HOME

Wednesday, October 26, 2011

DR MUJAHID YUSOF DAKWA POLIS TERLIBAT DENGAN POLITIK??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioc2cZo_pbFY3wd6clsnd41d7CRQAlRKK08Z_M_HDDf56WQr7BvbbO73yZ4CVmV9o5sX9rmJUGXTgA3uPP28COPDn0wKy5W9Nle8UUAI7H2WU3hTSV73NXtowxyjW6LRCVRBp4ZcE-UJAe/s1600/ismail-omar.jpg


   Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yangmengatakan polis terlibat dalam politik.


Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, anggota polis berhak berasa marah jika ada pihak mempertikai dan memperlekeh sumbangan mereka terutama dalam isu Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

''Dalam kes Mohamad Sabu, ia lebih berat kerana dia melabelkan anggota polis yang terkorban dalam pertempuran dengan komunis sebagai pegawai penjajah dan menafikan peranan mereka dalam kemerdekaan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 bagi kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, Hishammuddin turut menjawab isu pelajar warga Afrika di negara ini yang didakwa menyalahgunakan pas pelajar dan terlibat dalam sindiket penipuan antarabangsa.

Kata beliau, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat pemeriksaan secara berkala di institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi memantau aktiviti pelajar-pelajar warga Afrika yang berjumlah 19,000 orang sepanjang tempoh Januari hingga September 2011.

''Kedua-dua kementerian itu serta kementerian lain yang berkaitan sedang meneliti semula pengeluaran pas pelajar. Keputusan penelitian ini akan dimaklumkan kemudian," katanya.


~ Sememangnya pihak polis tidak terlibat dengan politik kerana ini merupakan satu tunduhan yang mempunyai agenda tersendiri oleh pihak tertentu..

1 comment:

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers