Lahad Datu, 12 Mac - Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga
penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat
Tanjung Batu di sini hari ini.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata
pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku
pada 10.45 pagi. "Seorang anggota keselamatan gugur," katanya.
Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan
pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri
sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.
Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden
pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.
Zulkifeli berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada
ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini
diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu. - BERNAMA
Jenazah
Prebet 1163468 Ahmad Hurairah Ismail, anggota tentera yang terkorban di
Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi tadi akan dibawa pulang ke kampungnya di
Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan -Jenazah akan diterbangkan dari
Lapangan terbang Tawau 4 pagi Esok dan Dijangka di Di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa Jam 8 Pagi- Ahmad Zahid Hamidi
No comments:
Post a Comment
Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..