HOME

Friday, May 27, 2011

Buta Sejarah, Butalah Segalanya

Bagaimana Bangsaku dimasa hadapan, Pesan Datuk Hang Tuah "Tak akan Melayu Hilang Didunia" bagaimana maksudnya? jika dilihat dengan suasana yang melanda bangsaku gelisah dihati jika berlarutan sikap bangsaku yang lupa akan sejarah lampau.
Jika dilihat, ada bangsaku yang ingin lari dari dari budaya bangsaku, Mengapa? sejarah lama mengatakan Melayu bangsa yang tua. Jika kita lihat apa yang tercatat dilembaran sejarah kesultanan melayu Melaka, bangsaku terkenal diseluruh pelusuk dunia. Namun mengapa ada bangsaku tidak mahu melihat kesahihan itu.
Jika kita berhujah berbicara tentang bahasa,budaya,agama banyak kekeliruan pemahaman dihati sesama.Ketahuilah akan kita bahawa bangsa melayu ada sejarah agungnya. Ia perlu dikaji dan teliti. Amat malang bagi kita jika tidak mengetahui darah yang mengalir didalam diri kita dari mana datangnya.

No comments:

Post a Comment

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers