latihan ini boleh dilakukan dengan memulakan dari nada rendah kemudian beransur ke nada tinggi dengan memberi penekanan terhadap fungsi otot diafragma sekaligus memberi perhatian juga terhadap  phonasi, resonan serta artikulasi yang tepat.







     
     

22 comments:

  1. kenapa saya tak dapat nak buka gambar ni?

    ReplyDelete

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers