HOME

Sunday, August 23, 2009

Amal nilai murni, realisasi 1Malaysia


Tn Hj Mahayudin Hj Idris Pengerusi JKKK Kg Damak menyampaikan cenderahati kepada Dato' Hj Ismail B. Hj Mohd Diatas Kesudian mersamikan Program 1 malaysia bersama komuniti Pekan Damak pada 2 Ogos 2009

PEKAN DAMAK – Masyarakat berbilang kaum di daerah ini disaran menerap dan mengamalkan nilai murni, sebagai asas utama dalam merealisasikan hasrat kerajaan ke arah 1Malaysia. Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Ismail Mohd Ali berkata, konsep 1Malaysia yang digagaskan kerajaan merujuk kepada hidup dalam masyarakat berbilang kaum yang menekankan perpaduan dan mengelakkan sentimen negatif yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian. Menurutnya, peringkat akar umbi khasnya perlu diterapkan dengan gagasan itu, yang mana ia adalah selari dengan perlembagaan persekutuan iaitu dengan tidak menggugat mana-mana hak seperti yang termaktub. “1Malaysia adalah gagasan yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum berteraskan nilai-nilai penting yang mahu diterapkan khususnya di peringkat akar umbi, kerana kelompok ini jugalah yang akan terlibat dan menyumbang ke arah Wawasan 2020 dan menuju sebuah negara maju. “Gagasan ini cukup bermakna untuk rakyat lebih sistematik dan teratur,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Prog ram 1Malaysia Bersama Komuniti Pekan Damak, di Dataran Pekan Sehari, kelmarin. Ismail berkata, perlaksanaan pelbagai program di peringkat akar umbi yang membabitkan penyertaan menyeluruh pelbagai kaum, dilihat kaedah terbaik ke arah merealisasikan hasrat kerajaan itu. Menurutnya, ia mampu memberikan implikasi baik khususnya dalam memupuk hubungan dan meningkatkan perpaduan penduduk pelbagai bangsa, dengan elemen kebudayaan yang diketengahkan akan meningkatkan lagi patriotisme. “1Malaysia amat menuntut masyarakat mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian seperti hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan budaya dengan mengelakkan untuk menyentuh sensitiviti. “Justeru, ia turut menitikberatkan sikap rendah diri, iaitu kemajmukan masyarakat yang ada perlu saling bertolak ansur dengan menjaga kesejahteraan dan keharmonian dengan baik,” katanya. Ismail berkata, sikap kesederhanaan perlu diamalkan masyarakat dengan menjauhi segala anasir negatif, atau sebarang tindakan ekstrem yang boleh merosakkan dan membawa kepada ketidakstabilan negara. Menurutnya, mengamalkan segala nilai murni ditambah dengan budi bahasa, kesetiaan dan integriti adalah inti pati yang terkandung dalam 1Malaysia yang mahu diterapkan kepada masyarakat supaya manfaatnya benar-benar diterima. Turut hadir pada majlis perasmian penutupan itu ialah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah, Tahar Musa; Penghulu Mukim Hulu Cheka, Abdullah Awang Berahim Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Damak, Mahayuddin Idris dan Pengerusi JKKK Baru Damak, Sam Ah Kan.

1 comment:

  1. Salam bro,

    UMNO tak pernah sejahat itu nak provokasi sehingga rakyat jadi sengsara. Jangan bersangka buruk pada orang yang banyak berjasa pada agama ,bangsa dan negara

    ReplyDelete

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers