HOME

Tuesday, August 18, 2009

Gula Dah Abis???


BANDAR JERANTUT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang memberi jaminan bekalan gula dan barang keperluan lain akan mencukupi sepanjang Ramadan dan musim perayaan kelak. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Fong Koong Fuee berkata, masalah meruncing khususnya kekurangan bekalan gula kini sudah diatasi sepenuhnya, dan jaminan bekalan gula akan dapat disediakan berterusan untuk pengguna. Menurutnya, apa yang penting ialah kerjasama pengguna untuk mengelakkan pembelian panik terus berlaku, dengan membeli gula pada pembelian biasa kerana bekalan telah dipulihkan. “Untuk daerah Jerantut, bekalan mencukupi dengan stok yang ada kini tidak kurang daripada 1,000 kilogram di mana ia mencukupi untuk menampung keperluan pengguna, dan bekalan ini akan sentiasa ditambah dari semasa ke semasa. “Pembelian panik perlu dielakkan walaupun penggunaan gula agak meningkat berbanding biasa sepanjang Ramadan ini. Pengguna tidak perlu risau kerana kerajaan sentiasa peka dan bersedia mengambil pelbagai langkah memastikan bekalan barangan keperluan ini mencukupi,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan Lawatan Pemantauan Bekalan Gula dan Barangan Keperluan Lain, di Pasaraya TF Value mart di sini semalam. Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Daerah, Abdul Mubin Ahmad dan Pengurus Operasi TF Value Mart, Yeoh Kay Seng. Koong Fuee berkata, pengguna tidak lagi perlu gusar berkenaan bekalan gula dan pelbagai barangan lain kerana pegawai pemantau harga ditugaskan akan memantau dan memastikan bekalan setiap hari mencukupi, dan laporan setiap empat kali sehari juga diberikan. Menurutnya, kerajaan memandang serius masalah pengguna dan memberi jaminan bekalan barangan keperluan akan disediakan tanpa terputus sepanjang Ramadan dan musim perayaan kelak. “Apa yang penting elakkan pembelian panik, sebaliknya mengamalkan pembelian pada kuantiti biasa kerana sehingga kini negeri ini mempunyai stok mencukupi untuk menampung keperluan penggunanya. “KPDNKK negeri sentiasa melakukan pemantauan di semua peringkat bagi memastikan setiap pengeluaran dan pengedaran harian mengikut jumlah yang ditentukan, dan pengguna tidak lagi perlu risau terhadap bekalan gula dan juga barangan keperluan lain lagi,” katanya.
-sumber-sinar harian 19 ogos 2009.

No comments:

Post a Comment

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers