PERKASA menyatakan kekesalannya terhadap
keputusan kerajaan menarik balik novel Interlok karya Sasterawan Negara
Abdullah Hussain sebagai teks sastera di sekolah atas desakan "minoriti"
yang didakwa "besar kepala".
Setiausaha agung kumpulan pendesak
Melayu itu Syed Hasan Syed Ali berkata, ia melambangkan kerajaan terlalu
lemah dan gagal mempertahankan karya itu.
Beliau juga mendakwa tindakan itu dibuat atas kehendak "biadap" MIC demi menagih undi dalam pilihan raya.
"Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina," katanya.
Sebagai
bantahan, tambahnya, orang Melayu tidak akan sesekali memberikan undi
kepada calon MIC atau calon India yang anti-Melayu dalam pilihan raya
umum akan datang.
"Apa yang tertera dalam buku novel tersebut
adalah fakta. Bukan niat menghina," katanya sambil menegaskan penggunaan
perkataan paria masih berlaku di negara India dan tergambar dalam
filem-filemnya.
"Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala!" kata Syed Hasan dalam kenyataannya malam tadi.
Ketika
kehangatan novel itu berlangsung, PERKASA sebelum ini antara kumpulan
yang tampil mempertahankan karya Abdullah. NGO itu malah memberikan
anugerah khas kepada penulis.
No comments:
Post a Comment
Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..