HOME

Tuesday, October 30, 2012

PESARA GURU TERPAKSA KERJA SEBAGAI PENJAGA KAUNTER DEMI KEHIDUPAN?



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita dalam akhbar The New Sabah Times bertarikh 2 Oktober 2012Pesara guru terpaksa kerja sebagai penjaga kaunter demi teruskan hidup.
 
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) merupakan seseorang yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), KPM untuk sesuatu tempoh bagi mengisi kekosongan jawatan dan belum dilantik tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. GSTT tidak mempunyai kelayakan Ikhtisas Pendidikan dan bertaraf bukan kakitangan kerajaan serta syarat–syarat perkhidmatan adalah berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2007.
 
Berdasarkan Semakan KPM, didapati pengadu telah meletak jawatan sebagai GSTT dengan kerelaan sendiri mulai 1 Ogos 2009 melalui surat bil.  Sk.Kal/500/01/05 bertarikh 30 Jun 2009. Permohonan perletakan jawatan telah diluluskan oleh JPN Sabah melalui surat bil. JP(SB)/900(05)100/19-04/03(25) bertarikh 4 Ogos 2009 dan pemberhentian bayaran gaji pengadu telah berkuat kuasa pada 1 Ogos 2009. Memandangkan status pengadu sebagai GSTT yang bertaraf bukan kakitangan kerajaan, beliau tidak layak menerima faedah atau kemudahan persaraan sepertimana yang diterima oleh guru tetap.
 
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers