HOME

Sunday, January 20, 2013

Seminar Nusantara : Malang Sungguh Melayu Singapura


singapura-melayu

SEMINAR Nusantara Islam di Asia Tenggara yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang ini, membuka mata penulis terhadap banyak  perkembangan Melayu dan Islam di negara lain sekitar negara kita.
Selain mendapat maklumat lebih jelas tentang keadaan sebenar yang berlaku di Myanmar membabitkan orang Islam Rohingya, penulis juga kagum dengan ‘kejayaan’ orang Melayu dan Islam Singapura dibawah kepimpinan parti PAP, yang punya cawangan di Malaysia, iaitu DAP.

Penulis tidak salahkan pembentang kertas kerja itu, seorang Profesor dari National University Singapore kerana memuja dan memuji melambung kerajaan PAP Singapura dalam ‘memajukan’ orang Melayu di negara tersebut.

Penulis juga tidak salahkan beliau kerana memuji kerajaan PAP yang memberikan hanya 4% dari keseluruhan pelajar yang menerima biasiswa di negara tersebut kepada orang Melayu.  4% atau 4 orang bagi setiap 100 orang itu, memang satu pencapaian yang membanggakan!!!
Dan paling membanggakan Profesor ini, bila baru-baru ini kerajaan Singapura menganugerahkan Biasiswa Presiden kepada seorang anak melayu (dari 5 orang), pertama seumpama dengannya setelah 44 tahun!!

Maklum sahajalah, Profesor ini bekerja dengan Universiti milik kerajaan Singapura.  Lumatlah dia kalau didapati mengutuk kerajaannya sendiri di negara ini.
Beliau datang ke Malaysia ini hanya sekali-sekali, lepas ini nak balik ke Singapura semula.  Tak pasal-pasal nanti, kerana nak menyedapkan hati dan telinga peserta seminar, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih diamalkan di negara asalnya, menanti sebaik menyeberang tambak.

Untuk berlaku adil kepada beliau, tidak salah kalau penulis katakan, pendapat Profesor itu betul dari konteks pemahamannya tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai kaum minoriti di Singapura.  Tak adillah beliau untuk membandingkan kedudukan Melayu negara tersebut dengan negara ini.

Tapi pendedahan ini baik untuk dijadikan pengajaran oleh sebilangan orang Melayu di Malaysia ini yang sentiasa tak tahu nak bersyukur dengan kemajuan yang dicapai bangsa tersebut sepanjang berada dibawah kepimpinan UMNO.

Golongan ini nak juga percaya DAP, adik PAP tu mampu mengekalkan hak keistimewaan dan kemajuan orang Melayu seperti dibawah UMNO sekarang.
Kalau nak dibandingkan dengan Singapura sana, rakyat negara ini dan orang Melayu khasnya sungguh beruntung.  Walaupun ada keistimewaan orang Melayu yang dijamin perlembagaan, bangsa-bangsa lain tidak ketinggalan.  Di beri peluang yang sama untuk kaya dan berjaya.

Ini semua yang perlu disebar luaskan.  Profesor ini patut dibawa menjelajah seluruh negara kita, bercakap tentang realiti sebenar Melayu di Singapura.  Tak apalah kalau beliau bercakap benar, kerana yang mendengar tahu membuat perbandingan dengan keadaan sekeliling.
Kalau nak bawak semua Melayu tak sedar diri ini ke Singapura untuk lihat sendiri, mungkin masalah sikit, tapi kalau Profesor ini yang kita arak, lebih banyak kurang kosnya.
MyKMU.Net

No comments:

Post a Comment

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers