CYBERJAYA 2 Jan. - Hampir 5,500 orang belia yang berumur dari 21 hingga
30 tahun telah mendaftar setakat pukul 7 malam semalam untuk mendapatkan
rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) untuk pembelian telefon pintar
peringkat permulaan pada hari pertama pendaftarannya dibuka.
Bilangan pendaftaran terus meningkat ketika kenyataan ini dikeluarkan.
Skim PKB dilaksanakan oleh tujuh syarikat telekomunikasi, yakni Celcom,
Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications dengan
koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Kami bersyukur dan gembira dengan sokongan yang diberikan orang ramai
terhadap skim ini. Sambutan menggalakkan ini menunjukkan bahawa
masyarakat, khususnya golongan belia, bersedia bergerak dalam zaman ICT
dan menerima baik perkembangan teknologi dunia internet," kata Datuk
Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..