HOME

Tuesday, January 18, 2011

Kerajaan Perlu Cegah Sebelum Parah

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.
Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.
Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.
Malaysia akan muflis akibat pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang berleluasa ini, jika tidak dibendung ia semakin parah.
Oleh itu, Kerajaan perlu melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Kerana ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.
Kerajaan juga perlu memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa golongan tertentu sahaja. Projek- projek Mega Kerajaan perlu di kaji semula kerana perlu memfokuskan pembangunan ekonomi dan kemudahan-kemudahan asas di luar Bandar yang masih perlu tingkatkan agar seiring dengan kemajuan yang dikecapi oleh penduduk di Bandar-bandar.

Saya Anak Malaysia,
Muhammad Faiz Mahayudin

No comments:

Post a Comment

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers