Malaysia
adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan. Ini
adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan
mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk
memberi penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar
seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun
begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah
menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana
Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu
pantas di peringkat global.
Guru sebagai pelaksana utama
dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek
Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh
TMK dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan
mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.
Globalisasi
dalam Pendidikan
Definisi
Globalisasi merujuk kepada
proses yang membolehkan pasaran kewangan dan pelaburan untuk beroperasi di
peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya adalah hasil daripada pembatalan
kawal selia dan peningkatan komunikasi secara berkesan (Collin kamus, 2013).
Menurut Financial Time Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di
mana ekonomi serantau dan negara, masyarakat dan budaya telah menjadi bersepadu
melalui rangkaian perdagangan global, komunikasi, imigresen dan pengangkutan.
Globalisasi juga
menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa, kaum, warna kulit,
status dan latar belakang
bersaing secara adil
dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan
negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana
pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran
dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh dunia.
Isu-Isu Semasa dalam
Globalisasi Pendidikan
Impak globalisasi terhadap sektor
pendidikan adalah seperti berikut:
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-universiti
asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini.
Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila
banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan.
Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK)
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.
Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.
Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.
Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global.
Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.
Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan.
Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan
di seluruh dunia.
Membolehkan pencapaian matlamat
pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.
Cara-cara Menangani
Globalisasi dalam Pendidikan
Kesan globalisasi kepada pendidikan
telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita
perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat
bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah
seperti berikut:
Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
Pentadbiran pendidikan
Pembangunan identiti pelajar
Kualiti Guru
Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi
Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam aspek penggunaan
ICT dalam proses pengajaran
Peningkatan dalam beban kerja
Sikap guru dalam pengajaran di zaman global
Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi
Pengaruh negatif kepada identiti pelajar
Budaya sekolah tidak menyokong
peluang pembelajaran cara global
Cara-Cara Menangani
Globalisasi dalam Pendidikan
Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab
dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era
globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat
dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam
perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan
untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk
bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti
Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat
antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai
kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah. Sekolah dan
guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar
menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang
kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana
pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT
dalam zaman globalisasi ini.
No comments:
Post a Comment
Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..