HOME

Thursday, November 19, 2015

Guru Muda Perlu Aktif Dalam Dunia Persatuan -Forum Guru Muda 1 Malaysia UIAM-


 Pada 19 November bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Kuantan telah berlangsungnya majlis forum guru muda sempena Majlis Pelancaran Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Peringkat Negeri Pahang.
Saya telah memenuhi undangan sebagai Ahli panel bagi membincangkan peranan guru muda bagi mendepani zaman dalam dunia pendidikan. Guru muda era globalisasi perlu pelbagai kekuatan untuk berdepan pelbagai cabaran masa kini.

Sebagai seorang guru, denyut nadi masyarakat harus berada di dalam jiwa seorang guru. Guru harus merentas masa dan zaman. Namun, harus bertapak kepada peranannya sebagai seorang guru. Adalah menjadi sangat penting kepada seorang guru untuk bergiat aktif di dalam masyarakat. Mengapa perlu begitu;
i. Penyertaan guru dalam masyarakat menjadikan seseorang guru itu menyelami permasalahan dan mencari jalan keluar bagi permasalahan masyarakat itu. Sebagai contoh, penguasaan subjek bagi seseorang murid mungkin tidak sama bagi seseorang murid dengan murid yang lain. Dengan menguasai persekitaran masyarakat, seseorang guru itu dapat menjejaki pendekatan yang paling realistik kepada sesebuah masyarakat itu. Pastinya, apa yang diterapkan adalah silibus yang sama, tetapi pendekakannya lebih menarik bagi keupayaan sesebuah masyarakat. Masyarakat bandar, berbeza luar bandar dan begitulah seterusnya.
Guru Muda Harus kembali bergiat aktif dalam dunia berpesatuan.
Persatuan membina jaringan yang lebih luas bagi seseorang guru. Pelbagai latarbelakang membawa guru berfikiran lebih luas dalam menyebarkan ilmu dan berkesan dengan pendekatan kualiti dalam komunikasi.


9 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers