Keupayaan berfikir secara rasional adalah tunjang kepada belia negara bagi mengelakkan daripada menjadi alat pihak tertentu yang mempunyai agenda politik tersendiri.
Keupayaan berkenaan diperoleh melalui kekuatan ilmu pengetahuan yang
mereka miliki untuk menilai sesuatu perkara dengan baik ataupun
sebaliknya.
Belia sering dikaitkan menjadi sasaran
pihak tertentu menarik mereka ke jalanan seperti menyertai rusuhan @ demonstrasi dan menjadi orang suruhan semata-mata.Meraka dilihat sebagai wira dengan menyemarakan api kemarahan terhadap sesuatu perkara yang dibantah.
Saya menyarankan agar kerajaan memberikan perhatian terhadap pembangunan belia dengan memperkasakan persatuan-persatuan belia, dimana saya kira perubahan dimensi mengelapkan belia kearah menghidupkan organisasi yang semakin beku.
Platform belia ini perlu digunakan oleh belia sebelum melompat kepada alam yang lebih luas kerana, disinilah belia mula mengenal kefahaman intigriti sosial yang perlu dibawa pada kepimpinan masa hadapan yang mana memerlukan sebuah negara yang mempunyai sifat politik yang budiman.
Hari ini pemikiran rasional diperlukan supaya belia mampu
berfikir dan sedar bahawa dengan terpengaruh dengan budaya ikutan ini tidak akan
membawa sebarang kebaikan kepada mereka juga negara pada masa hadapan.
Apa juga yang dilaungkan oleh kerajaan yang positif perlu disahut oleh belia berbanding menyertai golongan-golongan penghasut yang berkepentingan jahat.
Saya amat berbesarhati apabila kerajaan mengambil tindakan proaktif dengan
mewujudkan Parlimen Belia sebagai platform untuk mengelakkan daripada
terjerumus dalam aktiviti negatif.
Parlimen Belia akan menjadi wadah belia menonjolkan
kematangan menolak apa juga anasir-anasir yang merosakkan agar dapat menjayakan Parlimen Belia sebagai landasan untuk berbahas
mengenai kepentingan belia dan negara melalui kaedah yang lebih
tersusun.
Belia perlu dingatkan supaya sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan kerana banyak cabaran yang menanti menjelang tahun hadapan.
Belia perlu dingatkan supaya sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan kerana banyak cabaran yang menanti menjelang tahun hadapan.
-Muhammad Faiz Mahayudin 31/10/2011
pandangan yang baik
ReplyDelete