1.1 POSTUR ASAS DALAM NYANYIAN
|
Teknik vokal merangkumi pengetahuan tentang pedagogi
vokal yang berkait dengan anatomi tubuh semasa penghasilan suara. Ianya
menjelaskan tindakbalas tubuh di bahagian vokal yang menyebabkan terhasilnya
suara dan kawalan-kawalan bahagian tubuh tertentu yang diperlukan seseorang
dalam meningkatkan mutu nyanyian.
Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, kedudukan
badan atau postur dalam nyayian perlu dititik beratkan. Postur yang baik
bermaksud menggunakan badan dalam keadaan seimbang supaya otot-otot pernafasan
dapat bekerja dengan mudah serta membantu penyanyi mengeluarkan suara yang diingini
tanpa ada sebarang halangan fizikal. Bagi penyanyi yang sudah mahir, mungkin
sebarang posisi tidak menjadi gangguan kepada mereka. Tetapi bagi mereka yang
melalui proses pembelajaran, menyanyi dengan postur yang betul merupakan
langkah yang terbaik. Antara postur asas semasa menyanyi terdiri daripada
postur berdiri dan postur duduk. Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang
perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan postur berdiri dan postur
duduk adalah seperti berikut:
1.1.1 POSTUR BERDIRI
·
Kaki dibuka sedikit dengan satu kaki di dihala sedikit
kehadapan.
·
Berat badan perlu diimbangkan di hadapan tapak kaki dan
bukan ditumit.
·
Lutut perlu dilonggarkan sedikit (tidak dikunci) bagi
mengelak ketegangan.
·
Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian
punggung.
·
Bahagian
abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa.
·
Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada.
·
Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok.
·
Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang
skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau
terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi.
·
Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu
tidak mendongak ke atas atau menunduk.
Rajah 1 : Postur berdiri
Berdiri
tgak dengan kaki renggang sedikit. Badan diimbangkan di kedua belah kaki dan
seluruh anggota badan dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan di sisi
badan. Dada hendaklah kehadapan dengan bahu ke belakang. Kepala haruslah
ditegakkan dan pandang lurus kehadapan.
1.1.2 POSTUR
DUDUK
·
Kaki hendaklah dibuka dengan satu kaki dihala sedikit kehadapan.
Jangan sila panggung semasa menyanyi.
·
Tapak kaki diletakkan rata di atas lantai pada posisi
yang seimbang agar boleh menyokong keseluruhan badan semasa duduk
·
Pinggang sedikit kehadapan tanpa menonggekkan bahagian
punggung.
·
Bahagian
abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa.
·
Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada.
·
Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok.
·
Lengan dalam keadaan selesa bergerak, sekiranya memegang
skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau
terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi.
·
Tangan boleh diletakkan di atas peha sambil bergerak
selesa.
·
Di bahagian kepala, dagu perlu selari dengan lantai iaitu
tidak mendongak ke atas atau menunduk.
Rajah 2 : Postur duduk
Duduk tegak dan kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua belah tapak
kaki di lantai dalam keadaan selesa. Tangan diletakkan diatas paha. Kerusi
hanya duduk 1/3 bahagian kerusi dan jangan bersandar. Dada juga hendaklah
kehadapan dengan bahu kebelakang dan elakkan dari mengangkat bahu. Kepala
mestilah sentiasa tegak dan pandang lurus kehadapan.
Kesimpulannya asas postur yang betul membuatkan nyanyian
menjadi lebih mudah dilakukan. Ia akan menyediakan mekanisme fizikal bertindak
balas dengan konsep mental tanpa sebarang gangguan. Ia juga membuatkan semua
proses berjalan secara bersambung-sambung tanpa halangan. Postur yang betul
membolehkan seseorang menyampaikan suara dengan baik sekaligus menyanyi dengan
lebih baik. Postur yang baik perlu
seimbang, bergaya dan ringkas. kefahaman terhadap pengawalan postur ini amat
penting dalam membantu penyanyi mengeluarkan suara dengan lebih bebas tanpa
sekatan.
1.1.3 Latihan Fizikal Bagi Mendapatkan Postur Yang
Baik
A.
Berdiri
i. Berdiri
tegak dan badan tidak boleh bongkok.
ii. Tangan
dinaikkan ke paras bahu. Bengkokkan tangan sedikit dan
turunkannya secara perlahan-lahan.
Ulang beberapa kali.
B.
Duduk
i. Duduk ke
hadapan. Tangan pada paha.
ii. Dengan
perlahan-lahan, tarik nafas yang dalam dan perhatikan
bahagian tulang rusuk anda mengembang.
Aktiviti 1.2
Anda dikehendaki melayari internet
dan mendapatkan maklumat tambahan berkaitan postur dalam nyanyian.
1.2 KAEDAH
PERNAFASAN DALAM NYANYIAN
Penggunaan teknik suara yang betul menghubungkan konsep
fikiran kepada perasaan dan mengaitkan pula dengan tindak balas fizikal. Salah
satu teknik vokal yang perlu dititikberatkan dalam nyanyian ialah pernafasan.
Semasa
bernafas, oksigen akan masuk ke dalam ruang paru-paru. Bahagian otot yang
membantu proses pernafasan terdiri dari otot diafragma, otot ini merupakan satu
bahagian otot besar berbentuk-kubah
terletak melintang dibahagian bawah tulang selangka iaitu di bawah bahagian paru-paru. Apabila otot diafragma
menurun, bahagian pinggang akan mengembang. Tekanan udara yang berada di dalam
badan kita akan menjadi rendah, dengan itu membuatkan udara atau oksigen
disedut ke dalam paru-paru atau disebut respirasi.
Apabila otot diafragma menaik, tekanan udara yang terdapat di dalam badan akan
menjadi tinggi dan ini menyebabkan udara keluar semula, atau dihembus iaitu
disebut ekspirasi.
Pernafasan
yang betul ketika menyanyi adalah dengan menggunakan otot diafragma. Perhatikan
pernafasan seorang bayi, kelihatan perutnya yang naik dan turun apabila
bernafas – ini adalah cara yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu
anda dan dada anda harus sangat minimum pergerakannya. Amalkan cara tersebut
dengan mengimbangi bahu anda dan menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam
dan ke luar.
Rajah 3: Proses respirasi dan ekspirasi di
bahagian paru-paru manusia
1.2.1
Senaman bagi Otot Diafragma
Salah
satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan menahan
nafas ketika menyanyi. Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan atau
membiarkan saja nafas anda mengalir seperti biasa, jika tidak anda akan
merasakan kesukaran untuk mencapai note tinggi dalam nyanyian anda.
Anda boleh mula belajar teknik
pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman mudah ini: Mulakan dengan berbaring
dan meletakkan sebuah buku besar di bahagian tengah abdomen anda. Sebagaimana
anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku
tersebut naik. Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus
keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda
1.3 KAWALAN PERNAFASAN
Pernafasan dalam nyanyian merupakan satu perkara
yang perlu dititik beratkan bagi mencapai kesempurnaan terhadap penyampaian
nyanyian. Bagi percakapan harian, bunyi tidak dilanjutkan seperti
dalam nyanyian, tiada
hukum hakam yang perlu dipatuhi bagi menghabiskan bagi satu baris ayat. Nafas
boleh di ambil di merata-rata tempat yang dikehendaki mengikut keselesaan.
Tatapi dalam nyanyian yang didasari oleh pic, irama dan melodi memerlukan
kawalan pernafasan yang lebih dinamik bagi mengelakkan nafas diambil pada
bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya untuk menjaga keindahan sesebuah lagu
yang disampaikan. Selain itu,
penggunaan ekspresi dan rangkaian lagu dalam nyanyian juga memerlukan kawalan
pernafasan.
Bagi mengawal pengeluaran udara yang betul ialah
bermula dengan pengetahuan penyanyi terhadap tindakbalas tubuh badan yang
berlaku semasa menyanyi. Pernafasan dalam nyanyian melibatkan paru-paru,
diafragma dan abdomen bahagian bawah. Nyanyian yang betul adalah dengan
berjaya menghabiskan satu frasa dengan satu nafas sahaja. Ini berlaku hanya
dengan kawalan yang betul semasa menyanyi. Apabila wujud kefahaman berkaitan
proses penafasan dalam nyanyian maka penyanyi akan bertindak menyedut udara
dan melepaskanya perlahan-lahan mengikut suku kata dalam nyanyian tanpa
membazirkan tenaga mengawalnya.
Bagi mengawal pengeluaran udara yang betul ialah
bermula dengan pengetahuan penyanyi terhadap tindakbalas tubuh badan yang
berlaku semasa menyanyi. Pernafasan dalam nyanyian melibatkan paru-paru,
diafragma dan abdomen bahagian bawah. Nyanyian yang betul adalah dengan
berjaya menghabiskan satu frasa dengan satu nafas sahaja. Ini berlaku hanya
dengan kawalan yang betul semasa menyanyi. Apabila wujud kefahaman berkaitan
proses penafasan dalam nyanyian maka penyanyi akan bertindak menyedut udara
dan melepaskanya perlahan-lahan mengikut suku kata dalam nyanyian tanpa
membazirkan tenaga mengawalnya.
1.4 SOKONGAN PERNAFASAN
Sokongan pernafasan adalah
penting dalam membantu kita mengeluarkan bunyi yang stabil dan mantap.
|
Terdapat
4 fasa dalam kawalan pernafasan:
a. Menarik nafas – perut dan rangka rusuk
mengembang.
b. Berhenti seketika
c. Menghembus nafas – dilepaskan
sedikit-sedikit ketika menyanyi
d. Pulih kembali – rileks dan bersedia
untuk kembali ke fasa satu.
Rajah 4 : Gambaran kedudukan diafragma
semasa menarik nafas dan menghembus nafas
Penafasan yang betul daripada
diafragma memerlukan latihan sehingga ia menjadi tabiat. Dengan cara pernafasan
begini, anda bukan sahaja akan cemerlang dalam kebolehan menyanyi, anda juga
akan mengekalkan kesihatan anda sendiri. Pernafasan yang betul membantu untuk
menghapuskan karbon dioksida dari tubuh kita dan mengambil oksigen secukupnya
memberi faedah kepada keseluruhan organ dalaman.
.
Aktiviti 1.3
Hasilkan satu pengurusan grafik berkenaan
dengan proses yang berlaku semasa pernafasan dalam nyanyian.
1.4
SOKONGAN PERNAFASAN
Melalui pedagogi vokal, panjang sesuatu nafas dilakukan
dengan menyedut nafas secara mendalam dan melepaskan secara perlahan-lahan
dengan dibantu oleh kawalan otot diafragma. Langkah-langkah dalam kawalan
pernafasan semasa nyanyian bermula apabila nafas disedut, ini mengakibatkan
paru-paru mengembang, fenomena ini membuatkan diafragma kita tertekan ke bawah
dan menyebabkan bahagian sekeliling pinggang turut mengembang. Diafragma
perlu dikawal dengan cara mengeraskan bahagian sekeliling pingang semasa
pengeluaran udara berlaku. Bagi memastikan bekalan udara cukup sehingga ke
akhir frasa, bahagian diafragma harus dipastikan terus ditekan atau mengeras
supaya ianya terus menyokong pengeluaran udara yang lebih panjang.
Sokongan pernafasan dapat dilakukan dengan
meperkemaskan/mengeraskan otot-otot abdomen, menciptakan tekanan yang tinggi
pada abdomen dan thorax, membuatkan diafragma dalam keadaan rileks dan terkawal
(terangkat ke atas). Ia melibatkan bahagian-bahagian badan, otot contohnya,
serta kaitannya dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh paru-paru larynx untuk
menghasilkan ton yang terbaik dan berupaya menyanyikan frasa lagu dan not-not
yang panjang. Penyanyi akan dapat mengawal nyanyian (fonasi).
Bagi
mencapai teknik ini memerlukan latihan demi latihan yang berterusan. Untuk itu,
otot diafragma dilatih untuk bekerja bagi menyokong pengaliran nafas yang
lebih lama semasa menyanyi. Penyanyi yang berjaya mengawal pernafasan mereka
tidak memerlukan tenaga yang banyak semasa menyanyi dan mampu mengeluaran ton suara
yang lebih menyeluruh (solid).
1.4.1 Latihan
Pernafasan
Berikut adalah beberapa latihan pemanasan suara (vokalize) yang dapat dijalankan untuk
melatih otot-otot diafragma bagi bertindakbals dengan teknik nyanyian atau
vokal yang betul. Latihan ini boleh dilakukan dengan memulakan dari nada rendah
kemudian beransur ke nada tinggi dengan memberi penekanan terhadap fungsi otot
diafragma sekaligus memberi perhatian juga terhadap phonasi, resonan serta artikulasi yang tepat.