HOME

Monday, May 28, 2012

MELAYU MEMILIH UNTUK TIDAK MENOLONG MELAYU? MELAYU KHUATIR DIGELAR RACIST?! MELAYU TERPAKSA??

 
Dahulu orang Melayu bersatu untuk mendapat kemerdekaan. Demi kemerdekaan, mereka sanggup berkongsi kerakyatan dengan bangsa asing. Apabila sudah merdeka, mereka disedarkan dengan keadaan mereka yang miskin. Kemiskinan telah menyebabkan mereka dihina walaupun mereka berada di tanah asal mereka. Pada tahun 1969, orang Melayu di Kuala Lumpur dihina dengan ejekan dan kayu penyapu. Mereka seperti dihalau keluar dari Kuala Lumpur. Hebatnya Dap bila dapat kuasa.
 
 Ekoran ini, Barisan Nasional telah membuat perancangan untuk memperbaiki keadaan ekonomi orang Melayu. Sekarang ini, walaupun terdapat beberapa peningkatan, ekonomi orang Melayu masih belum begitu baik. Mereka masih memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran dan juga menceburi perniagaan. Namun ada dikalangan orang melayu seolah menidakkan soal bantuan.

  Pengalaman dan kemahiran mereka tidak seluas bangsa lain. Dalam pelajaran, mereka mudah beralih tumpuan. Tidak seperti pelajar bangsa lain yang mengutamakan pelajaran, mereka mudah terbawa-bawa: baik dalam bidang hiburan mahupun politik semasa. Dalam bidang perniagaan pula, mereka sering dipermainkan. Kenapa?

Sesetengah pihak termasuklah beberapa pemimpin Barisan Nasional dan pegawai kerajaan menyalahkan beberapa individu Melayu yang tamak. Dengan ketamakan individu-individu ini, peningkatan ekonomi Melayu tidak dapat berjalan lancar. Dalam erti kata lain, perancangan peningkatan ekonomi Melayu oleh kerajaan Barisan Nasional telah dikhianati oleh individu-individu Melayu ini. Kenapa?

 Mereka yang mendakwa sedemikian tidak pula menyalahkan pihak lain.

Sebenarnya, perancangan peningkatan ekonomi Melayu oleh kerajaan Barisan Nasional telah juga dikhianati oleh individu-individu bukan Melayu. Mungkin tidak ramai yang berani mendedahkan perkara ini kerana takut dianggap ‘racist’. Mungkin juga pemimpin-pemimpin Melayu dan pegawai-pegawai Melayu hendak menjaga hati bangsa lain. Melayu sememangnya terkenal dengan sikap beralah. 

Perniagaan Runcit Petroleum (Stesen Minyak)

Dalam perniagaan runcit petroleum atau ‘petroleum retailing’ umpamanya, ramai peniaga-peniaga Melayu telah dipermainkan oleh syarikat-syarikat minyak yang diterajui oleh individu bukan Melayu. Sebilangan mereka akhirnya gulung tikar. 

Kita mungkin telah mendengar hujah sesetengah pihak, termasuk syarikat-syarikat minyak berkenaan, bahawa kegagalan peniaga-peniaga Melayu tersebut adalah berpunca daripada kelemahan pengurusan kewangan. Mereka turut membuktikan terdapat orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan runcit petroleum sehingga dapat membeli kereta mewah. 

 Hakikatnya, mereka yang berjaya ini mendapat sejumlah wang yang besar daripada pajakan tanah mereka kepada syarikat minyak. Tidak banyak wang diperoleh daripada aktiviti menjual minyak petroleum itu sendiri. Untung dari jualan minyak sebenarnya tidak cukup untuk membeli kereta mewah.

 Perniagaan runcit petroleum pada asalnya memang menguntungkan. Ini kerana hampir setiap kenderaan memerlukan minyak petrol. Tetapi, syarikat-syarikat minyak yang diterajui oleh individu bukan Melayu telah memeras keuntungan peniaga-peniaga Melayu dengan mengenakan berbagai-bagai caj tambahan. Ini dikenali sebagai ‘margin squeezing’. 

Jika dilihat, peniaga-peniaga Melayu mempunyai perjanjian perniagaan yang berbeza dengan peniaga-peniaga bukan Melayu. Berbagai-bagai caj tambahan dikenakan kepada peniaga-peniaga Melayu tetapi tidak kepada peniaga-peniaga bukan Melayu. 

Keuntungan daripada jualan minyak hanyalah sedikit. Ini kerana harga minyak dikawal oleh kerajaan. Oleh itu, peniaga-peniaga runcit petroleum bergantung kepada jualan kedai di stesen mereka untuk mendapat keuntungan. Tetapi ada sesetengah syarikat minyak bertindak mengawal harga jualan kedai. Ada juga yang bertindak menetapkan kadar keuntungan ataupun ‘margin’. Di samping itu, ada yang mengenakan caj tetap bagi setiap jualan barang di kedai stesen. Akhirnya, keuntungan peniaga tersebut menjadi sedikit.

Banyak alasan yang diberikan oleh syarikat-syarikat minyak tersebut antaranya penambah-baikan sistem runcit dan aktiviti pengiklanan. Tetapi, mereka sebenarnya berniat untuk menggagalkan peningkatan ekonomi Melayu. 

 Mungkin telah ada rungutan yang dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dahulu. Tetapi, kementerian tersebut tidak dapat melihat perkara ini secara serius kerana mereka telah termakan budi. Suatu ketika, mereka menerima ribuan (jika tidak puluhan ribu) ringgit daripada syarikat-syarikat minyak dengan mengiklan di majalah atau buletin mereka. 

Selain itu, banyak lagi perkara-perkara sampingan yang berlaku dalam sektor perniagaan runcit petroleum yang merugikan peniaga-peniaga Melayu. Antaranya adalah ‘salami’ iaitu pemotongan satu atau dua sen secara rawak pada transaksi kad kredit, pencurian minyak oleh pemandu lori tangki dan juga kadar pengewapan minyak yang melebihi kadar pengewapan piawai.

 Terdapat sebilangan orang Melayu yang tidak suka kepada agenda peningkatan ekonomi Melayu. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada golongan terpelajar dan berjaya. Ini termasuklah mereka yang dahulunya bersekolah di Kolej Melayu.

Kolej Melayu
 
 Kemasukan pelajar ke Kolej Melayu merupakan satu penghargaan kepada ibu bapa mereka. Ini kerana hanya mereka yang terpilih sahaja ditawarkan ke sekolah tersebut buakan semua yang terpilih.

 Mereka yang memasuki Kolej Melayu seawal umur 13 tahun diberi pendedahan yang lebih. Secara tradisinya, mereka diperingatkan oleh pelajar senior bahawa mereka bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran. Bahkan apabila berjaya kelak, mereka perlu membantu orang Melayu yang lain. Dengan ini, ekonomi orang Melayu dapat dipertingkatkan. Merekalah harapan bangsa Melayu. Peringatan ini diberikan setiap masa. Kadang kala mereka dipanggil berhimpun pada tengah malam untuk diberi peringatan.

 Hari ini, ramai pelajar Kolej Melayu yang telah berjaya. Tetapi, kebanyakan mereka mengambil pendekatan berkecuali. Mereka khuatir apabila mereka cuba menolong orang Melayu, mereka akan digelar ‘racist’ oleh rakan mereka yang berbangsa lain. 

Ada juga yang berpegang kepada prinsip meritokrasi walaupun pada suatu ketika dahulu mereka dibantu atas dasar Melayu atau Bumiputera. Mereka yakin sekiranya tidak mendapat bantuan tersebut, mereka sememangnya akan berjaya. 
 
 Dalam politik pula, ada pelajar Kolej Melayu yang beriya-iya memperjuangkan kesaksamaan kaum. Untuk meraih sokongan daripada kaum lain, mereka berjanji akan memberikan layanan yang tidak berbelah bagi. Umpamanya, mereka berjanji kemasukan ke universiti akan berdasarkan meritokrasi semata-mata. 

Saya berdoa agar orang Melayu dapat  
mengharungi dugaan ini. Anak-anak Melayu yang dahulunya bersekolah di Kolej Melayu sudah memilih untuk tidak membela nasib orang Melayu. Kolej Melayu hanyalah harapan yang hampa. Orang Melayu akan terpaksa bersaing walaupun mereka masih berjalan tempang. 
 

2 comments:

  1. menarik, melayu mudah lupa!

    ReplyDelete
  2. Your post is really interesting, you have your own ideas, i love reading it. Thanks for such a cool blog

    ReplyDelete

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers