MAKLUMAT dari sumber yang sahih mengatakan bahawa demonstrasi
Bersih 3.0 yang dirancang pada 28 hb April (Sabtu) ini akan menjadi satu
malapetaka besar kepada Pakatan Rakyat.
Menurut sumber tersebut lagi, petunjuk yang mengatakan perhimpunan itu
akan gagal mencapai matlamat ‘terunggul’ mereka iaitu mengumpulkan seramai 500
ribu orang pendemo, begitu kuat sekali.
Antaranya ialah dilihat dari kegagalan himpunan pra Bersih di
Kelab Sultan Sulaiman pada 17 April, yang hanya menyaksikan seramai 10 ribu
orang hadir (angka dari sumber pembangkang), yang mana jauh dari sasaran awal
100,000 orang. Beberapa siri jelajah pra
Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan selepas itu juga, sekadar dihadiri beberapa
puluh dan ratus orang sahaja, contohnya di Dataran Shah Alam pada minggu sudah
yang hanya dihadiri sekitar 200 orang.
Perlu diingatkan bahawa semua angka yang penulis nyatakan di atas
adalah mengambil bulat-bulat dari yang dinyatakan dalam blog pro pembangkang,
dan seperti mana yang kita sedia maklum, angka tersebut amat diragui
kebenarannya. Sudah menjadi pengetahuan
umum bahawa pembangkang cukup suka membesar-besarkan jumlah kehadiran peserta
himpunan, kerana itu akan menunjukkan konon-kononnya acara tajaan mereka
mendapat sokongan rakyat.
Mengambil contoh himpinan Mansuh PTPTN pada 14 April yang dihadiri
sekitar 250 – 300 orang peserta pada, ‘dinaikkan tarafnya’ kepada beribu-ribu
orang oleh hampir kesemua blog pro pembangkang, kecuali portal berita yang
mencari makan dengan sumber dari langganan berita separuh tepat seperti
Malaysiakini. Malaysiakini melapurkan
himpunan itu dihadiri sekitar 300 orang sahaja, jauh dari sasaran 5,000 orang
yang dijaja penganjurnya.
Kalau nak didebatkan dari segi kelayakan peserta yang hadir
(mahasiswa dan peminjam PTPTN), nescaya jumlah itu akan menjadi jauh lebih
kecil dari yang dinyatakan Malaysiakini.
Itu dari segi kehadiran.
Dari segi agenda juga, perhimpunan Bersih 3.0 ini sudah
menunjukkan masalah. Dikhabarkan bahawa
Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi
program Seksualiti Merdeka, akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan
himpunan LGBT yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran
program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.
Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan
terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama
mempromosikan Pakatan Rakyat sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu
berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.
Malah, beberapa blog pro pembangkang juga sudah mewar-warkan
tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT), walaupun
disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS. Tapi dalam masa yang sama, siapalah PAS jika
nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti
Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November.
Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti
komponen Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP, tapi pasti akan ditolak sepenuhnya
oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju
dengan keputusan Ambiga tersebut, dan ini dikatakan akan menjadi punca kepada
kurangnya sambutan rakyat kepada perhimpunan ini.
Ketiadaan ‘publisiti percuma’ dari media-media arus perdana dan
pihak polis sendiri, juga akan menyumbangkan kepada kehadiran yang kurang. Tindakan semua media arus Perdana yang tidak
memberi liputan besar-besaran kepada penganjuran Bersih 3.0 (tidak seperti
Bersih 2.0 Julai tahun lepas), dijangka akan menghilangkan ‘tarikan’ untuk
rakyat hadir ke perhimpunan seumpama itu lagi.
No comments:
Post a Comment
Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..