HOME

Friday, November 30, 2012

ORANG MELAYU SILA BACA! PERARAKAN HIMPUNAN HIJAU SATU TANDA GERAKKAN DAP MAHU BERKUASA DI MALAYSIA!



Malah ada yang bertanggapan mereka yang membanjiri jalanraya di perut ibukota sebenarnya satu bentuk tunjuk pengaruh khususnya oleh pembangkang Cina di samping memprotes terhadap syarikat Lynas.
Gambar-gambar Himpunan Hijau di KL pada hujung minggu:

Mengibar bendera P. Pinang serta mengaitkan isu Lynas dengan rasuah — gambar The Star


Kit Siang mengemudi gelombang hijau — gambar The Malaysian Insider


Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh dan Adun Kinrara menyambut kedatangan kelompok pembantah ke Kuala Lumpur

Apa maksud gerak geri orang ini yang memakai kemeja “Save Malaysia”?


Isyarat lucah pendemo ini diajukan kepada siapa agaknya?

Usaha pendemo untuk ‘selamatkan Malaysia’?

Peserta-peserta Green Walk disambut di Dataran Merdeka pada pagi Isnin oleh sekumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan.
Dalam ‘persidangan’ tergempar yang diadakan mereka di ruang awam itu, Himpunan Hijau mengemukakan tiga usul, termasuk tuntutan kepada kerajaan yang mendesak supaya lesen operasi Lynas dibatalkan.
Yang Berhormat-Yang Berhormat Pakatan yang hadir di Dataran telah menyatakan sokongan mereka terhadap usul-usul tersebut yang dibentangkan.
Tweet David Nga Kor Ming (screenshot bawah) berkata: “We are having people’s assembly to save our beloved country”.


Mengikut laporan Malaysiakini, di antara pemimpin-pemimpin yang hadir di Dataran untuk mengiyakan usul-usul Himpunan Hijau ialah:
  • Lim Kit Siang — Ahli Parlimen DAP (Ipoh Timor)
  • Nga Kor Ming — Ahli Parlimen DAP (Taiping)
  • Tan Kok Wai — Ahli Parlimen DAP (Cheras)
  • Chong Eng — Ahli Parlimen DAP (Bukit Mertajam)
  • Fong Kui Lun — Ahli Parlimen DAP (Bukit Bintang)
  • Fong Po Kuan — Ahli Parlimen DAP (Batu Gajah)
  • Sim Tong Lim — Ahli Parlimen DAP (Kota Melaka)
  • Liew Chin Tong — Ahli Parlimen DAP (Bukit Bendera)
  • William Leong — Ahli Parlimen PKR (Selayang)
  • Loh Gwo Bourne — Ahli Parlimen PKR (Kelana Jaya)
  • Dr Michael Jeyakumar Devaraj — Ahli Parlimen PSM (Sungai Siput)
  • Ronnie Liu — Adun DAP (Pandamaran)
  • Ng Wei Aik — Adun DAP (Komtar)
  • Khoo Poay Tiong — Adun DAP (Ayer Keroh)
Turut berada di perhimpunan ialah Ahli Parlimen DAP Er Teck Hwa (Bakri), Ahli Parlimen DAP Anthony Loke (Rasah) merangkap Ketua Pemuda DAP dan Teresa Kok, setiausaha organisasi DAP.

Kit Siang bersama YB Bakri, Er Teck Hwa


YB Rasah Anthony Loke dengan peserta Green Walk

Tinggal 10 peratus sahaja sokongan Cina bagi MCA

Rapat umum Himpunan Hijau yang berlangsung semalam di ibukota adalah kesudahan perjalanan kaki yang bermula di Kuantan dua minggu lepas.
Loji nadir bumi Lynas terletak di Gebeng, dekat Kuantan.
Kejayaan bersama DAP dan Himpunan Hijau dalam meraih sokongan mantap khalayak umum pasti akan menyebabkan MCA goyah di Pahang.


Green Walk menuju ke KL — gambar Malaysiakini


Bibit awal: Kit Siang dan Tony Pua di Kuantan (Feb 2012)


uan Eng menggayakan kemeja ‘designer’ warna hijau (T-shirt kurang kelas), Lynas dikaitkan dengan konsep 1Malaysia (lihat sepanduk)


Ombak lautan Cina di Kuala Lumpur — gambar The Star

Kesian MCA

.
Selain Johor, hanya di Pahang sahajalah MCA mampu bertahan dalam pilihanraya umum yang lepas (lihat jadual, bawah).
MCA bertanding 3 kerusi Parlimen, menang 2 dan 8 kerusi DUN, menang 6 di Pahang dalam PRU12. Namun perkembangan terkini di mana masyarakat Cina jelas sekali melangkah erat di bawah panji-panji DAP adalah petanda bagi MCA sejauh manakah parti mereka masih releven.
Suratkhabar milik MCA The Star pun ketara mengikut telunjuk DAP dan rentak evangelis.
Selagi MCA sering diperbodohkan oleh jentera medianya sendiri, apa harapan yang mahu kita letak pada saf kepimpinan parti itu?

Dalam suratkhabar hari ini: Hannah panggil, serta-merta Star sahut

Akhbar warta Subang Jaya

Tidak seperti orang berada yang menghuni di Subang Jaya dan Damansara Utama, para “penanam jagung” di kampung yang terletak di daerah-daerah seperti Bilut, Mentakab, Semambu, Damak, Teras dan Cheka bukannya pelanggan The Star.
Dan dengan itu, tidak perlu diendah isu-isu tempatan negeri diperintah BN yang kurang maju berbanding Selangor dan Pulau Pinang.
Profil perwakilan MCA Pahang menunjukkan kebanyakan kerusi-kerusi parti tersebut tertumpu di kawasan luar bandar sahaja – senarai di bawah – termasuk atas bukit di Tanah Rata (Cameron Highlands).
Kerusi DUN  MCA N.1 Tanah Rata terletak di kawasan Parlimen P.78 Kuala Krau, Pahang.
N.4 Cheka di P.79 Lipis
N.7  Teras di P.80 Raub
N.10 Damak di P.81 Jerantut
N.13 Semambu di P.82 Indera Mahkota
N.14 Teruntum di P.83 Kuantan
N.30 Mentakab di P.88 Temerloh
N.33 Bilut di P.89 Bentong

‘Lu balik kampung tanam jagung lar’

Gambar di bawah diambil dari blog Jawa Bernam.
Kemelut Lynas akan mempunyai kesan ke atas beberapa kawasan MCA yang berdekatan dengan loji Lynas, iaitu kawasan-kawasan DUN Teruntum dan Semambu. Baca ‘MCA to take action against Fuziah on Lynas‘ (Sinchew, 27 Jun 2012)

MCA pernah ditolak orang Cina rata-rata

Sebelum ini, MCA tersungkur dalam pilihanraya tahun 1969.
Ikuti catatan Tunku Abdul Rahman berkaitan peristiwa darurat yang membawa kepada pengunduran MCA daripada jemaah menteri:
Petikan:
“Semasa Tun Tan Siew Sin membuat kenyataannya bahawa MCA patut berundur dan tidak mengambil bahagian dalam pentadbiran kerajaan, puak pelampau (Ultras) [dalam Umno] menyokongnya secara terang-terangan. Kebanyakan daripada puak pelampau berasa senang hati kerana apa yang mereka hajatkan akan menjadi kenyataan.  [...]
“dalam pilihan raya baru-baru ini [10 Mei 1969], orang Cina telah beralih arah dan menyokong calon-calon parti lain, dan dengan perkembangan ini juga, maka Dr Lim [Chong Eu] sebagai pemimpin parti Gerakan kini telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Kita tidak dapat meramalkan apakah sikap pengundi-pengundi Cina dalam pilihan raya yang akan datang.”
Dipetik memoir Tunku Abdul Rahman
berjudul ’13 Mei Sebelum dan Selepas’ (m/s 129)

“Orang Melayu sahaja yang memerintah”

Tunku Abdul Rahman juga menyampaikan nasihat, “Lebih-lebih lagi kita tidak patut menolak seorang sahabat yang telah berdiri bersama-sama dengan kita semenjak beberapa tahun dan membantu kita mencapai kemerdekaan.”
Beliau menjelaskan bahawa
“di kalangan ahli [Umno] yang setia, terdapat juga beberapa orang yang berkehendakkan supaya Umno atau orang Melayu sahaja yang memerintah negara ini. Cita-cita seperti ini tidak dapat dilaksanakan dalam sebuah  negara yang jumlah penduduk kaum lain hampir sama dengan bilangan penduduk kaum Melayu”.
Pada pendapat Tunku, “Cadangan pelampau dan orang yang berdarah muda supaya orang Melayu sahaja memerintah negara ini, pada rancangan jangka panjangnya tidak akan berjaya.”

Amanat Tunku Abdul Rahman

Tambah Tunku lagi, sekiranya langkah “mengadakan satu ikatan yang kekok dengan PAS” diambil, beliau “percaya ikatan itu merupakan satu perkongsian yang lemah”.
Ianya taktik yang “tidak sekali-kali akan dapat menyelesaikan kesulitan yang kita hadapi”, sambung Tunku. “Oleh yang demikian, percubaan untuk menukarkan konsep Umno daripada apa yang telah pun terbukti kejayaannya sehingga hari ini adalah perbuatan mencari kehancuran.”
Bagi Tunku, “Kerjasama daripada tiga buah parti yang besar ini bukan sahaja telah dapat mendatangkan keamanan dan kemakmuran kepada negara” tetapi “Kemenangan bagi sebuah parti untuk memegang kuasa bagi masa yang begitu lama merupakan satu kejayaan yang sangat luar biasa yang belum pernah berlaku dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.”
“Malangnya, kebanyakan orang kita cuma sanggup merayakan kemenangan sahaja, tetapi tidak sanggup menerima kekalahan.”
– Dipetik memoir Tunku Abdul Rahmanberjudul ’13 Mei Sebelum dan Selepas’ (m/s 130-131)

8 comments:

  1. hahaha,,,knapa lu takot ke,,,biasa la,,negara demokrasi,,,kah kah kah tkut pulak dia,,,

    ReplyDelete
  2. 7:05 lu jangan main2.

    ReplyDelete
  3. Kalau takut negara ni dikuasai org cina. Kenape dun damak beri pada mca sedangkan mukim ulu cheka majoritinye org melayu. Jgn nk berckp benda yg jauh klau yg dpn mate pun xnampak.

    ReplyDelete
  4. buka la mata jangan jadi buta hati percaya sama dap.

    ReplyDelete
  5. Mende la racist sangat tuan punya blog ni. Ko nak cina yang ko boleh kawal, india yang ko boleh kawal, kadazan dusun yang ko boleh kawal. Sejak bila pulak diorang jadi hamba melayu? Da 55 tahun merdeka pun masih racist lagi. Melayu2..

    ReplyDelete
  6. Komunis selamanya tetap komunis. Di sarawak habis hutan di sapu oleh bangsa komunis. Di seluruh pelusok hutan sarawak dikuasai oleh pembalak haram komunis.

    ReplyDelete
  7. kalau dh pendatang,pendatang jelh... x pyh nk jd pemerinth malaysia... hidup melayu!!!!

    ReplyDelete

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers