HOME

Wednesday, March 7, 2012

BERITA BAIK BUAT PENJAWAT AWAM!!

 
KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam menunggu dengan penuh debaran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), esok.
Najib dijadual berucap pada perhimpunan khas yang dihadiri ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun serta pegawai kanan perkhidmatan awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kenyataan bahawa Datuk Omar Osman, Presiden Cuepacs, badan yang menjadi payung kepada kesatuan-kesatuan sektor awam, yang akan berucap pada majlis itu,
memberi petunjuk jelas bahawa ia mungkin memberi tumpuan kepada skim SBPA yang disemak semula.
Walaupun beberapa penganalisis melihat skim SBPA sebagai "durian runtuh" untuk penjawat awam, pelaksanaannya merupakan sebahagian daripada inisiatif
untuk mentransformasikan perkhidmatan awam negara menjadi sesuatu yang dinamik dengan budaya berpretasi tinggi yang cekap dan mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada masyarakat moden.

Skim itu, yang bermatlamat menyediakan ganjaran yang lebih baik dan berdaya saing kepada penjawat awam serta mengurus tarikan bakat, pengekalan dan pemacu dalam perkhidmatan awam, merupakan sebahagian daripada pelan transformasi Najib bagi meletakkan asas ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

Pada mulanya, Najib telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan skim gaji yang lebih baik bagi penjawat awam ketika beliau membentangkan
Belanjawan 2012 pada 7 Oktober tahun lepas.
Kerajaan telah memperuntukkan RM64.1 bilion untuk gaji dan pencen kakitangan kerajaan di bawah Belanjawan 2012 tetapi semakan boleh bermakna gaji yang lebih
tinggi.

Skim itu, yang dijadual dilaksanakan pada 1 Januari tahun ini, ditangguhkan selepas CUEPACS membantah terhadap kewujudan perbezaan gaji yang begitu ketara
antara mereka yang menduduki gred JUSA dan Premier berjumlah kira-kira 2,600 pegawai dan mereka yang berada dalam Gred 54 dan ke bawah.
Berikutan keadaan yang tidak seimbang, Perdana Menteri mengambil tindakan tepat pada 12 Januari apabila beliau meminta supaya skim itu disemak semula.
Satu pasukan petugas khas diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, dibentuk bagi mengkaji kelemahan yang dikatakan wujud
dalam skim yang dicadangkan itu.
Walaupun, pasukan petugas diberi tempoh sehingga 16 April untuk menyelesaikan tugasnya, tetapi ia telah dapat membereskannya lebih awal daripada
yang diduga.
Penyelesaian bagi isu yang hangat ini memberi kelegaan kepada kakitangan yang terjejas, yang mana, seterusnya ia mungkin memberikan kesan positif berganda di mana empat juta orang lagi akan mendapat manfaat jika anggaran kasar empat tanggungan bagi setiap pekerja digunakan.
Sesungguhnya, ia akan menjadi durian runtuh jika mereka juga mendapat bayaran tunggakan kerana Cuepacs meminta supaya pakej gaji SBPA yang disemak semula berkuatkuasa daripada tarikh pelaksanaan asal iaitu 1 Januari walaupun ia ditangguhkan.

Bagaimanapun, bukan hanya penjawat awam yang mendapat faedah di bawah program transformasi Perdana Menteri ke arah mewujudkan ekonomi berpendapatan
tinggi pada akhir dekad ini. Pada akhirnya, mereka yang berada dalam sektor swasta, terutama yang berada di peringkat rendah, juga akan menikmati faedah
kerana kerajaan juga sedang menumpukan usaha bagi melaksanakan dasar gaji minimum.

Dasar yang dicadangkan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3.2 juta kakitangan sektor swasta. Sementara begitu banyak perdebatan mengenai kebaikan dan keburukan bagi dasar sedemikian, perlu diingatkan bahawa teras utama ialah bagi menyediakan gaji yang memuaskan dan membebaskan mereka daripada
 belenggu kemiskinan.

Kesimpulannya, semua ini adalah sebahagian usaha di bawah orientasi kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" di bawah pentadbiran Najib bagi
meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia untuk masa depan yang lebih baik.

3 comments:

  1. DIPETIK DARI KOMEN ANON DLM BLOG IDEA KITA:
    Molek la tu,biar ‘tergadai balik’ JERANTUT & tanah strategiK lain di tengah bandar ni yang telah dapat di”slow”kan kerakusannya beberapa tahun sebelum ini oleh MDJ & PJBT DAERAH pada taukey & juaknya yang da berape lama terjelir lidoh & mengigil tak dapat ‘susu & daging’ segor baik di kl @ dari rombongan ke luar Negara yang dah biase dapat dulu-dulu zaman s/u lame(rahsia umum ni kan)??

    2 tokoh utama D.O & S/U ???
    S/U wan norizan dulu yang kite uleh,pasai ni waris kiter belake ni mekale anok tempatan yang baik dari anok tempatan dulu dan kuat semangat jantet nye..

    Macamane tak tangan ghoib ket belakang ni nak tahan hati lagi??banyok plen deme hok terganggu, meke diambil la usaha bersepadu dari kalangan juak-juak untuk memburokkan usaha s/u ini dengan kata-kata yang biase kite dengor, keceriaan ni mebazir la,pojek tah haper-hape,mengabiskan duit dan 10 001 karangan la nok memburukkan wan norizan.licik dengan penuh sakitnye hati deme deme ni menabor cakap merate..menteloh pulak mdj nok kena sita baru ni,lagi laa sedap diroknyer ke s/u tu..

    ReplyDelete
  2. Mane toknyer rumoh kedai yang ‘tak berisi penyewa @ penghuni’ di tingkat atas,tengoh @ bawoh dari pojek-pojek deme yang sume deme punye di jantet ni sume telah ‘dikutipcukaikan’ oleh MDJ yang selama ini ‘tak berapa payoh bayor sangat oleh s/u lame & rangkaian” sebab banyok berbudi la katakan..(kene tahu deme,lot yang belum disewa lagi cukainya dikutip dari pemajunya bukan dari penyewa nya & adelah t/jawab pada pemaju untok bayo. Deme kira je la ade berape ratus yang tak ber’sewa’ @ tak berpenyewa??..meke, bile s/u baru abis dikutepnya cukai belake,bukan nak aniaya tapi itulah setanded operasi bagi pbt..ada la yang rasa jatuh rugi pada deme tu.dulu s/u baru boley ‘kautim ma’?? tu yang jadi hasil kutipan beberapa tahun ni meningkat mendadak..(ini la sikap pemaju,untung dah amik,takkan pulangan balik siket pun tak mau bayo?banyak kali lipat dah untungnya tu..

    Seterusnya, : selepas keje membunuh karekter s/u barudah jalan ,maka dengan pengaruh yang kuat dengan sultan, dibisikkan la pulok tentang baiknya ,bagusnya s/u baru ni di jerantet(reverse psikology) pulok tentang perubahan jerantet & cerianya,bagus amat kalau dibawak s/u baru ni ke PEKAN yang sedang pesat membangun tu,macam-macam la yang muluk-muluk,indahnya dikabokan ke telinga sultan juga tak lupa diselitkan mengenai pertukaran tu tak sah lah, prosedur tukar bertindih lah semata nak bagi s/u ke luar dari jerantet samada ke pekan @ balik ke lipis semula.Mata kail dua mata,nak bawok ke pekan bagus tapi kekangan juga dengan istana & PM la dan sebagainya jadi cara tu tak jalan,guna la mata kail ‘rappala’ ke dua, ‘PERTUKARAN TAK SAH,BALIK PBT ASAL MASING-MASING’. S?U lama barang tentu balik ke lubok semula la kalau gitu gayanye,mekale balik ke lubok semula deme????hok ceria bando tok sah kira la,hok ‘menganga & terjelir berapa tahun ni tadi? (soalan cepugangsa:binatang apakah ini?kikiki,deme pun gelak..),boleh sendawa la abang abang,kakak kakak,adik adik, tuan tuan, puan puan.

    ReplyDelete
  3. Masa tu nanti jangan la deme ‘berkerumun semula’ tengok skandel kedai depan MDJ ‘sengaja dibako’ lagipadehal BOMBA sebelah MDJ je??TAPI masa tu deme darab je la ‘rumah-kedai,perumahan baru yang rege RM300,000.00(harga minimum mengalahkan Puchong,Pandan dsbgnya) X 1000 unit dah= RM 300,000,000.00 JUTA deme!!!!!!dapat ke sape selama ini??? Dah gadai “SEPENDER” da kita ni belake orang jerantet weiiii,tu da masuk kira silang sana,silang sini,silang kata,silambam suma belaka tu…hahaha. Ni la katanya,Pak Kaduk menang sorak ke ayam sabung, dah la ayam orang punya, kampong tergadai,baju, kain pelekat sume da terlucut, “seluor katek’ dalam pun buat gadai deme..Bawok ler balik s/u yang lame tu & tukarla norizan s/u tu ke tempat lain, mekale deme yang ramai dibando tu senang kome nak ‘mandikan’ kiam, usong dan kambus sekali..Kome yang jadi jentera & informer PR kali ini sangat banyok bak kata NAJIB “FAKTA bukan AUTA” yang nak dilondehkan sebaik wisel PRU nanti dibunyikanNak tengok juga UMporNO Jerantet ni ‘mengulat’ tengoh bando tak de be’kereje’ lepas Cikgu KOH menang parlimen ni nanti. Taukey sama Proksi sama Juak, “ADA AKU KESAH??? Katanye, yea la sebab terus je gabung dengan MP PR ni nanti,sebab yang lepas da ‘Test Market” taja BEBAS yang sekarang terus bukak baju DAP terus..

    Kedai baru,rumah baru, pam minyak ke hape ke suma lagi senang nak bukak,bende bangsa dia, lagi harga boleh lipat 3X ganda pun tak de halangan, melayu balik kampong jauh-jauh balik,sokti ke, garok, binjai ke perlok banyok hutan lagi tu,da tak mampu nok bayo, hok kos rendah pun nak disodok..

    Bab D.O : siket je bab ni,kebetulan D.O ni jenis ikut buku,mekale s/u ikut buku, gandingan yang berkesan tapi ramai yang ‘terkesan hati’ sangat,..Jadi jarum nak suh dipindahkan tu tembus siket je la..deme pun dah nampok bior tak terase sangat s/u je yang kena pindah,maka dengan pengaruh istana siket, Wisma Sri Pahang siket suh la ditukor kedua-dua sekali,senang s/u nak balik buat keje semula, orang jerantet pun tak mara mana.sebab macam pertukaran tahunan katanye..

    Nak jadi kuasa ALLAH, di WSP juga jadi ke cerita di IAB (Istana Abu Bakar) ada hok tahu & dapat dengor betul hael ni tadi,tapi dah hok yang ‘TANGAN GHOIB’ ni pun dah lama duk diatas sampai tok kenai orang jerantet ke idok,lame keluor jerantet ke idok meke bercakap la dia siang tak pandang doh,malam tak dengor doh,lupa yang dunia makin kecik, bak kata Karam Singh Walia versi mabuk, Melayu Bodoh,Melayu Bodoh dan Bangkai gajah nyiru pun tara boley tutop!..

    Nantikan episod seterusnya : Skandel seterusnya, kedai depan majlis DIBAKAR @ TERBAKAR??....Siapa duduk dalam bilek depan tingkap MDJ mengadap api maraktahan BOMBO bio lewat siket sampai walau BOMBA sebelah MDJ je???

    Juga, : Tak berapa minat nengok JKK-123AGENCY buat duit untok bisnes dia dari semangat Orang JERANTET samapai dapat kelebihan dari MDJ??

    Juga fb page : KAMI MAHU NORIZAN KEKAL S/U JERANTET BUKAN BAWAK BALIK S/U LAIN ATAU S/U YANG LAMA-LAMA.

    ReplyDelete

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers