HOME

Wednesday, January 16, 2013

Pendidikan Percuma Semua Mahu, Tapi Bagaimana?

 
Pendidikan percuma, itulah topik asas yang dibangkitkan oleh Bawani ketika perbuatan bertanyakan soalan yang bagi saya bersifat agak provokasi kerana tiada adab di dalamnya. Ingat, kelembutan dalam suara, kesopanan dan nada yang bersahaja adalah salah satu adab dalam berhujah. Kalau sudah terjerit sana dan sini, itu bukan di namakan adab.

Tetapi, kami difahamkan bahawa sebenarnya Sharifah itu hanyalah moderator dan program yang ada di UUM bukanlah panelis yang dilantik. Pada saat ikrar dibacakan, itu sudah penghujung majlis dan majlis berkenaan tidak ada menyentuh langsung soal politik.

Sharifah juga harus dipersalahkan. Saya tak tahu kenapa dia bercakap mengenai soal binatang dalam penghujahan. Tapi itu bukan persoalan kami. Andaikan kami pada admin SSTDMM, berdiri di hadapan situ. Mungkin ini hujah kami untuk menjawab soalan Bawani. Bawani membawakan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil, negara dunia ketiga yang sedang membangun yang menjalankan pendidikan percuma, dan kenapa Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma? Namun, belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Ini juga merupakan salah Sharifah pada hemat saya.

Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator.

Berbalik kembali kepada topic perbincangan kita, apa yang perlu dijawab oleh Sharifah? Pertama, Sharifah harus menggunakan ayat ini, “Tiada apa yang percuma di dunia.” Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain.

Sebagai contoh, CUKAI. Untuk pengetahuan, Cuba dan Argentina merupakan negara yang lebih miskin daripada kita. Tanyakan kepada mereka sama ada bagaimana dengan pembangunan di negara-negara berkenaan? Bagaimana dengan keadaan di negara berkenaan.

Saya ambil contoh, Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelahar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarny telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam university. 1 daripada 9 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan miskin manakala yang kayanya mendominasi di sana. 

Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
Kenyataan di atas ialah datang daripada orang Brazil sendiri. (sumber:http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes)

Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Nampak kana da benda yang perlu dibayar?

Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya.

Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi? Ini hanya pandangan peribadi saya. Kalau ada apa yang salah, atau anda ada cadangan yang lain, sama-samalah kita kongsikan. Assalamualaikum.Harapan Esok..


Beberapa Pandangan berkenaan dari sumber Tiada Pengaruh Mana-mana politik.

Pendidikan percuma.

Pengenalan
Semua manusia, tanpa mengira warna kulit, agama, keturunan, pangkat dan kekayaan harta benda, berhak mendapatkan pendidikan. Ini kerana pendidikan ialah hak asasi manusia, sama seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Adalah menjadi satu keperluan untuk manusia tahu hal-hal di sekelilingnya, yang mana untuk ini berlaku, dia perlu menuntut ilmu.
Pendidikan hak semua dan pendidikan percuma
Walaupun pendidikan ialah hak semua, pendidikan tidak semestinya percuma. Jangan kerana memperjuangkan slogan ‘pendidikan ialah hak semua’, maka slogan ‘pendidikan percuma’ dicanangkan bagi membolehkan pendidikan menjadi hak semua. Pendidikan percuma hanyalah jalan terakhir bagi merealisasikan slogan ‘pendidikan ialah hak semua’, sepertimana yang akan diterangkan kemudian.
Di sepanjang sejarah, pendidikan tidak pernah menjadi percuma. Hatta ilmuwan islam terkenal Ibnu Sina pun MEMBELI kitab Al-Farabi di kedai buku jalanan untuk menelaah ulasannya mengenai karya Aristotle. Penulis tidak mengetahui jika benar terdapat guru-guru yang mengajar secara percuma pada zaman tersebut, akan tetapi penulis maklum gajinya dibayar oleh khalifah menggunakan wang baitulmal dan cukai. Siapa di dunia ini yang mahu mengajar secara percuma ?
Jika adapun yang mengajar secara percuma (sebagai contoh, guru seni mempertahankan diri yang mengajar murid-muridnya di gua-gua seperti dalam filem-filem zaman dahulu, atau ketua-ketua tarikat dan ahli sufi), mereka tidak perlu bimbang dengan sumber makanan dan pakaian kerana segalanya mudah diperolehi pada zaman tersebut tanpa memerlukan wang. Tetapi untuk mendapatkan makanan, mereka masih mengeluarkan tenaga seperti pergi memburu, bercucuk tanam atau menangkap ikan dan menjerat haiwan, meskipun mungkin wang tidak dikeluarkan. Tenaga tidak percuma (rujuk Prinsip Keabadian Tenaga dan Hukum Termodinamik Pertama) dan merupakan satu bentuk ‘bayaran’ selain dari wang. Cuma bezanya, di zaman dahulu manusia banyak ‘membayar’ untuk hak asasi mereka menggunakan tenaga berbanding wang, dan manusia pada zaman sekarang banyak menggunakan wang sebagai bayaran berbanding tenaga.
Percuma sebagai ikhtiar
Apabila orang miskin gagal mendapatkan pendidikan kerana kemiskinan yang bukan disebabkan olehnya malas bekerja (tetapi disebabkan kekurangan dirinya yakni mungkin cacat, tidak berupaya bekerja, dll) atau dikenali sebagai ‘miskin tegar’,maka dia berhak mendapatkan pendidikan percuma. Ini kerana dalam kes ini, pendidikan percuma ialah satu-satunya jalan yang tinggal bagi merealisasikan slogan ‘pendidikan ialah hak semua’ di mana orang miskin tegar juga boleh ditunaikan haknya dalam menerima pendidikan.
Begitu juga dengan keperluan asasi yg lain seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Semuanya adalah hak semua manusia. Tetapi ia bukan percuma. Percuma, seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian percuma adalah jalan terakhir bagi mereka yang tidak mampu (bukan malas) untuk berusaha mendapatkannya. Inilah yang mungkin tersirat di sebalik mengapa Islam mewajibkan zakat. Kutipan zakat adalah untuk diberikan secara percuma kepada asnaf lapan, demi memenuhi keperluan asasi yang merupakan hak semua dan bukan hanya menjadi milik orang berada sahaja.
Untuk pendidikan percuma, penulis fikir berdasarkan pengalaman, kerajaan telah melakukan perkara yang sedemikian. Di waktu penulis bersekolah menengah, pelajar-pelajar yang ibu bapanya berpendapatan kurang dari 1000 ringgit (seingat penulis) akan menerima tanggungan yuran, elaun alat tulis sepenuhnya oleh kerajaan. Di zaman sekolah rendah juga begitu.
Pendidikan percuma di Malaysia juga sudah lama wujud dengan pemberian biasiswa-biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak. Pinjaman untuk pengajian tinggi juga diberikan, malah akan ditukarkan juga kepada biasiswa jika pelajar tersebut berjaya menamatkan pengajian dan memperolehi Ijazah Kelas Pertama. Kerajaan mana di dunia ini yang sanggup menghabiskan wang ringgit bagi menaja pelajar yang bakal gagal dan tidak memiliki minat untuk belajar?
Apa yang wajib ditentang mengenai PTPTN?
Falsafah utama di sebalik penubuhan PTPTN ialah bagi membolehkan golongan pelajar miskin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dengan memberikan mereka pinjaman kewangan.
Dengan kata mudah, PTPTN diasaskan bagi membantu orang miskin, supaya pendidikan dapat menjadi ‘hak semua’.
Apa yang wajib ditentang dalam PTPTN bukanlah pemansuhan pinjaman tersebut, tetapi pemansuhan riba’ atau tambahan kepada jumlah yang perlu dibayar oleh pelajar.

 Jika sebagai contoh dia meminjam sebanyak RM 12000, maka RM 12000 jugalah yang perlu dibayar. Bukannya ditambah lagi sebanyak RM12000 menyebabkan pelajar tersebut terpaksa membayar RM 24000, di mana nilai yang sekali ganda itu tidak pernah dipinjamnya pula. Pinjaman tetap pinjaman, jadi mengapa pula pinjaman mesti diurusniagakan seperti ‘pinjaman’ bank yang mengenakan faedah sebagai urusniaga mengaut keuntungan?

Antara kepincangan kerajaan dengan pendidikan percuma; dua isu berbeza
Ada yang menuntut pendidikan percuma ini beranggapan kerajaan sudah tentu mampu membiayai pendidikan percuma kerana jika berjuta-juta wang rakyat boleh dibazirkan sesuka hati, mengapa pula hutang PTPTN pelajar yang jumlahnya kurang dari jumlah wang pembayar cukai yang dibazirkan kerajaan itu tidak boleh dilangsaikan? Penulis fikir alasan inilah yang menggerakkan pelajar-pelajar untuk berhimpun mendesak agar pendidikan percuma dilaksanakan.
Secara peribadi, penulis fikir terdapat kecelaruan dalam membezakan isu di sini. Pendidikan percuma adalah pendidikan percuma, ia adalah isu yang tersendiri. Rasuah dan penyelewengan wang pembayar cukai pula isu lain dan ia adalah isu yang juga tersendiri. Jika rasuah berlaku, itu tidak bermakna wang rasuah yang dibazirkan yang jika dapat dirampas kembali dari perasuah, boleh digunakan untuk pendidikan percuma. Ia akan tetap digunakan kembali untuk tujuan asalnya.
Sebagai contoh, jika wang jutaan ringgit yang sepatutnya digunakan untuk projek ternakan lembu dibazirkan dan diseleweng oleh menteri yang bertanggungjawab, andainya wang tersebut berjaya dirampas kembali dari tangan kotor menteri ini (dan inilah yang mahu kita lihat), ia akan tetap digunakan semula untuk projek ternakan lembu dan tidak akan digunakan untuk membayar hutang PTPTN.
Maka apa pula kena-mengena dengan isu pendidikan percuma? Jika kerajaan menggunakan wang pembayar cukai dengan baik, adakah isu pendidikan percuma ini akan dibangkitkan? Mengapa pula pendidikan percuma menjadi slogan menentang rasuah dan penyelewengan wang pembayar cukai? Mengapa pelajar-pelajar ini tidak menukar matlamat perhimpunan mereka dari memperjuangkan ‘pendidikan percuma’ kepada memperjuangkan ‘pemerintah yang bebas rasuah’?
Tidak lain para pelajar yang berhimpun di Dataran Merdeka tersebut MUNGKIN telah dipengaruhi pembangkang, atau mungkin terlalu berkobar-kobar menyahut seruan ‘Anak Muda Harus Bangkit’ yang disuarakan oleh aktivis-aktivis anak muda, tanpa fokus yang jelas mengenai apa yang sepatutnya mereka perjuangkan. Berjuang tanpa fokus sama seperti berlayar di lautan pada malam yang mendung tanpa panduan arah dari buruj, iaitu tanpa panduan yang jelas.
Wujudkah pendidikan percuma secara realiti?
Setakat ini terdapat beberapa negara di dunia yang sedang melaksanakan pendidikan percuma seperti Norway, Finland, Cuba dan Chile. Pendidikan percuma di negara-negara ini bukanlah benar-benar percuma. Ia dinamakan 'percuma' kerana rakyat tidak perlu membayar apa-apa untuk memperolehinya, namun secara hakikatnya, rakyat 'membayar' kos pendidikan melalui pelbagai jenis cukai yang dikenakan, yang kebanyakannya lebih tinggi dari negara-negara yang tidak mengamalkan pendidikan percuma. Selain dari faktor cukai, faktor lain seperti negara yang kaya umpamanya Norway dan Finland yang kaya dengan hasil laut, produk elektronik, petroleum dan pelancongan (negara tundra memiliki landskap yang cantik maka menjadi tarikan utama pelancong), juga membolehkan pendidikan percuma dilaksanakan kerana hutang negara sentiasa berada di bawah paras selamat.
Perdana Menteri ada membuat perbandingan bahawa terdapat negara di dunia yang melaksanakan pendidikan percuma namun mengenakan kadar cukai yang tinggi, iaitu Norway. Ada pula dari kalangan blogger yang menentang dengan menggunakan fakta bahawa cukai kenderaan di Malaysia adalah kedua tertinggi di dunia selepas Norway, maka Malaysia sepatutnya layak melaksanakan pendidikan percuma kerana tahap cukai kenderaannya yang tinggi. Tetapi kenapa mengambil kira hanya cukai kenderaan?

Bagaimana dengan pendapatan per kapita? Bagaimana pula dengan membandingkan kadar import-eksport. Norway dan Finland adalah negara maju dan matawangnya juga mahal (mahu fakta, boleh rujuk Wikipedia dan Google). Kadar jenayahnya juga rendah dibandingkan dengan Malaysia, dan kadar penganggurannya juga rendah.
Persoalan ini tidak semudah mengambil kira hanya satu dua statistik terpilih meskipun ia nampak munasabah, bahkan ia harus melibatkan pelbagai perkara yang merangkumi aspek ekonomi dan sosial negara. Bahkan ia harus dibincangkan oleh pakar dan bukannya ‘layman’. Ekonomi negara bergantung kepada banyak faktor yang saling berkait, dan penilaian mesti dilakukan dari pelbagai aspek, bukan hanya dari cukai kenderaan sahaja. Seperti yang dijelaskan, cukai Norway mungkin tinggi tetapi hutangnya rendah. Cukai di Malaysia tinggi tetapi hutangnya juga mungkin tinggi.
Maka jika isu ini hanya berhak dibincangkan oleh pakar-pakar dan pembuat dasar negara, adakah rakyat tidak berhak untuk meminta kerajaan melaksanakannya ? Tidak. Rakyat berhak, tetapi mesti memiliki asas yang kukuh untuk mereka bertindak sedemikian dan benar-benar faham akan situasi semasa negara. Tuntutan mereka mesti dipimpin dan difikirkan oleh pakar-pakar yang memiliki pengalaman, bukan hanya melakukan tuntutan disebabkan berpemikiran bahawa pendidikan percuma itu ‘baik’, memudahkan dan sebagainya, atau lebih buruk, akibat dipengaruhi oleh orang lain terutamanya pembangkang dan aktivis anak muda.

Adakah perlu pendidikan percuma dilaksanakan?
Penulis secara peribadinya bersetuju pendidikan percuma dilaksanakan. Siapa tidak suka benda percuma. Dengan pendidikan percuma, rakyat tidak lagi perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pendidikan. Tetapi seperti penerangan penulis di atas, pendidikan percuma secara realitinya bukanlah benar-benar percuma. Ia masih memerlukan peruntukan kewangan, dan untuk tujuan tersebut, ia secara tidak langsung bergantung kepada keadaan semasa negara dari pelbagai aspek yang saling berkait dan memerlukan penelitian orang-orang yang pakar seperti ahli ekonomi dan ahli statistik. Jadi apa yang penulis cuma boleh rumuskan ialah pendidikan percuma (percuma di mana rakyat tidak perlu membayar apa-apa tetapi kesemua keperluan kewangan untuk ia dilaksanakan dilakukan oleh kerajaan) adalah TIDAK MUSTAHIL dan boleh dilaksanakan sebagaimana yang telah dilakukan di sesetengah negara di dunia.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pendidikan tidak pernah percuma, tetapi pendidikan yang 'percuma' dari segi rakyat tidak perlu membayar apa-apa, adalah tidak mustahil untuk boleh dilaksanakan. Namun perjuangan menuntut pendidikan percuma mesti memiliki sasaran yang jelas dan fakta yang kukuh serta bebas dari pengaruh mana-mana pihak berkepentingan politik. Fakta yang diambil mesti adil dan bukannya bersikap memilih dalam mengambil fakta dan statistik (rujuk pemikiran intelektual).

Kerajaan mesti berusaha ke arah menyediakan pendidikan percuma dan berusaha menyediakan ruang bagi membolehkan ia dilaksanakan, atau sekurang-kurang jika ia terlalu sukar dicapai ( secara realiti pendidikan percuma amat sukar dicapai kecuali jika negara benar-benar maju, dan kemajuan negara bergantung kepada pelbagai aspek seperti yang telah dijelaskan di atas), kerajaan boleh menghampirkan pendidikan kepada pendidikan percuma dengan mengurangkan kadar yuran dan gaji pensyarah yang mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.Dengan kata lain, kerajaan mesti berusaha ke arah pendidikan percuma dan menjadikannya salah satu daripada wawasan negara, jika tidak mampu untuk melaksanakannya sekarang.

6 comments:

  1. saya rasa perbincangan ini bukan masalah bawani, bawani seorang pelajar yang mahu bertanya, sebagai moderator yang matang dan bijak, moderator perlu menjawab dengan bijak....

    ReplyDelete
  2. itu tak penting..sebenarnya ini bukan bicara politik..yang depa duk politikan pasai apa?

    ReplyDelete
  3. Kenapa saya lihat media penyokong pembangkang suka akan isu ini. Biar la mahasiswa yang berbicara yang diorang suka tambah cerita kenapa. Bawani tu penyokong Dap..Jangan tak tau.

    ReplyDelete
  4. Salam boss.. Hebat Blog Boss..mMohon dapat dipautkan blog teman http://melayublues.blogspot.com/ ke blog boss... Terima Kasehhh Boss..

    ReplyDelete
  5. Everyday tax in msia , too. Jgn buat2 tatau noooooo

    ReplyDelete
  6. negara yg percuma pendidikan ada tax tersembunyi jangan tak percaya..jangan buat2 x tau.

    ReplyDelete

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers