HOME

Wednesday, December 2, 2009

KRITIKAN & TEGURAN BUAT PEMIMPIN

Saidina Umar dilantik sebagai Khalifah, beliau meminta rakyat menegur sekiranya dia melakukan kesalahan. Maka, bangunlah seorang lalu berkata sekiranya Umar berbuat salah, maka beliau akan ditegur dengan pedang. Saidina Umar tidak marah, apatah lagi memberikan gelaran buruk kepada orang itu. Sebaliknya, Umar bersyukur kepada Allah kerana masih ada di kalangan umat Muhammad yang sanggup menegur beliau.Seseorang penjawat awam tidak harus dilindungi atau merasa kebal dengan gelaran Dato', ulamak atau kerabat bangsawan. Apabila mereka menawarkan diri untuk dipilih sebagai pemimpin, maka mereka harus bersedia untuk menjustifikasi sesuatu pendapat atau tindakan.Pun begitu, saya juga ingin menegaskan bahawa kritikan-kritikan itu tidak seharusnya menghilangkan rasa hormat, apatah lagi sayang (sekiranya ada) kepada pemimpin-pemimpin tersebut.Sekiranya ada yang tak bersedia untuk dikritik, maka eloklah mereka meninggalkan jawatan awam. Atau lebih baik, usah tawarkan diri untuk apa-apa jawatan awam!

10 comments:

  1. Assalamualaikum, betul tu cikgu, menegur tidak bermakna membenci, menegur sekadar untuk memperbaiki supaya lebih sempurna...sepatutnya yang ditegur berterima kasih kepada yang menegur kerana menyedarkannya dari kesilapan...

    ReplyDelete
  2. Ada sesetengah pemimpin punya sikap 'pantang ditegur'... Kalau ditegur, mulalah melenting, dan tuduh si penegur melemparkan fitnah... SIap ugut bawak mahkamah.... Saba je la..

    ReplyDelete
  3. mudah-mudahan kita sedia menerima teguran untuk membaiki kelemahan masing-masing..

    ReplyDelete

Gunakan akal dan budi untuk menulis. Terima Kasih Tuan..

About Me

Followers