HOME

Sunday, January 20, 2013

Seminar Nusantara : Malang Sungguh Melayu Singapura


singapura-melayu

SEMINAR Nusantara Islam di Asia Tenggara yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang ini, membuka mata penulis terhadap banyak  perkembangan Melayu dan Islam di negara lain sekitar negara kita.
Selain mendapat maklumat lebih jelas tentang keadaan sebenar yang berlaku di Myanmar membabitkan orang Islam Rohingya, penulis juga kagum dengan ‘kejayaan’ orang Melayu dan Islam Singapura dibawah kepimpinan parti PAP, yang punya cawangan di Malaysia, iaitu DAP.

Penulis tidak salahkan pembentang kertas kerja itu, seorang Profesor dari National University Singapore kerana memuja dan memuji melambung kerajaan PAP Singapura dalam ‘memajukan’ orang Melayu di negara tersebut.

Penulis juga tidak salahkan beliau kerana memuji kerajaan PAP yang memberikan hanya 4% dari keseluruhan pelajar yang menerima biasiswa di negara tersebut kepada orang Melayu.  4% atau 4 orang bagi setiap 100 orang itu, memang satu pencapaian yang membanggakan!!!
Dan paling membanggakan Profesor ini, bila baru-baru ini kerajaan Singapura menganugerahkan Biasiswa Presiden kepada seorang anak melayu (dari 5 orang), pertama seumpama dengannya setelah 44 tahun!!

Maklum sahajalah, Profesor ini bekerja dengan Universiti milik kerajaan Singapura.  Lumatlah dia kalau didapati mengutuk kerajaannya sendiri di negara ini.
Beliau datang ke Malaysia ini hanya sekali-sekali, lepas ini nak balik ke Singapura semula.  Tak pasal-pasal nanti, kerana nak menyedapkan hati dan telinga peserta seminar, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih diamalkan di negara asalnya, menanti sebaik menyeberang tambak.

Untuk berlaku adil kepada beliau, tidak salah kalau penulis katakan, pendapat Profesor itu betul dari konteks pemahamannya tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai kaum minoriti di Singapura.  Tak adillah beliau untuk membandingkan kedudukan Melayu negara tersebut dengan negara ini.

Tapi pendedahan ini baik untuk dijadikan pengajaran oleh sebilangan orang Melayu di Malaysia ini yang sentiasa tak tahu nak bersyukur dengan kemajuan yang dicapai bangsa tersebut sepanjang berada dibawah kepimpinan UMNO.

Golongan ini nak juga percaya DAP, adik PAP tu mampu mengekalkan hak keistimewaan dan kemajuan orang Melayu seperti dibawah UMNO sekarang.
Kalau nak dibandingkan dengan Singapura sana, rakyat negara ini dan orang Melayu khasnya sungguh beruntung.  Walaupun ada keistimewaan orang Melayu yang dijamin perlembagaan, bangsa-bangsa lain tidak ketinggalan.  Di beri peluang yang sama untuk kaya dan berjaya.

Ini semua yang perlu disebar luaskan.  Profesor ini patut dibawa menjelajah seluruh negara kita, bercakap tentang realiti sebenar Melayu di Singapura.  Tak apalah kalau beliau bercakap benar, kerana yang mendengar tahu membuat perbandingan dengan keadaan sekeliling.
Kalau nak bawak semua Melayu tak sedar diri ini ke Singapura untuk lihat sendiri, mungkin masalah sikit, tapi kalau Profesor ini yang kita arak, lebih banyak kurang kosnya.
MyKMU.Net

Wednesday, January 16, 2013

Pendidikan Percuma Semua Mahu, Tapi Bagaimana?

 
Pendidikan percuma, itulah topik asas yang dibangkitkan oleh Bawani ketika perbuatan bertanyakan soalan yang bagi saya bersifat agak provokasi kerana tiada adab di dalamnya. Ingat, kelembutan dalam suara, kesopanan dan nada yang bersahaja adalah salah satu adab dalam berhujah. Kalau sudah terjerit sana dan sini, itu bukan di namakan adab.

Tetapi, kami difahamkan bahawa sebenarnya Sharifah itu hanyalah moderator dan program yang ada di UUM bukanlah panelis yang dilantik. Pada saat ikrar dibacakan, itu sudah penghujung majlis dan majlis berkenaan tidak ada menyentuh langsung soal politik.

Sharifah juga harus dipersalahkan. Saya tak tahu kenapa dia bercakap mengenai soal binatang dalam penghujahan. Tapi itu bukan persoalan kami. Andaikan kami pada admin SSTDMM, berdiri di hadapan situ. Mungkin ini hujah kami untuk menjawab soalan Bawani. Bawani membawakan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil, negara dunia ketiga yang sedang membangun yang menjalankan pendidikan percuma, dan kenapa Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma? Namun, belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Ini juga merupakan salah Sharifah pada hemat saya.

Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator.

Berbalik kembali kepada topic perbincangan kita, apa yang perlu dijawab oleh Sharifah? Pertama, Sharifah harus menggunakan ayat ini, “Tiada apa yang percuma di dunia.” Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain.

Sebagai contoh, CUKAI. Untuk pengetahuan, Cuba dan Argentina merupakan negara yang lebih miskin daripada kita. Tanyakan kepada mereka sama ada bagaimana dengan pembangunan di negara-negara berkenaan? Bagaimana dengan keadaan di negara berkenaan.

Saya ambil contoh, Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelahar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarny telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam university. 1 daripada 9 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan miskin manakala yang kayanya mendominasi di sana. 

Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
Kenyataan di atas ialah datang daripada orang Brazil sendiri. (sumber:http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes)

Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Nampak kana da benda yang perlu dibayar?

Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya.

Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi? Ini hanya pandangan peribadi saya. Kalau ada apa yang salah, atau anda ada cadangan yang lain, sama-samalah kita kongsikan. Assalamualaikum.Harapan Esok..


Beberapa Pandangan berkenaan dari sumber Tiada Pengaruh Mana-mana politik.

Pendidikan percuma.

Pengenalan
Semua manusia, tanpa mengira warna kulit, agama, keturunan, pangkat dan kekayaan harta benda, berhak mendapatkan pendidikan. Ini kerana pendidikan ialah hak asasi manusia, sama seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Adalah menjadi satu keperluan untuk manusia tahu hal-hal di sekelilingnya, yang mana untuk ini berlaku, dia perlu menuntut ilmu.
Pendidikan hak semua dan pendidikan percuma
Walaupun pendidikan ialah hak semua, pendidikan tidak semestinya percuma. Jangan kerana memperjuangkan slogan ‘pendidikan ialah hak semua’, maka slogan ‘pendidikan percuma’ dicanangkan bagi membolehkan pendidikan menjadi hak semua. Pendidikan percuma hanyalah jalan terakhir bagi merealisasikan slogan ‘pendidikan ialah hak semua’, sepertimana yang akan diterangkan kemudian.
Di sepanjang sejarah, pendidikan tidak pernah menjadi percuma. Hatta ilmuwan islam terkenal Ibnu Sina pun MEMBELI kitab Al-Farabi di kedai buku jalanan untuk menelaah ulasannya mengenai karya Aristotle. Penulis tidak mengetahui jika benar terdapat guru-guru yang mengajar secara percuma pada zaman tersebut, akan tetapi penulis maklum gajinya dibayar oleh khalifah menggunakan wang baitulmal dan cukai. Siapa di dunia ini yang mahu mengajar secara percuma ?
Jika adapun yang mengajar secara percuma (sebagai contoh, guru seni mempertahankan diri yang mengajar murid-muridnya di gua-gua seperti dalam filem-filem zaman dahulu, atau ketua-ketua tarikat dan ahli sufi), mereka tidak perlu bimbang dengan sumber makanan dan pakaian kerana segalanya mudah diperolehi pada zaman tersebut tanpa memerlukan wang. Tetapi untuk mendapatkan makanan, mereka masih mengeluarkan tenaga seperti pergi memburu, bercucuk tanam atau menangkap ikan dan menjerat haiwan, meskipun mungkin wang tidak dikeluarkan. Tenaga tidak percuma (rujuk Prinsip Keabadian Tenaga dan Hukum Termodinamik Pertama) dan merupakan satu bentuk ‘bayaran’ selain dari wang. Cuma bezanya, di zaman dahulu manusia banyak ‘membayar’ untuk hak asasi mereka menggunakan tenaga berbanding wang, dan manusia pada zaman sekarang banyak menggunakan wang sebagai bayaran berbanding tenaga.
Percuma sebagai ikhtiar
Apabila orang miskin gagal mendapatkan pendidikan kerana kemiskinan yang bukan disebabkan olehnya malas bekerja (tetapi disebabkan kekurangan dirinya yakni mungkin cacat, tidak berupaya bekerja, dll) atau dikenali sebagai ‘miskin tegar’,maka dia berhak mendapatkan pendidikan percuma. Ini kerana dalam kes ini, pendidikan percuma ialah satu-satunya jalan yang tinggal bagi merealisasikan slogan ‘pendidikan ialah hak semua’ di mana orang miskin tegar juga boleh ditunaikan haknya dalam menerima pendidikan.
Begitu juga dengan keperluan asasi yg lain seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Semuanya adalah hak semua manusia. Tetapi ia bukan percuma. Percuma, seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian percuma adalah jalan terakhir bagi mereka yang tidak mampu (bukan malas) untuk berusaha mendapatkannya. Inilah yang mungkin tersirat di sebalik mengapa Islam mewajibkan zakat. Kutipan zakat adalah untuk diberikan secara percuma kepada asnaf lapan, demi memenuhi keperluan asasi yang merupakan hak semua dan bukan hanya menjadi milik orang berada sahaja.
Untuk pendidikan percuma, penulis fikir berdasarkan pengalaman, kerajaan telah melakukan perkara yang sedemikian. Di waktu penulis bersekolah menengah, pelajar-pelajar yang ibu bapanya berpendapatan kurang dari 1000 ringgit (seingat penulis) akan menerima tanggungan yuran, elaun alat tulis sepenuhnya oleh kerajaan. Di zaman sekolah rendah juga begitu.
Pendidikan percuma di Malaysia juga sudah lama wujud dengan pemberian biasiswa-biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak. Pinjaman untuk pengajian tinggi juga diberikan, malah akan ditukarkan juga kepada biasiswa jika pelajar tersebut berjaya menamatkan pengajian dan memperolehi Ijazah Kelas Pertama. Kerajaan mana di dunia ini yang sanggup menghabiskan wang ringgit bagi menaja pelajar yang bakal gagal dan tidak memiliki minat untuk belajar?
Apa yang wajib ditentang mengenai PTPTN?
Falsafah utama di sebalik penubuhan PTPTN ialah bagi membolehkan golongan pelajar miskin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dengan memberikan mereka pinjaman kewangan.
Dengan kata mudah, PTPTN diasaskan bagi membantu orang miskin, supaya pendidikan dapat menjadi ‘hak semua’.
Apa yang wajib ditentang dalam PTPTN bukanlah pemansuhan pinjaman tersebut, tetapi pemansuhan riba’ atau tambahan kepada jumlah yang perlu dibayar oleh pelajar.

 Jika sebagai contoh dia meminjam sebanyak RM 12000, maka RM 12000 jugalah yang perlu dibayar. Bukannya ditambah lagi sebanyak RM12000 menyebabkan pelajar tersebut terpaksa membayar RM 24000, di mana nilai yang sekali ganda itu tidak pernah dipinjamnya pula. Pinjaman tetap pinjaman, jadi mengapa pula pinjaman mesti diurusniagakan seperti ‘pinjaman’ bank yang mengenakan faedah sebagai urusniaga mengaut keuntungan?

Antara kepincangan kerajaan dengan pendidikan percuma; dua isu berbeza
Ada yang menuntut pendidikan percuma ini beranggapan kerajaan sudah tentu mampu membiayai pendidikan percuma kerana jika berjuta-juta wang rakyat boleh dibazirkan sesuka hati, mengapa pula hutang PTPTN pelajar yang jumlahnya kurang dari jumlah wang pembayar cukai yang dibazirkan kerajaan itu tidak boleh dilangsaikan? Penulis fikir alasan inilah yang menggerakkan pelajar-pelajar untuk berhimpun mendesak agar pendidikan percuma dilaksanakan.
Secara peribadi, penulis fikir terdapat kecelaruan dalam membezakan isu di sini. Pendidikan percuma adalah pendidikan percuma, ia adalah isu yang tersendiri. Rasuah dan penyelewengan wang pembayar cukai pula isu lain dan ia adalah isu yang juga tersendiri. Jika rasuah berlaku, itu tidak bermakna wang rasuah yang dibazirkan yang jika dapat dirampas kembali dari perasuah, boleh digunakan untuk pendidikan percuma. Ia akan tetap digunakan kembali untuk tujuan asalnya.
Sebagai contoh, jika wang jutaan ringgit yang sepatutnya digunakan untuk projek ternakan lembu dibazirkan dan diseleweng oleh menteri yang bertanggungjawab, andainya wang tersebut berjaya dirampas kembali dari tangan kotor menteri ini (dan inilah yang mahu kita lihat), ia akan tetap digunakan semula untuk projek ternakan lembu dan tidak akan digunakan untuk membayar hutang PTPTN.
Maka apa pula kena-mengena dengan isu pendidikan percuma? Jika kerajaan menggunakan wang pembayar cukai dengan baik, adakah isu pendidikan percuma ini akan dibangkitkan? Mengapa pula pendidikan percuma menjadi slogan menentang rasuah dan penyelewengan wang pembayar cukai? Mengapa pelajar-pelajar ini tidak menukar matlamat perhimpunan mereka dari memperjuangkan ‘pendidikan percuma’ kepada memperjuangkan ‘pemerintah yang bebas rasuah’?
Tidak lain para pelajar yang berhimpun di Dataran Merdeka tersebut MUNGKIN telah dipengaruhi pembangkang, atau mungkin terlalu berkobar-kobar menyahut seruan ‘Anak Muda Harus Bangkit’ yang disuarakan oleh aktivis-aktivis anak muda, tanpa fokus yang jelas mengenai apa yang sepatutnya mereka perjuangkan. Berjuang tanpa fokus sama seperti berlayar di lautan pada malam yang mendung tanpa panduan arah dari buruj, iaitu tanpa panduan yang jelas.
Wujudkah pendidikan percuma secara realiti?
Setakat ini terdapat beberapa negara di dunia yang sedang melaksanakan pendidikan percuma seperti Norway, Finland, Cuba dan Chile. Pendidikan percuma di negara-negara ini bukanlah benar-benar percuma. Ia dinamakan 'percuma' kerana rakyat tidak perlu membayar apa-apa untuk memperolehinya, namun secara hakikatnya, rakyat 'membayar' kos pendidikan melalui pelbagai jenis cukai yang dikenakan, yang kebanyakannya lebih tinggi dari negara-negara yang tidak mengamalkan pendidikan percuma. Selain dari faktor cukai, faktor lain seperti negara yang kaya umpamanya Norway dan Finland yang kaya dengan hasil laut, produk elektronik, petroleum dan pelancongan (negara tundra memiliki landskap yang cantik maka menjadi tarikan utama pelancong), juga membolehkan pendidikan percuma dilaksanakan kerana hutang negara sentiasa berada di bawah paras selamat.
Perdana Menteri ada membuat perbandingan bahawa terdapat negara di dunia yang melaksanakan pendidikan percuma namun mengenakan kadar cukai yang tinggi, iaitu Norway. Ada pula dari kalangan blogger yang menentang dengan menggunakan fakta bahawa cukai kenderaan di Malaysia adalah kedua tertinggi di dunia selepas Norway, maka Malaysia sepatutnya layak melaksanakan pendidikan percuma kerana tahap cukai kenderaannya yang tinggi. Tetapi kenapa mengambil kira hanya cukai kenderaan?

Bagaimana dengan pendapatan per kapita? Bagaimana pula dengan membandingkan kadar import-eksport. Norway dan Finland adalah negara maju dan matawangnya juga mahal (mahu fakta, boleh rujuk Wikipedia dan Google). Kadar jenayahnya juga rendah dibandingkan dengan Malaysia, dan kadar penganggurannya juga rendah.
Persoalan ini tidak semudah mengambil kira hanya satu dua statistik terpilih meskipun ia nampak munasabah, bahkan ia harus melibatkan pelbagai perkara yang merangkumi aspek ekonomi dan sosial negara. Bahkan ia harus dibincangkan oleh pakar dan bukannya ‘layman’. Ekonomi negara bergantung kepada banyak faktor yang saling berkait, dan penilaian mesti dilakukan dari pelbagai aspek, bukan hanya dari cukai kenderaan sahaja. Seperti yang dijelaskan, cukai Norway mungkin tinggi tetapi hutangnya rendah. Cukai di Malaysia tinggi tetapi hutangnya juga mungkin tinggi.
Maka jika isu ini hanya berhak dibincangkan oleh pakar-pakar dan pembuat dasar negara, adakah rakyat tidak berhak untuk meminta kerajaan melaksanakannya ? Tidak. Rakyat berhak, tetapi mesti memiliki asas yang kukuh untuk mereka bertindak sedemikian dan benar-benar faham akan situasi semasa negara. Tuntutan mereka mesti dipimpin dan difikirkan oleh pakar-pakar yang memiliki pengalaman, bukan hanya melakukan tuntutan disebabkan berpemikiran bahawa pendidikan percuma itu ‘baik’, memudahkan dan sebagainya, atau lebih buruk, akibat dipengaruhi oleh orang lain terutamanya pembangkang dan aktivis anak muda.

Adakah perlu pendidikan percuma dilaksanakan?
Penulis secara peribadinya bersetuju pendidikan percuma dilaksanakan. Siapa tidak suka benda percuma. Dengan pendidikan percuma, rakyat tidak lagi perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pendidikan. Tetapi seperti penerangan penulis di atas, pendidikan percuma secara realitinya bukanlah benar-benar percuma. Ia masih memerlukan peruntukan kewangan, dan untuk tujuan tersebut, ia secara tidak langsung bergantung kepada keadaan semasa negara dari pelbagai aspek yang saling berkait dan memerlukan penelitian orang-orang yang pakar seperti ahli ekonomi dan ahli statistik. Jadi apa yang penulis cuma boleh rumuskan ialah pendidikan percuma (percuma di mana rakyat tidak perlu membayar apa-apa tetapi kesemua keperluan kewangan untuk ia dilaksanakan dilakukan oleh kerajaan) adalah TIDAK MUSTAHIL dan boleh dilaksanakan sebagaimana yang telah dilakukan di sesetengah negara di dunia.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pendidikan tidak pernah percuma, tetapi pendidikan yang 'percuma' dari segi rakyat tidak perlu membayar apa-apa, adalah tidak mustahil untuk boleh dilaksanakan. Namun perjuangan menuntut pendidikan percuma mesti memiliki sasaran yang jelas dan fakta yang kukuh serta bebas dari pengaruh mana-mana pihak berkepentingan politik. Fakta yang diambil mesti adil dan bukannya bersikap memilih dalam mengambil fakta dan statistik (rujuk pemikiran intelektual).

Kerajaan mesti berusaha ke arah menyediakan pendidikan percuma dan berusaha menyediakan ruang bagi membolehkan ia dilaksanakan, atau sekurang-kurang jika ia terlalu sukar dicapai ( secara realiti pendidikan percuma amat sukar dicapai kecuali jika negara benar-benar maju, dan kemajuan negara bergantung kepada pelbagai aspek seperti yang telah dijelaskan di atas), kerajaan boleh menghampirkan pendidikan kepada pendidikan percuma dengan mengurangkan kadar yuran dan gaji pensyarah yang mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.Dengan kata lain, kerajaan mesti berusaha ke arah pendidikan percuma dan menjadikannya salah satu daripada wawasan negara, jika tidak mampu untuk melaksanakannya sekarang.

Monday, January 14, 2013

Persepsi Rakyat Terhadap 'Kebangkitan Rakyat' Jadi Sebaliknya Bukan Untuk Pakatan Rakyat?


Beberapa kesimpulan dapat dirumuskan oleh rakyat berkenaan ‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’ anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.

Pertama, sekalung tahniah wajar diberikan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.

Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional dan itu yang menjadi tanggapan kepada rakyat ketika ini.

Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang demonstrasi di masa depan.
Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.

Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem demokrasi negara ini.

Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih 3.0.
Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.

Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.
Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.
Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama kanak-kanak.
Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.
Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang menggunung.

Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan politik yang sama untuk ke Putrajaya?

Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan ant-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu perhimpunan carca marba atau ‘motley crue’.

Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.
Semuanya juga mempunyai impian Anwar aagar memenuhi agenda perjuangan kumpulan mereka jika berkuasa.

Malah jika dibilang dengan jari jumlah yang hadir jauh daripada 1 juta yang disasarkan sebelum ini.
Anggaran pihak polis hanya sekitar 40,000 orang yang hadir hanyalah empat peratus dan ini merupakan satu kegagalan besar pihak penganjur.

Di mana 300,000 penyokong yang hendak dikerah oleh Pakatan Rakyat Selangor?

Akhirnya yang datang adalah muka sama yang juga turut menyertai perhimpunan dan demonstrasi jalanan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, Perhimpunan Anti -Isa, dan Perhimpunan Air Selangor sebelum ini.
Kehadiran penyokong Cina juga amat hambar sekali dikatakan sekitar 8 peratus atau 3,000 sahaja manakala penyokong India kira-kira 2 peratus sahaja.

Ini jelas membuktikan orang Melayu telah dipergunakan oleh Dap untuk menjayakan agenda politik mereka.
Yang tidak faham politik adalah penyokong pembangkang dari kalangan orang Melayu dalam Pas dan PKR yang gagal mengerti bahawa mereka hanyalah keldai tunggangan Dap yang bersikap talam dua muka dan berpura-pura.

Mungkin ini menjadi penyebab mengapa Anwar hanya berucap setakat 20 minit sahaja kerana penyokong sudah meluat dan mula keluar stadium ketika beliau mula berceramah.
Himpunan Shamsidar juga tidak menjadi kerana penyokong Pas dan Dap tidak mahu terbabit menyokong isu peribadi dan moral buruk Anwar.
Hakikatnya ‘kebangkitan’ yang diharapkan menjelma menjadi kekecewaan yang amat menghampakan.

Monday, January 7, 2013

Ketua Polis Selangor Kesal Tarian Seksi di Majlis Malam Mesra JSJ, IPPD Shah Alam



Ketua Polis Selangor. Datuk Tun Hisan Tun Hamzah

Semalam facebook kecoh apabila tersebarnya gambar Majlis Malam Mesra, "Sekalung Budi,Segunung Intan" JSJ IPPD Shah Alam yang berlangsung di Intekma Shah Alam pada 4 Januari 2013.

Kejam Pelajar Dirogol Dan Dipaksa Telan Air Mani



Pelajar Dirogol Dan Dipaksa Telan Air Mani - Seorang pensyarah sebuah kolej swasta didakwa telah mengikat, memukul dan merogol pelajar sebelum memaksa dia menelan air mani.
China Press melaporkan bahawa pensyarah berusia dalam 40-an telah memanggil gadis yang berusia 21 tahun untuk bertemu dengannya di pejabat beliau bagi membincangkan kerja kursus beliau.
Semasa berada di bilik, pensyarah tersebut mengajak mangsa berhubungan badan namun ditolak.
Namun pensyarah tersebut mengugut untuk mengagalkan pelajar tersebut.Kerana takut digagalkan, mangsa bersetuju untuk mengikuti pensyarah pergi untuk sarapan pagi dengan menaiki kereta pensyarahnya.
Namun sebaik memasuki kereta, pensyarah tersebut telah mencekik leher pelajar tersebut dan merampas telefon bimbitnya.
Pensyarah membawa mangsa ke rumahnya di Sentul di mana pelajar itu diikat, dibogelkan dan dirogol.
Tak hanya dirogol, pelajar tersebut juga dipaksa untuk menelan air mani pensyarah tersebut. Beliau kemudian meninggalkan pelajar tersebut di stesen LRT.
Pelajar, disertai oleh kakaknya, telah membuat laporan di balai polis Sentul, Kuala Lumpur. – paapaada.blogspot

ps: Bila berlaku kes-kes seumpama ini rasa seolah-olah bukan di Negara kita.. Ini masalahnya bila budaya hendonisme menular kepada masyarakat di Negara kita sekarang.

Kebijaksanaan Kepimpinan Ditagih !


Kebijaksanaan kepemimpinan ditagih

Dunia melangkah ke tahun baru dengan pelbagai harapan walaupun suasana politik global masih tidak menentu. Malapetaka dunia atau kiamat tidak berlaku seperti yang diramalkan pihak Barat pada 21 Disember 2012 mengikut kalendar Mayan. Meninjau pergolakan politik global 2012 memperlihatkan konflik serantau yang berlaku di Timur Tengah, iaitu di Syria dan Palestin. Keganasan global masih berleluasa di Iraq, Afghanistan dan Pakistan kesan daripada pencerobohan tentera penjajah.
Selain itu, krisis ekonomi bermula pada 2007 terus memberi impak yang signifikan kepada politik nasional apabila mencetuskan revolusi Arab yang menumbangkan kerajaan autokratik di Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen. Krisis ekonomi menyebabkan kerajaan demokratik juga tumbang dan perubahan rejim pemerintah berlaku terutama di United Kingdom, Perancis dan Jepun. Negara Eropah juga mengalami musibah ekonomi apabila negara seperti Greece, Portugal dan Ireland jatuh muflis.


Masyarakat antarabangsa kini sedang memerhatikan China dan India dengan penuh minat. Ramai diplomat dan sarjana politik antarabangsa mula meramalkan dua negara ini menjadi kuasa besar global masa hadapan dan mengimbangi kuasa Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang lesu kesan krisis ekonomi. China dan India mempunyai simpanan kekuatan senjata nuklear selain mempunyai populasi lebih satu bilion, sangat berpotensi mendominasi dunia masa depan yang dicurigai dunia Barat.

2012 juga menyaksikan rakyat AS memberi semula mandat kepada Presiden Barack Obama untuk menerajui penggal keduanya. Obama daripada parti Demokrat yang mengemukakan pelan pemulihan ekonomi AS dilihat lebih praktikal berbanding lawan beliau, Mick Romney selain membataskan dasar luar imperialisme AS.

Kemakmuran ekonomi

Persoalan yang perlu dijawab di sini ialah bagaimanakah pula bentuk politik global pada 2013? Tidak ramai penganalisis politik dunia berbanding penganalisis ekonomi yang melihat 2013 secara optimistik. Majalah Economist meramalkan 2013 akan menyaksikan pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia dengan China terus mengetuai perkembangan pesat ekonomi global. Namun, majoriti negara dunia terpaksa melaksanakan bajet defisit bagi menghadapi inflasi dan kelembapan ekonomi. Asia, kecuali Jepun dan Asia Barat, terus dilihat akan berkembang dalam kadar 6.4 peratus, dengan Malaysia dijangka berkembang sebanyak 4.6 peratus.
Kemakmuran ekonomi juga masih bergantung kepada kemampuan ekonomi AS untuk terus berkembang. Kini AS menghadapi masalah dasar fiskal dikenali sebagai ‘fiscal cliff’. Untuk menyelamatkan ekonominya, AS harus mengenakan cukai yang lebih tinggi khususnya kepada golongan kelas menengah dan mengurangkan perbelanjaan negara khususnya perbelanjaan ketenteraan serta merombak sistem pemberian bantuan seperti pencen untuk meningkatkan pendapatan negara.

Pembaharuan yang akan dilakukan AS, sekiranya diluluskan Kongres, akan membebankan penduduk AS, namun akan memulihkan ekonomi AS yang sedang tenat. Langkah ini juga akan menyebabkan AS mengurangkan import luar negara yang mungkin menjejaskan negara pengeksport seperti Malaysia. AS juga akan mengurangkan aktiviti ketenteraannya di luar negara, yang menyebabkan AS memanggil pulang tenteranya yang sedang berkubu di Afghanistan. Penemuan simpanan minyak petroleum baru di pesisir luar negara AS dilihat mampu menstabilkan permintaan dan penawaran minyak di AS.

Konflik politik Timur Tengah

Sementara itu, konflik politik Timur Tengah diramalkan menjadi lebih buruk pada 2013. Perang saudara di Syria sudah menjadi perang proksi antara Iran, China dan Russia yang membantu rejim Bashar al-Assad. Manakala negara Arab seperti Arab Saudi dan Qatar bersama Turki dan AS dilihat membantu puak pemberontak. Iran harus memastikan rejim al-Assad terus memerintah kerana sekiranya tumbang, tekanan akan dihadapi Iran yang kehilangan sekutu kuatnya di Syria.

Krisis Israel-Palestin akan berterusan walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf Palestin sebagai negara bukan ahli PBB. Namun rejim Zionis terus membina penempatan haram di wilayah Palestin. Pelan penyelesaian dua negara yang dirancang PBB masih tidak menampakkan perkembangan yang positif.

Rantau Asia Tenggara pula akan memperlihatkan keadaan yang positif ke arah kewujudan komuniti ASEAN dijangka pada 2015. Pertumbuhan ekonomi akan berlaku dalam kadar 4 sehingga 6.3 peratus dengan Indonesia diramal mengalami pertumbuhan paling pesat. Politik domestik agak stabil dengan Myanmar kini bergerak menuju pendemokrasian.

Semua negara ASEAN, termasuk Laos dan Vietnam yang berfahaman komunis mula mengamalkan secara agresif ekonomi kapitalisme. Kebimbangan bagi ASEAN, juga Jepun dan Korea Selatan kini adalah perluasan kuasa China yang mula menuntut hak kedaulatan ke atas kepulauan Spratly dan Laut China Selatan. Reaksi ASEAN adalah untuk berdialog dengan China, namun Filipina yang dibantu AS mula mencabar secara keras perluasan kuasa China.

Apa yang pasti, dunia akan terus berada dalam situasi anarki pada 2013. Hanya kebijaksanaan kepemimpinan sesebuah negara akan menentukan keamanan dan kemakmuran sejagat berterusan untuk terus dinikmati bersama.
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
Penulis ialah Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia

Sunday, January 6, 2013

TAHNIAH DR MIM BERJIWA BESAR MENGAKUI KESILAPAN, HJ HADI PATUT CONTOHI!

Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu adalah Bishop dan akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.
Ia merupakan penyelesaian luar mahkamah yang dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.
 
Syabas dan tahniah Dr MiM rakan blogger yang sangat berani dan bersih. Tindakkan beliau wajar dipuji dari beberapa pihak pemimpin yang tidak berani mengakui kesalahan sendiri sehingga memaksa pihak lain memperbetulkan kesalahan.

Tahniah DR MIM!!

Isu kalimah Allah: Dewan Ulama bercanggah pendapat dengan Mat Sabu



Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS tetap berpendirian bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam, sekali gus bercanggah dengan pandangan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Pendirian itu juga bertentangan dengan pandangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain ketika berdialog di sebuah gereja di Prai, Pulau Pinang, dua tahun lalu.

Pendirian saya adalah sama seperti dulu iaitu penggunaan kalimah Allah adalah khusus untuk umat Islam,” Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS

Khusus untuk umat Islam Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, menegaskan agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan kalimah itu, apatah lagi dalam Bible versi bahasa Melayu.

Penggunaan kalimah hanya untuk umat Islam

“Pendirian saya adalah sama seperti dulu iaitu penggunaan kalimah Allah adalah khusus untuk umat Islam,” katanya kepada BH mengenai isu penggunaan kalimah Allah yang dibangkitkan semula Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, baru-baru ini.

Harun juga mengakui isu penggunaan kalimah Allah bukan lagi isu politik, tetapi membabitkan akidah umat Islam.
Harakah sebelum ini melaporkan Mohamad Sabu menyokong penggunaan kalimah Allah secara umum oleh penganut agama lain.

Mohamad Sabu dipetik sebagai berkata: “Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain selain Islam untuk menggunakan nama Allah. PAS masih kekal dengan pendirian itu”.

Benar guna kalimah

Mujahid dalam sesi dialog di sebuah gereja, pula didakwa berkata, beliau tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana Allah membenarkan ia diguna bagi mereka yang bukan beragama Islam.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan sempena Hari Krismas, bulan lalu, menggesa Kerajaan Pusat membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Ditanya mengenai pandangan pemimpin PAS yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, termasuk Mohamad Sabu, Harun berkata, mungkin mereka merasa lebih tinggi dari kepemimpinan ulama dalam parti.

Sebelum ini, Harun pernah dilaporkan berkata, kalimah Allah hanya untuk Tuhan umat Islam, manakala dalam Kristian terdapat Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan roh kudus, selain Nabi Isa disebut sebagai anak Tuhan.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendesak Majlis Syura Ulama PAS menetapkan pendiriannya berhubung isu kalimah Allah bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam.

Bukan sekadar isu politik

Beliau berkata, isu kalimah Allah bukan sekadar isu politik dan sepatutnya dibincangkan Majlis Syura yang dianggotai ulama, bukannya pada peringkat Lajnah Politik Jawatankuasa PAS Pusat.

“Sejak isu ditimbulkan 2010, saya lihat Majlis Syura tidak mengeluarkan apa-apa pendapat mengenai isu ini. Ini melibatkan akidah dan agama. Majlis Syura perlu bincang segera untuk menghentikan spekulasi dan mententeramkan ahli PAS serta umat Islam,” katanya di sini, semalam.

Mohamed Hafiz berkata, tindakan beberapa pihak, termasuk Mohamad Sabu dan Mujahid yang bukan pakar agama tetapi mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu hanya mengeruhkan keadaan dan mengelirukan.

