Najib
dan BN bakal kehilangan beribu-ribu undi daripada warga pendidik dalam
PRU13 kerana beberapa arahan dan perancangan yang telah dan akan
dilaksanakan. Terkini adalah pegawai-pegawai yang dilantik secara
interim sama ada di Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran
Daerah telah 'dihalau' kembali ke sekolah sebagai guru biasa. Arahan
tersebut berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012. Ada pejabat pelajaran daerah
telah mengarahkan pegawai-pegawai interimnya tidak perlu hadir bertugas
sebaik sahaja cuti persekolahan bermula pada pertengahan November ini.
Kontrak setahun pegawai-pegawai interim ini sepatutnya tamat pada 30
November 2011.
Apa
yang mendukacitakan pegawai-pegawai ini ialah apabila khidmat
diperlukan mereka dilantik dengan 'kasih sayang' tetapi bila sudah tidak
diperlukan 'ditendang' begitu sahaja. Pegawai-pegawai ini telah
dilantik oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk bertugas secara interim di Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah selama setahun secara kontrak mulai 1 Disember 2010
hingga 30 November 2011. Tetapi penamatan pegawai-pegawai ini
dimaklumkan adalah melalui Pegawai Pelajaran Daerah sahaja.
sudah dikenal pasti siapa guru yang tidak mengundi BN setiap daerah
ReplyDeletehaha..
ReplyDeletekerana akal dan budi maka ada surat ditempatkan semula ke sekolah bukannya di HALAU....... tak payah la nak ugut..... 70 % sokong pembangkang.... lain la kalau balik ke sekolah pun , gaji dapat juga tak ada potong2 pun. yang marah tu sebab bila naik dok di ppd jadi merak so bila kena balik semula rasa tak syok.
ReplyDeleteUGUTAN BUKAN YANG TERBAIK...... KEMBALI KEPADA KONSEP BERSYUKUR..... LIHAT KEBAIKAN YANG PERNAH KITA DAPAT DAN BANDINGKAN SEDIKIT KEKURANGAN YANG DIBERIKAN..... YA ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM TERUTAMANYA KAUM GURU DAN KEMBALIKAN MEREKA KEPADA HAKIKAT SEBENAR ERTI DAN TUGAS SEORANG GURU.....
ReplyDeleteSaya terima hakikat kembali semula ke sekolah. Bukan kami seperti merak berada di PPD tetapi atas dasar saya yang menurut perintah. Bukan dan nak ugut tetapi kesal kenapa perancangan yang tidak bijak menyebabkan kami menerima hukuman. Cuba saudara fikirkan, apa jadi sekiranya perkara ini berlaku ke atas diri saudara, kerana ia melibatkan hak cuti, graduiti dan sebagainya.Kesilapan pihak lain menyebabkan kita kehilangan ribuan ringgit kerana tidak direkod dalam BRP. Untuk kembali ke sekolah tiada masalah sebab kami kumpulan DG itu tugas utama kami. Hak cuti untuk DG hanya 7 hari, kami dah lebih dari tu kerana maklumat yang salah. Ini bermakna kami dihukium kerana kesilapan pihak lain. dimanakah keadilannya?
ReplyDeleteSiapa yang dok merak? Tak ada siapa yang merak. Awak tu yang jeles sebab tak terpilih ke PPD. Kalau awak dipilih ke PPD entah awak yang merak kot? Tentu ada kelebihan mereka dipilih menjadi pegawai PPD. Awak ingat main tarik sesuka hati ke untuk jadi pegawai. Biasanya orang yang jeles dan sakit hati ni ada penyakit sikit. KENA MUHASABAH DIRI dan istigfar banyak-banyak agar Allah menjauhkan hasad dengki dan iri hati.
ReplyDeleteSaudara, saya bercakap atas kewarasan akal dan tanpa prasangka ketidakwajaran. Tidak ada perasaan cemburu dan sakit hati. saya adalah pegawai yang terlibat. Saya bercakap bukan untuk diri saya sahaja malah untuk rakan-rakan saya yang senasib dengan diri saya di Johor, Pahang, Perak, selangor dan Pulau Pinang. Jangan saudara alfatih menaruh prasangka serong kepada kami. Kami hanya meluahkan kekesalan dan kebimbangan kami. Kami tidak menganggap diri kami yang terbaik, tetapi kalau kami yang dipilih untuk ke PPD so tentu saudara boleh buat tafsiran sendiri siapa kami sebelum kami ke PPD. Saudara alfatih perlu faham penstukturan yang sedang berlaku di Kementerian Pelajaran sekarang ni. Mungkin saudara bukan kumpulan DG maka saudara alfatih boleh berkata sesuka hati saudara. Kami terima seadanya apa yang saudara katakan tapi Allah lebih mengetahui niat dan hasrat kami. Kami hanya memperjuangkan hak dan keadilan. Itu saja.
ReplyDeleteTuan2 & puan2 yang budiman.....Fahamilah perkataan "INTRIM"....yang bermaksud SEMENTARA....jadi akurlah dengan perlantikan tersebut. Tuan2 & puan2 hanya pegawai SEMENTARA...so dah tiba masanya untuk balik ke sekolah.....BALIK LAA.... apa nak bising2.
ReplyDeleteSaya salah seorang pegawai Intrim terlibat. Saya brsyukur boleh balik ke sekolah. Selama ni, saya tiada alasan untuk mohon balik ke sekolah. Apabila dapat arahan sebegini, seperti pucuk dicita ulam mendatang lah .... heheh
ReplyDeleteJangan dijadikan hal tersebut sebagai suatu yang besar. Kepada pegawai yang kena kembali ke sekolah termasuklah saya... kita terima dengan hati yang terbuka.. kalau pun diPPD tapi bila pencen nanti graduiti tinggal RM 12.50 kan nyanya... disekolah kita tunjukkan kita memang yang terbaik punya... jangan seperti sesetengah orang yang pandai komen orang aje...
ReplyDeleteAssalaamu'alaikum kepada semua yang mebaca komen dalam forum ini.
ReplyDeleteKepada pegawai 'interim', syukurlah kerana dapat menabur bakti dan belajar daripada sebarang pemantauan yang telah anda lakukan. Kepada saudara alfatih, memang seronok menuduh orang tanpa merasai keperitan yang dihadapi sebagai pegawai 'interim'. Kalau betul kerana kesilapan pihak lain nanti maka pegawai 'interim' terpaksa sengsara seperti yangb telah berlaku di sebuah negeri di utara.... apakan daya, tapi hidup perlu diteruskan seperti biasa, cuma mereka yang ada 'perasaan' akan faham mengapa rungutan yang sedemikian diluahkan. Kebanyakan pegawai 'interim' memang telah dipilih atas 'kemampuannya' tetapi kalau ada yang terpilih kerana 'kabel'nya itu adalah nasib. Kepada guru yang suka menuduh pegawai PPD sebagai 'merak', lihatlah diri anda dan tanya diri sendiri adakah anda memang sakit hati kerana tidak terpilih atau anda telah 'ditangkap' kerana tidak 'buat kerja'? Memang mudah menuding jari kepada orang lain semata-mata untuk mengelak an menutup kesilapan sendiri. Fikirlah secara jujur dan kalau pernah berdosa...bertaubat itu lenbih baik daripada terus mengumpul dosa.
Bersyukurlah...
ReplyDeleteJika benar BN kehilangan undi dari pihak anda yg terlibat....hehehe..lebih manis...jika BN kalah dalam PRU13...
Anda bukan sahaja dihantar balik ke sekolah tetapi mengikut kata Tony Pua....!!!!!??
Anda mungkin salah seorang yang akan dibuang kerja....
Ingat...memang pembangkang nafikan tetapi kata2 tony pua membuktikan sudah ada perancangan untuk menyingkirkan kakitangan kerajaan...TERUTAMA YANG MEMANG TERUMBANG AMBING KERJANYA.
Jika anda berjiwa pendidik....sekolah adalah syurga anda...itulah tempat terbaik memanfaatkan ilmu untuk anak bangsa.
Walau dimana kita ditempatkan , janganler hendaknya ianya dijadikan alasan untuk menghilangkan undi kepada BN. Undi adalah hak anda..Saya percaya anda orang berfikiran waras... Saya setuju dengan pendapat di atas yang condemn pegawai PPD tu adalah guru yang pernah "ditangkap" kerana kesalahan yang dilakukan. apa-apa hal pun saya dah pilih sekolah untuk saya tabur bakti sebagai seorang guru.. kalau kita bertugas LILAHITALLA insyallah kita akan terus dikurnuakan rezeki... DG 44 dah menunggu kita...
ReplyDeleteKERAJAAN MEMANG KENA PANDANG SERIUS PEKARA INI. MEREKA BYKAN PERTIKAI PASAL TURUN PANGKAT KE APE. DIORANG NAK KEADILAN..
ReplyDeleteSAYA SETUJU DENGAN PPD KUANTAN. JANGAN JADIKAN ISU PERJAWATAN SEPERTI BAHAN EKSPERIMEN DALAM MAKMAL
ReplyDeleteKita tidak memohon untuk ke PPD, bila dah mula seronok kerja di PPD kena balik sekolah.. Ngajo semula...Apalah nasib kita...Kita jadi bahan kajian seperti PPSMI... Lepas nie FasiLINUS pun kena bersedia untuk dihantar balik ke sekolah...
ReplyDeleteTeman rasa komen org terakhir ni dari sebuah PPD di Kedah. Pasai teman ada dengor deme ni ada masalah dengan FasiLINUS. Utk pengetahuan semue.. tak kira Interim ke fasiLINUS ke semuanya same... mana ada jawatan yang tetap di PPD kecuali Jawatan Hakiki yng mmng selama ini dah ada di PPD. Tapi teman rase Jawatan FasiLINUS adalah hakiki sebagai mana memo yang deme dapat. Tak ada sebut pun tarikh tamat mcm Interim. entah laa... Teman tak campo.. psl teman pegawai khas ajer kat PPD.. Teman mmng sah akan balik ke sekolah.. Wallahu alam bissawab
ReplyDeleteSaya seronok dapat balik ke sekolah. Keje kat PPD pun seronok jugak, tapi kat sekolah lagi seronok sebab dapat mengajar. Puas hati bila tengok anak2 murid pandai satu2 ilmu yang kita curahkan. Tapi dengar kata...tak jadi plak. Ya ke? Ala...nape tak jadi? Walaupun kena balik ke sekolah, saya tetap undi BN. Hehehe....
ReplyDeleteKERAJAAN kena pandang serius.. siapa yang nak buat kerja nanti. kerja dah semakin banyak.
ReplyDeleteAda penggantinya nanti. DENGAR cerita, PTD yang nak masuk ganti tempat kita. Tak kisah mana2 pun, asalkan anak bangsa dapat manafaatnya.
ReplyDeletesaya yang menurut perintah... jalan cepak....
ReplyDeleteSelama ni takde interim pun keje jalan macam tuuuu la jugak... pegawai hakiki pakat2 buat ler.. yang diorg interim ni dok rase penting sgt pasal aper. Balik ajer la ke sekolah. Akur kepada surat arahan. Tak tahu ler kalau dah mula rase malu nak balik ke sekolah. Maklum lah selama ini member2 kat sekolah nun dh kenai pegawai interim ni msa pantau sekolah. Bukan main lagi dgn baju kot lagiii... hehe... mana boleh mcm ni kan ...
ReplyDeletePersoalan....semasa pegawai interim ini menerima surat tawaran adakah ianya ditandatangai oleh pengarah JPN @ KPM? apa2 pun pegawai interim body di kira di sekolah, tidak boleh diganti satu kerugian bagi sekolah dan pelajar2...kerja2 pegawai interim mestilah dilakukan oleh pegawai hakiki sebenarnya...kadang2 ada betulnya komen pegawai interim yg menjadi merak bila memantau....tidaklah semuanya. Pegawai interim hakikinya adalah di sekolah kenelah terima hakikatnya. PPPS DG mestilah mengetahui hak anda sebelum menerima sesuatu jawatan dari segi cuti, graduiti dan sebagainya....apa2 pun kita harus berterima kasih kepada pegawai interim kerana bakti yang telah diberikan.....
ReplyDeleteSebenarnya KPM arah pegawai interim kembali ke sekolah ada baiknya. Kalau rakan2 baca pekeliling SBPA hanya guru yang mengajar di sekolah sahaja ada 'Time Based', pegawai di PPD tiada. Renungkanlah. Apa yang kementerian telah lakukan adalah yang terbaik untuk kita sebagai pegawai interim. Saya pun telah kembali ke sekolah, mendidik anak bangsa.
ReplyDelete