Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menyatakan
bahawa BN dan UMNO amat memerlukan anak-anak muda, terutamanya pengundi
baru dalam memastikan kedudukan dan kekuasaannya. Namun, sejauhmanakah
kenyataan itu diterjemahkan dalam pembentukan gerak kerja yang efektif
dan mesra Gen Y, atau UMNO kekal dengan caranya?
Ia menjadi persoalan
penting bukan sekadar sokongan generasi muda tetapi sejauhmanakah parti
ini menampilkan diri sebagai pembawa citra dan kemahuan anak muda hari
ini, apatah lagi di kalangan anak muda atas pagar yang bersifat lebih
tajam dan kritikal. Pemikiran dan pendapat golongan ini tidak boleh
dibeli atau diumpan dengan menyatakan, bahawa parti lawan tidak baik,
bobrok atau tidak berjasa kepada rakyat. Generasi muda hari ini membawa
fahaman sendiri dalam politik yang menolak citra politik selama ini yang
digambarkan sebagai kotor, apatah lagi UMNO dilihat tidak mewakili
kemahuan dan pemikiran anak muda yang pastinya menolak establishmen.
Selepas
tahun 2008, apakah yang UMNO telah perbuat untuk medekati anak-anak
muda supaya menerima parti ini. Perlu diingat, golongan ini tidak akan
menerima hujah, bahawa mereka perlu menerima dan menyokong UMNO
disebabkan jasa lampau parti kepada negara, bangsa dan agama. Ini
cabaran sebenar kerana anak-anak muda boleh berfikir dan bertindak
rentas parti dalam membuat pendirian, mereka bersikap terbuka lantaran
persekitaran sosial, ekonomi, hubungan antara ras yang bersifat terbuka.
Inilah hasilnya kemajmukan Malaysia, apabila anak-anak yang lahir
selepas tiga atau empat dekad merdeka mempunya cara berfikir dan
berpolitik yang berlainan.
Dalam dunia tanpa sempadan,
generasi muda akan melihat parti politik sebagai suatu entiti yang perlu
menjadi wajah mereka, tetapi apakah UMNO sudah dilihat begitu, atau
kelihatan seperti gergasi yang menjengkelkan? Cabaran dan kelangsungan
UMNO
Betoiiii En Faiz. Yg muda dah getik dgn Umno. Yg tua dah benci dgn Umno. Org asli Sg Kiol tak pasti
ReplyDeleteBenar ke pemikiran generasi muda hari tajam dan kritikal? Benar ke pemikiran generasi muda hari ini mempunyai cita dan selera yang berbeza dengan hala tuju perjuangan bangsa? Benar ke genarasi muda hari ini mampu mendokong aspirasi dan harapan negara? Benar ke generasi muda hari ini mampu mengekalkan kuasa dan keamanan negara dan agama? Tepuk dada tanya iman. Bertutur biar ada alasan, berfikir biar dengan kewarasan, bertindak dengan akal dan budi, kalau belum cukup ilmu dalam diri jangan berbicara sesedap hati. Banyak sudah terjadi keliling dunia dan serata negeri, bangsa dan agama musnah kerana kecelaruan pemikiran diracun oleh budaya Yahudi. Rosak bangsa rosak harga diri, kononnya mempertahankan kebebasan hakiki. Malang sungguh bangsa ini, lupa diri, lupa budi, buta sejarah, buta hati, jatuh maruah dan harga diri. Yang muda lupa diri, bangga konon dengan pemikiran masa kini, tapi lupa asal usul diri. Tunggulah kejatuhan empayar bangsamu sendiri, akhirnya kau akan mengemis dibumi sendiri. tunggulah....tunggulah....jangan kau jadi katak yang hanya pandai melalak, satu sumbangan pun tarak.
ReplyDeleteAnonymous 5:56, ape yg duk merepek tu? macam tak faham sahaja.
ReplyDelete