Saturday, January 5, 2013

TANGKI AIR BUKIT JERANTUT BAKAL PECAH DAN RUNTUH ?

Tangki air yang bersaiz besar adalah tangki pada gambar diatas yang telah ditarah.

TANGKI AIR JERANTUT BAKAL PECAH DAN RUNTUH ? 

Begitulah tajuk yang bermain difikiran rakyat di Jerantut ketika ini dan semestinya rakyat di Jerantut Mahukan jawapanya..

Penulis sekadar berkongsi maklumat dari facebook kebimbangan warga tempatan kemungkinan akan terjadi keretakan dan akan pecahnya tangki air di Bukit Kuantan, Jerantut. Ini adalah disebabkan kerja-kerja penarahan bukit bagi tujuan pembangunan. Difahamkan bukit yang ditarah diatasnya ada tangki air milik PAIP PAHANG. Tangki air ini juga beroperasi menyalurkan air ke seluruh pelusuk di daerah Jerantut. Bolehlah dikatakan tangki ini adalah nyawa bagi penduduk di Jerantut.

Dan ini adalah mesej yang disampaikan oleh mereka : TOLONGLAH SIASAT, APA JADI DENGAN TANGKI AIR NI, ADAKAH BAKAL PECAH DIK KERAKUSAN MANUSIA?
tq-Sumber :AAP

Friday, January 4, 2013

Zarina Anjoulie dijamin adik tiri


PETALING JAYA 4 Jan. - Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie dijamin adik perempuan tirinya hari ini selepas dua hari berada dalam Penjara Kajang.

Pelakon berkenaan yang dijamin adik tirinya itu keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi kelihatan tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap. Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di
Mahkamah Majistret di sini Rabu lepas memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Dis lalu. 

Kedua-duanya pelajar sebuah kolej swasta, dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Feb depan.
Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin manakala Zarina Anjoulie terpaksa dihantar ke penjara kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjaminnya.
Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja. - BERNAMA

Artikel Penuh: sumber

Mahkamah benar bantahan awal pendakwaan bagi permohonan Anwar berhubung larangan berhimpun


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan bantahan awal pendakwaan terhadap permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perintah larangan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April dan 1 Mei lalu untuk menggugurkan dua daripada empat pertuduhan yang dihadapinya.

Hakim Mahmud Abdullah dalam penghakimannya, berkata Mahkamah Sesyen tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak ataupun mengkaji sebarang perintah majistret ataupun untuk mengisytiharkannya sebagai tidak sah.
Katanya, permohonan seperti ini tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula rekod majistret dalam memutuskan sama ada perintah majistret tersebut adalah sah ataupun tidak.


"Dengan ini, mahkamah membenarkan bantahan awal pihak responden (pendakwaan) dan menolak permohonan pemohon (Anwar) atas alasan mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa," kata hakim itu.

Beliau menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes, sementara Mahkamah Tinggi membuat keputusan berhubung dua permohonan Anwar yang lain untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya dan isu perundangan.

Pada 7 November lalu, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria berkata permohonan Anwar adalah permohonan jenayah dan Mahkamah Sesyen tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengetepi atau membatalkan perintah yang dikeluarkan mahkamah lebih rendah (Majistret).

Sementara itu, pada 21 Novemberl lalu, peguam Ram Karpal Singh yang mewakili Anwar berhujah bahawa bantahan awal pendakwaan adalah bersifat pramatang, dan merit permohonan Anwar harus didengar terlebih dahulu tanpa bantahan.
Pada 28 Mei lalu Anwar memfailkan bantahan terhadap perintah yang dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April dan 1 Mei 2012.

Beliau mengemukakan permohonan itu atas alasan perintah yang dikeluarkan adalah tidak betul dan tidak sah.

Pada 22 Mei lalu, Anwar, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali, 48, dan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin, 34, didakwa mengambil bahagian dalam protes jalanan yang mencetuskan huru-hara di ibu negara.

Mereka turut berdepan pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim, dengan menghasut mereka membuka sekatan besi di Jalan Raja, di sini, pada hari yang sama.

Mereka adalah kumpulan pertama didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000.

Pada 2 Julai lalu, mereka didakwa dengan pertuduhan ketiga iaitu bersubahat dengan Tangam, Rajesh dan Farhan bersama penyokong 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0)' yang melebihi lima orang untuk menentang perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April, yang melarang perhimpunan diadakan di kawasan Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei lalu. - BERNAMA

Thursday, January 3, 2013

APA SEBENARNYA MAHASISWA NI BUAT?




Selalunya hari orientasi paling membosankan pelajar baru sama ada di universiti atau sekolahtapi tidak bagi pelajar di Singapore Institute of Management (SIM) - University of London. Hari orientasi mereka sungguh menghairahkan.
 
Kasihan pula melihat pelajar perempuan yang menyertai orientasi sebegini. Pelajar lelaki mungkin tiada seorang pun yang ponteng daripada orientasi ini.

Mengapakah Universiti memilih untuk melakukan aktiviti sebegini? Adakah untuk menarik lebih ramai pelajar untuk belajar di Universiti mereka?

 
PS: Semoga tiada perkara seumpama ini berlaku di IPT di Negara Kita.

TENGKU ABDULLAH JAWAB ISU GESAAN SULTAN AHMAD SHAH MELETAK JAWATAN FAM


 Tengku Abdullah
Tengku Abdullah anggap tukar presiden FAM tak jamin kejayaan mendadak skuad kebangsaan
KLIK SETERUSNYA

Syarat Dimansuh : Rebat RM200 Tanpa Had Harga Telefon Pintar


KUALA LUMPUR 3 Jan. - Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah dibenarkan membeli sebarang jenis  telefon pintar tanpa sebarang had dengan rebat berjumlah RM200.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.

SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing. Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman web www.komunikasibelia.skmm.gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

TENGKU ABDULLAH JAWAB ISU GESAAN SULTAN AHMAD SHAH MELETAK JAWATAN FAM

 Tengku Abdullah

Tengku Abdullah anggap tukar presiden FAM tak jamin kejayaan mendadak skuad kebangsaan

Kuantan: Seandainya kepimpinan sedia ada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu ditukar kepada yang baru, seorang pengganti yang baik dan mampu membawa kejayaan perlu dicari, kata Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, langkah merombak pengurusan tertinggi badan induk itu juga bukan satu jaminan skuad bola sepak negara akan memenangi semua perlawanan.
“Bila pasukan negara kalah, macam-macam (FAM) kena tuduh, bila menang tiada pula yang hendak kaitkan semua ini (lepaskan jawatan).


“Malah, desakan pun tidak seharusnya bertalu-talu, harus lebih praktikal, kalau nak tukar yang baru kena cari pengganti yang baik yang boleh membawa kejayaan,” katanya selepas melawat kediaman mangsa banjir di Kampung Sungai Galing, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan sekumpulan penyokong tegar bola sepak negara yang meminta pengurusan tertinggi FAM dirombak dan presidennya, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan.

Jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata pengurusan tertinggi FAM yang tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lalu perlu diberi nafas baru bagi meletakkan semula Malaysia dalam peta bola sepak dunia.

Perkara itu turut menjadi perhatian beberapa bekas pemain kebangsaan yang meluahkan perasaan sama dengan berharap berlaku transformasi dalam pengurusan bola sepak Malaysia.
Tengku Abdullah mengakui tindakan sekumpulan penyokong Harimau Malaya mendesak supaya presiden FAM meletak jawatan adalah hak kumpulan terbabit untuk bersuara.

“Sebenarnya ini isu berprofil tinggi... itu hak dia (kelab penyokong) nak bersuara dan juga hak presiden untuk jawab, saya tidak boleh jawab apa-apa.

“Tidak dinafikan satu hari nanti kita semua kena tamatkan (berundur) secara baik atau secara tidak baik... termasuklah saya kerana ‘nobody is indispensable’ (tiada yang tidak boleh diketepikan) dan perkara ini adalah lumrah,” katanya.

Tengku Abdullah berkata, akan tiba masa perubahan perlu dilakukan dan pasukan negara perlu bangkit untuk meneruskan perjuangan.

Mengenai pendekatan berdiam diri yang diambil Sultan Ahmad Shah berhubung isu itu, Tengku Mahkota Pahang itu bertitah adalah hak baginda untuk menjawabnya atau tidak kerana masing-masing ada kebebasan bersuara. sumber

Rafizi Bohong Guna resit barang kemas palsu Tipu Rakyat

 

Rafizi membuat pendedahan SINI kononnya Deepak telah membeli barang kemas ... intan belian yang dihadiahkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Ada ke lojik orang nak beli hadiah intan belian pakai akaun kompeni? Intan belian itu akan jadi sebahgian dari aset kompeni? Ianya tak boleh diberi sebagai hadiah begitu ajer.

Dari segi pengurusan akaun, ia meninggalkan "trace". Tak akanlah Datin Rosmah yang pernah kerja dengan korporat nak terima hadiah sedemikian yang mana resit pada nama orang lain?

Ianya akan menjejaskan nama baik dirinya dan suaminya.

Buat setakat pendedahan dokumen dokumen yang ditunjukkkan Rafizi, semuanya adalah atas nama syarikat yang diakui Rafizi sebagai syarikat Deepak.

Ah! Mana kita nak tahu itu Deepak punya syarikat?


Satu lagi yang Cucu Tok Selampit timbulkan adalah kenapa semua resit tidak ada nama Rosmah? Macam mana Rafizi kata itu Deepak beli untuk Rosmah?

Bukankah Deepak ada pernah kemaruk satu betina CIna seksi yang dia tabur duit tapi akhirnya tak kayan dia? Lebih baik dia umpan impian hatinya.

Menurut CTS SINI, satu saja resit yang ada nama Datin Seri Rosmah, iaitu yang guna email berikut:



Kah kah kah .... alahai ... budak darjah tiga yang tahu bukak email boleh buat email palsu macam yang disiarkan.

Rafizi LEMBU ini eloklah tunjukkan bukti yang lebih solid kepada media. Jangan asyik main kelentong media dan suruh media siasat. Dia ingat media bodoh!!!!' Bila ditanya, sudahkan dia verify atau sahkan dokumen dan resit yang ditunjukkan, dia kata dia tak boleh buat dan tak mampu nak ke Hong Kong  .... kah kah kah

Hehehe ... Deepak pun dah nafikan petang tadi ....


Alasan macam budak-budak. Sama macam alasan kes tuduh anak Nazri, Nedim


Anak Nazri, Nedim tu kahwin dengan anak hartawan Dato Akbar Khan yang mana dikenali kerana bekas isteri Akbar adalah socialite Cina masuk Islam atau Muslim masuk dalam Cina, Fara Khan.

Nedim mampu nak pakai kereta sedemikian.


Hari itu, Rocky Bru dah kantoi dia pasal cuba nak lakukan ICAC Hong Kong siasat balik Musa Aman. Baca SINI.

Berapa banyaklah kau dah kantoi Rafizi? Isu lembu NFC pun dia dah kantoi, isu AMpang LRT, isu sama Nuruk Izzah pasal Lapnagan Terbang, kes isu whisteblower, dll

Asal Rafizi bercakap, orang akan cari salah Macam mana nak jadi whistleblower????


Menipu punya gara-gara
Lama-lama penjara 

About Me

Followers