HOME

Saturday, August 22, 2009

Berjimat Cermat Di bulan Puasa

Berjimat cermat di bulan puasa adalah di tuntutan agama. Islam menegah kita untuk berbelanja secara berlebihan. Sikap kita yang berbelanja secara berlebihan adalah suatu pembaziran

Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (Surah al-Isra', ayat 27)

Berhubung pembaziran ini juga, Rasulullah saw bersabda dalam hadisnya bermaksud: “Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah, katanya: Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekah) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Kitab Etika Hadis, No. 5518).

Kita seharusnya memperbetulkan tabiat masyarakat Islam ketika membeli supaya mencapai umat yang bertakwa. Di samping itu, masyarakat Islam perlu sedar bahawa puasa adalah ibadat yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi, sahsiah dan akhlak kita hingga mencapai tahap takwa kepada Allah.Bagi mencapai sifat takwa kita hendaklah benar-benar memahami bahawa puasa itu sebagai ibadat. Dalam pada itu, kita juga perlu bersikap sederhana. Selain mempertingkatkan amal ibadat, antara ciri insan bertakwa ialah mereka yang berjaya mengawal nafsu makan, yang boleh menjejaskan kesihatan diri sendiri.

Makan dan membeli berlebih-lebihan itu tidak memenuhi keistimewaan bulan yang mulia ini, malah ia hanya membawa kepada pembaziran.

No comments:

Post a Comment

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers