HOME

Thursday, October 23, 2014

PARLIMEN BELIA MALAYSIA, NEGERI PAHANG, MUHAMMAD FAIZ BIN MAHAYUDIN #PHG12, VOTE4CIKGUFAIZMAHAYUDIN

Assalamualaikum.
Parlimen Belia merupakan wadah baru untuk anak muda@ belia untuk menyuarakan pandangan dengan lebih berkesan.
Ayuh kita buktikan bersama bahawa transformasi belia tunggak kejayaan Negara.
Faiz Mahayudin
Calon Ahli Parlimen Belia Pahang
"Generasi Muda Penggerak Masa Hadapan"
‪#‎PHG12‬


Dengan rasa tanggungjawab dan rendah diri berhasrat apabila diberi mandat oleh anak muda Malaysia menggesa Kerajaan menggunakan platfom Parlimen Belia Teras-teras berikut;

1. Teras Ekonomi dan Pengurusan Kewangan

Bagi memastikan peluang ekonomi dapat diceburi oleh anak muda secara optimum;

a) Mempergiatkan dan memberi peluang kepada anak muda berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

Bagi memastikan anak muda tidak dibebani dengan hutang pada usia muda serta memantapkan struktur pembayaran PTPTN bagi kegunaan generasi seterusnya;

a) Menggesa agar pengecualian cukai daripada cukai pendapatan diberikan kepada bayaran PTPTN yang dibuat oleh peminjam;

2. Teras Kebajikan dan Kos Sara Hidup

Bagi memastikan keperluan asas tempat berteduh iaitu rumah mampu dimiliki atau sewa oleh anak muda;

a) Menggesa kerajaan melalui syarikat milik kerajaan menyediakan rumah mampu milik sejajar dengan nilai pendapat anak muda di kawasan bandar dan pesisir bandar;
b) Menggesa kerajaan mewujudkan syarikat milik kerajaan menyediakan rumah sewa-beli di dalam kawasan bandar dan pesisir bandar;
c) Menggesa kerajaan mewujudkan lebih banyak rumah transit yang akan disewakan kepada anak muda di kawasan bandar dan pesisir bandar.

3. Teras Demokrasi dan Perundangan

Bagi memastikan partisipasi demokratik diperluas dan dimantapkan dalam Malaysia;

a) Menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun agar suara dan pengaruh anak muda terutama dalam keputusan kerajaan yang memberi impak kepada anak muda linkungan umur tersebut sejajar dengan tanggungjawab perundangan lain yang mereka pikul apabila mencapai umur 18 tahun;
b) Menurunkan umur maksimum belia dari 40 tahun kepada 35 tahun;
c) Mendesak parti-parti politik agar peratusan anak muda di dalam Parlimen Malaysia dipertingkatkan.

4. Teras Pendidikan

Bagi membantu dan mempertingkatkan kepakaran, sumbangan dan meningkatkan ekonomi golongan seni kreatif, pendidikan, sastera dan luar bandar;

a) Menggesa kerajaan menjenamakan semula dan memantapkan jurusan seni kreatif, pendidikan, sastera dan luar bandar sejajar dengan kemodenan penggunaannya di sektor ekonomi

5. Teras Governans dan Badan Tadbir

Bagi membantu badan-badan penasihat, majlis belia, majlis perundingan belia dan agensi berkaitan belia;

a) Berusaha menyampaikan suara dan isu-isu anak muda yang tidak berpersatuan yang merupakan seramai 80% daripada jumlah belia dalam negara.

6. Teras Akses Maklumat dan Teknologi

Bagi memastikan anak muda tidak tercicir dari arus pemodenan dan sentiasa memperguna teknologi bagi membantu mempertingkatkan potensi diri;

a) Menggesa kerajaan mewujudkan sebuah portal belia yang menghimpunkan polisi, agensi, maklumat keusahawan dan inisiatif yang boleh membantu anak muda;
b) Menggalakkan proses mendigitalkan dan memuat naik ke laman sesawang dalam pengawasan kerajaan semua bahan bacaan dan buku termasuk novel kepunyaan Perpustakaan Negara dan negeri agar memberi maklumat pantas bersesuaian keperluan semasa.

7. Teras Sivik dan Masyarakat

Bagi mempertingkat dan menggalakkan keterlibatan anak muda serta memberi nilai tambah anak muda dalam membantu masyarakat dan pembangunan negara;

a) Mencipta sebuah struktur pengiktirafan kegiatan sukarelawan yang dapat mengukur dan menilai keterlibatan anak muda dalam bidang kesukarelawanan;
b) Menyeru kerajaan memberikan insentif kepada sektor swasta yang mesra sukarelawan berdasar jumlah jam yang ia benarkan pekerja terlibat dengan aktiviti sukarelawan.

No comments:

Post a Comment

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers