LOS ANGELES: Stesen televisyen milik firma Qatar, Al-Jazeera, yang
bersaing untuk mendapatkan stesen penyiaran di Amerika Syarikat (AS)
kini sudah membeli stesen Crrent TV, milik bekas Naib Presiden, Al Gore.
Gore dan rakan niaganya, Joel Hyatt sendiri mengumumkan mengenai penjualan stesen televisyen berkenaan hari ini.
Gore dan rakan niaganya, Joel Hyatt sendiri mengumumkan mengenai penjualan stesen televisyen berkenaan hari ini.
“Al-Jazeera mempunyai asas dan matlamat yang sama seperti Current Media dan kami percaya bahawa fakta dan kebenaran akan menjadikan kita penduduk di dunia lebih memahami antara satu sama lain," kata mereka.
Dengan pembelian itu, Al-Jazeera akan mengembangkan lagi operasi penyiarannya di seluruh AS, terutama di bandaraya besar dengan saluran berbahasa Inggeris. - AP
No comments:
Post a Comment
Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..