Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Azwan
HN, Parit, Perak” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 24 September 2012 – Kaji kewajaran PBS ganti PMR.
Pada
tahun 2014, PMR akan ditambahbaik melalui pelaksanaan pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS) yang telah dimulakan pada tahun 2012 bagi
kohot pertama murid tingkatan 1. Pada tahun 2016, gred UPSR tidak lagi
akan ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja, tetapi digabungkan
dengan pentaksiran berasaskan sekolah yang terdiri daripada
pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat. Ini bererti sistem
peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi merupakan
penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai
pembelajaran.
Kemajuan
dan pertumbuhan seseorang murid dinilai secara adil dengan
menggunakan Standard Prestasi. Ia merupakan proses mendapatkan
maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan Standard
Prestasi.
KPM
juga akan meningkatkan secara sistematik bilangan peratusan soalan
kemahiran berfikir aras tinggi melalui PBS dan peperiksaan awam.
Soalan yang berasaskan Taksonomi Bloom ini akan menguji kemahiran
seperti aplikasi, analisis, dan penilaian. Menjelang 2016, peratusan
soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga 80%
daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam pentaksiran pusat untuk
Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras
SPM dan 50% dalam soalan mata pelajaran elektif SPM.
Perubahan
dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal
bentuk soalan dan topik yang akan diuji dan pada masa yang sama tidak
perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu. Sebaliknya,
murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu
yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan.
Format
pentaksiran baharu ini membolehkan murid dinilai berdasarkan
keberhasilan yang lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang,
seperti yang dihasratkan oleh dasar Kementerian.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Ramai penjaga masih tak faham masalahnya? bagi saya nampak ianya pemudah cara sebenarnya.
ReplyDeleteHarap guru-guru sabar dan jangan melepas geram dalam PRU 13.
ReplyDeletePBS sebenarnya menambah lebih banyak peperiksaan kpd murid dlm ujian yang lebih mini. Saya sokong penambahbaikan PMR dan pemansuhan PBS.
ReplyDeleteDalam sistem PBS, latihan yg diberikan kpd murid dijadikan sbg 'evidens' atau 'ujian mini' utk menilai prestasi. Prestasi yg dinilai akan dikunci masuk ke dlm data prestasi di laman web moe.com.my.
ReplyDeletePersoalan:
Siapa dapat menjamin bahawa seseorang tidak akan memberi jawapan terus kepada muridnya utk membantu murid tsb mencapai Band yg lebih tinggi.