HOME

Friday, September 11, 2009

Sweeping Orang Malaysia

Itulah yang dinasihatkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada pemberita selepas melancarkan Program Mesej Daripada Perdana Menteri Sempena Hari Raya di Universiti Putra Malaysia, di sini hari ini. Perkara ini semakin menjadi berikutan dari insiden yang timbul gara-gara Malaysia dituduh sengaja menggunakan tarian Pendet yang berasal dari Bali dalam promosi pelancongan walaupun dilaporkan perkara itu dilakukan oleh sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di Singapura.

Berikut petikan dari Metro Online;

SERDANG: Penuntut Malaysia di Indonesia diingat agar berwaspada dengan keselamatan diri mereka dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan provokasi berikutan tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang melancarkan gerakan ‘Swepping Malaysia’ (Sapu Malaysia) bagi mengusir rakyat Malaysia di negara itu. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penuntut Malaysia perlu menjauhi lokasi yang menjadi tumpuan kumpulan terbabit terutama di Jalan Diponegoro, Jakarta.

“Nasihat, pandangan dan panduan telah pun diberikan kepada penuntut kita di sana dan kita pada masa yang sama berharap penuntut-penuntut kita dapat menjaga keselamatan mereka. Mereka perlu sedar dan perlu elak untuk berada atau terlibat dalam sesuatu keadaan yang mereka boleh jangkakan boleh memberi masalah kepada mereka, mungkin seperti bergerak secara kumpulan yang boleh mencetuskan provokasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Mesej Daripada Perdana Menteri Sempena Hari Raya di Universiti Putra Malaysia, di sini hari ini.

Kumpulan penunjuk perasaan tersebut yang bersenjatakan buluh runcing dilaporkan turut menahan kenderaan yang melalui Jalan Diponegoro bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

Perkara itu timbul gara-gara Malaysia dituduh sengaja menggunakan tarian Pendet yang berasal dari Bali dalam promosi pelancongan walaupun dilaporkan perkara itu dilakukan oleh sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di Singapura.

Mohamed Khaled turut mengulas langkah Universiti Sains Islam Malaysia yang didakwa memaksa seorang pensyarahnya meletakkan jawatan demi menjaga reputasi universiti tersebut, dengan berkata tindakan itu adalah hak autonomi universiti berkenaan.

“Keputusan yang diambil universiti itu adalah berdasarkan siasatan yang dijalankan pihak universiti dan pihaknya (kementerian) berpuas hati dengan proses pengadilan yang dijalankan. Kita telah meminta penyiasatan dibuat dan ia dibuat berasaskan kepada prinsip-prinsip keadilan. Saya berpuas hati sebab pihak universiti melaksanakan itu semua. Soal apa jua keputusannya, ia dibuat berasakan siasatan,” katanya. – Bernama

Pensyarah muda berkenaan mendakwa beliau dipaksa meletak jawatan selepas hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar undang-undang universiti itu.

– BERNAMA

1 comment:

  1. Apakah sebenarnya di sebalik kekecohan isu ini. harap pihak kerajaan dapat menangani isu ini dengan lebih tegas.
    tidak perlu tunduk kepada mereka yang ingin bermain dengan api.tidak perlu terlalu bersikap sambil lewa. abis tu rakyat indonesia kat malaysia ni camane?? bagi je amaran kat indonesia

    ReplyDelete

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers