HOME

Monday, January 18, 2010

Umat Islam Perlu Hentikn Bertelagah

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian janganlah mengikuti keinginan kamu supaya kamu tidak berbuat adil; kerana jika kamu memutarbelitkan, atau kamu memalingkan, maka sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

Orang yang beriman itu adalah penegak keadilan dan saksi-saksi untuk Allah. Biarpun kaum sendiri berperangai buruk (lemah dan suka berpecah-belah), kena akui ianya buruk walaupun pahit. Jangan nak putar-belit fakta untuk terus tenggelam dalam keegoan kononnya puak sendiri sahaja betul.

Jangan jadi macam kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu, biarpun mereka saling bertelagah dan berpecah-belah, bila Rasulullah tegur, mereka marah dan melemparkan fitnah kerana kedengkian mereka, disebabkan merasakan mereka lebih betul daripada Rasulullah, kerana mereka ramai ahli-ahli Kitab dan memiliki Kitab-kitab Allah yang terdahulu.

" bila perkakas hujah telah habis, perkakas fitnah digunakan. Gara-gara suka melontarkan fitnah itulah hidup umat Islam hari ini penuh kacau-bilau."

1 comment:

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers