HOME

Thursday, October 3, 2013

PENTAS PEMUDA WADAH ANAK MUDA, DENGAN IZIN ALLAH S.W.T, SAYA MUHAMMAD FAIZ MAHAYUDIN MENAWARKAN DIRI EXCO PEMUDA MALAYSIA




Salam Saudara yang Budiman
Saya selaku anak muda yang sedia ikhlas berjuang demi Agama, Bangsa Dan Tanah Air mengharapkan sokongan padu saudara demi sebuah Negara yang berdaulat berinspirasikan sebuah parti keramat, berikrar untuk terus bangkit bersama anak-anak muda demi perpaduan dan kecemerlangan Negara.
Cabaran dan halangan akan kita tempuh, demi sebuah halatuju yang murni. Saya juga berhasrat untuk memastikan tiada anak muda yang tercicir daripada arus kemajuan Negara.
Dengan penuh harapan berharap agar dapat:

 Mengembalikan  keyakinan akar umbi generasi muda(SUARA ANAK MUDA) dan orang Melayu kepada Pemuda selain perkasakan UMNO menjadi ejen pendesak dan memastikan apa jua keputusan kerajaan mesti diatur supaya orang Melayu dan Bumiputera tidak ketinggalan. 

Mempastikan komunikasi golongan muda dengan kepimpinan teratas dapat didengari dan diberi perhatian sewajarnya.

 Dapat membuat perubahan dari segi gerak kerja sayap bagi memastikan golongan muda dibela.

Merapatkan jurang antara pimpinan atas pergerakan dan akar umbi.
 Membangkitkan semangat Anak Muda agar lebih proaktif sebagai lidah generasi muda dan orang Melayu. 
  
Merenung kembali asas penubuhan sayap pemuda, akan membolehkan kita membuat penegasan semula, dan mengingatkan ahli-ahli dan seluruh warga, khususnya Anak muda, bahawa UMNO adalah sebuah wadah politik yang mempunyai prinsip perjuangan dan idealisme yang murni, namun tetap pragmatik dalam pendekatannya. Meskipun UMNO sebuah parti yang besar dan bertunjang kepada kebangsaan Melayu-Islam, namun sifat keadilan, akomodatif dan inklusif Melayu itu, tidak pernah mengkhianati atau menzalimi kaum atau agama lain yang bernaung di bawah politik Melayu.


Anak Muda perlu lebih dinamis dan bersedia untuk melakukan anjakan minda yang signifikan. Bangsa Melayu mesti bermujahadah untuk meningkatkan kemampuan diri.
Dalam menghadapi realiti ekonomi berasaskan pengetahuan, yang dipacu oleh kekuatan modal insan, pembinaan modal insan Melayu yang berilmu dan berkemahiran tinggi adalah satu tuntutan. Gerakan kesedaran pendidikan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera mesti diperhebatkan. 

Hanya dengan pendidikan orang Melayu dapat mengasah minda dan menggarap kemahiran untuk bersaing dalam dunia yang semakin mencabar hari ini. Pembudayaan ilmu akan menjadi kunci kepada kejayaan orang Melayu hari ini dan masa depan.
 
 Marilah sama-sama kita beriltizam mengembalikan keyakinan rakyat dan mengembalikan kegemilangan parti keramat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO).

 Salam Perjuangan, Salam Transformasi
 
“TRANSFORMASI PEMUDA  PENGGERAK MASA HADAPAN”

“DARI ANAK MUDA KEPADA ANAK MUDA “


 MUHAMMAD FAIZ MAHAYUDIN
CALON EXCO PERGERAKAN UMNO MALAYSIA #77
CALON KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN JERANTUT

7 comments:

  1. usaha dan doa yg terbaik darinya.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah Tuan.

    ReplyDelete
  3. salam saudara saya baru mendapat tahu yang saudara bertanding exco. Kami di Johor doakan yang terbaik insyallah bertemu nanti tuan.

    ReplyDelete
  4. Beres dr ganu boh

    ReplyDelete
  5. sokongan buat tuan dr kami gpms pahang

    ReplyDelete
  6. teruskan perjuangan Saudara

    ReplyDelete

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers