PETALING JAYA - PKR mengesahkan bahawa jemputan rasmi telah dihantar
kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat berhubung isu
Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, surat berkenaan dihantar semalam ke Pejabat Ketua Pemuda di Ibu Pejabat Umno.
“Kami menetapkan 12 Disember ini untuk berdebat seperti yang diminta Khairy berikutan Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung hujung bulan ini dan saya yakin ia satu tempoh yang mencukupi.
“Lokasi debat itu, saya dengan Khairy akan tentukan kemudian,” katanya.
Rabu lalu, Khairy menyatakan kesediaannya menyahut cabaran Rafizi sekiranya beliau menerima jemputan rasmi mengenainya.

No comments:
Post a Comment
Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..