HOME

Monday, December 26, 2011

MAUT DIHEMPAP POKOK


BUKIT RAMBAI - Seorang penunggang motosikal terkejut apabila mendapati remaja yang maut akibat dihempap dahan pokok, di Jalan Ayer Salak, dekat sini semalam rupa-rupanya anak saudaranya sendiri.

Lim Kim Swee, 55, berkata, dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi itu, dia hanya berada kurang 100 meter di belakang mangsa dan melihat sendiri dahan pokok berkenaan patah, lalu menghempap seorang penunggang motosikal sebelum mangsa terseret beberapa meter.

“Selepas kejadian itu, saya memberhentikan motosikal untuk membantu, namun mangsa sudah meninggal dunia. Sebaik saja saya dekati dan memeriksa MyKad mangsa, saya terkejut dia adalah anak saudara saya,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, semalam.

Dalam kejadian itu, Tan Yong Wee, 21, seorang juruteknik pendingin hawa maut di tempat kejadian.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dalam perjalanan dari rumahnya di Ayer Salak, di sini untuk berjumpa abangnya di Tanjung Minyak.

Kim Swee berkata, ketika kejadian, angin bertiup kencang dan dia dalam perjalanan menghantar sayur di beberapa pasar sekitar bandar ini.

“Saya memang tidak menyangka kejadian buruk ini menimpa saudara saya sendiri,” katanya.

Sementara itu, Pengawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, N Raman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan telefon pada 11.02 pagi.

“Dipercayai mangsa dihempap dahan pokok sebelum terseret disebabkan seluarnya tersangkut pada besi di bahagian belakang motosikal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kejadian itu juga menyebabkan Jalan Ayer Salak, di sini ditutup kepada lalu lintas sebelum mayat mangsa di bawa ke Hospital Melaka, selain dahan pokok berkenaan dialihkan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang , Datuk Seet Har Cheow berkata, meminta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memantau keadaan pokok di bandar ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang,

“Saya sudah minta MBMB untuk menjalankan siastaan berhubung perkara ini dan dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesi­hatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO Negeri.
sinar

Tuesday, December 20, 2011

Ekaterina Rybolovleva, 22, Drops $88M on NYC Apartment


The IBTimes is reporting that 22-year-old Ekaterina Rybolovleva is buying former Citigroup chairman Sandy Weill’s Manhattan condominium for an astonishing $88 million – a record for the highest individual transaction in New York City history.

Rybolovleva is the daughter of Russian billionaire Dmitry Rybolovleva, whose wealth roots back to the sale of his stake in Uralkali, a fertilizer business, for $6.5 billion in 2010, according to Forbes.
A statement released by Ekaterina’s representatives revealed that she is currently studying at a U.S. university and “plans to stay in the apartment when visiting New York.
“Ms. Rybolovleva was born in Russia, is a resident of Monaco and has resided in Monaco and Switzerland for the past 15 years,” the statement added.
So what exact did the young heiress get for $88 million?
According to Forbes, the 15 Central Park West apartment is a 6,744 sq foot beauty which boasts 10 rooms, including 4 bedrooms, seven walk-in closets, a wrap-around terrace and two wood-burning fireplaces.
The floor plan of Ekaterina’s new luxury pad can be seen below (source:WSJ).
ekaterina-rybolovleva-sanford-weill-nyc-apartment
For pictures of Ekaterina Rybolovleva’s new Central Park West apartment, check out the official listing on Brown Harris Stevens’ website.
Image: Hauteliving
 
>>>>>>>> Kaya betul la minah ni!!

Read more -inquisitr

Friday, December 16, 2011

PERKASA KESAL TINDAKAN KERAJAAN MENARIK BALIK NOVEL INTERLOK!


PERKASA menyatakan kekesalannya terhadap keputusan kerajaan menarik balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain sebagai teks sastera di sekolah atas desakan "minoriti" yang didakwa "besar kepala".

Setiausaha agung kumpulan pendesak Melayu itu Syed Hasan Syed Ali berkata, ia melambangkan kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan karya itu.
Beliau juga mendakwa tindakan itu dibuat atas kehendak "biadap" MIC demi menagih undi dalam pilihan raya.

"KNONEerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina," katanya.
Sebagai bantahan, tambahnya, orang Melayu tidak akan sesekali memberikan undi kepada calon MIC atau calon India yang anti-Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Apa yang tertera dalam buku novel tersebut adalah fakta. Bukan niat menghina," katanya sambil menegaskan penggunaan perkataan paria masih berlaku di negara India dan tergambar dalam filem-filemnya.

"Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala!" kata Syed Hasan dalam kenyataannya malam tadi.
Ketika kehangatan novel itu berlangsung, PERKASA sebelum ini antara kumpulan yang tampil mempertahankan karya Abdullah. NGO itu malah memberikan anugerah khas kepada penulis.

* Penulis juga tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan menarik balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain sebagai teks sastera di sekolah atas desakan "minoriti" yang didakwa "besar kepala" itu. Mereka sepatutnya faham akan sastera melayu terlebih dahulu sebelum memilih untuk tidak bersetuju!!

Thursday, December 15, 2011

143 Maut Setelah Meminum Samsu Haram di India

Di Kolkatta India, 143 orang maut manakali berpuluh-puluh lagi dimasukkan kedalam hospitak setelah beryamseng dan cheers dengan samsu haram. Kejadian berlaku di Sangrampur, 30 kilometer diluar Kolkatta. Mereka yang mati dipercayai meminum samsu haram yang dicampur methanol bagi memberikan kemabukkan maksimum. Arak biasa mengandungi ethanol dan bukannya methanol. Methanol biasanya digunakan sebagai solvent! Mereka yang maut terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah. Samsu haram menjadi minuman feel good time mereka kerana ianya murah dan dijual pada hara 10 Rupee (63 sen) setiap setengah liter. Ini adalah satu per tiga harga arak "halal" yang dibenarkan dijual oleh kerajaan India. Selepas kejadian Polis menahan 10 orang yang dipercayai menjuai samsu haram. Orang ramai dan sanak saudara peminum samsu haram pula menyalahkan pihak Polis kerana membenarkan aktiviti haram ini berlaku didepan mata mereka.

Di Gudjarat dimana penjualan alkohol diharamkan, mereka yang bersalah menjual samsu haram sehingga mengakibatkan kematian boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori. Hukuman ini ditetapkan setelah lebih 120 orang maut selepas meminum samsu haram pada tahun 2009.




Laporan asal Associated Press

Wednesday, December 14, 2011

JEPUN LANCAR RADAR SATELIT


Jepun melancarkan roket H-2A yang membawa satelit radar pada pagi Isnin, Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA).

Menurut agensi itu, roket telah dilancarkan pada bila-bila masa 10:21 tempatan (0121 GMT) dari Tanegashima Space Center di barat daya Kagoshima Wilayah.

Pelancaran satelit radar dipercayai, satu cubaan oleh kerajaan Jepun untuk mengasah keupayaan pengumpulan risikan. Ia juga akan memainkan peranan dalam mengumpul data mengenai bencana alam.

Pelancaran itu pada asalnya dijadual pada hari Ahad tetapi ditangguhkan kerana cuaca buruk, JAXA.

Friday, December 2, 2011

ASTRAFIRULLAH: IBU BERZINA DENGAN ANAK SENDIRI

Dunia nak kiamat..!

Seorang wanita muncul tanpa segan silu bersama anak lelakinya dalam sebuah rancangan talk show di Indonesia. Pasangan anak beranak ini mengaku mengadakan hubungan seks ibarat suami isteri...!

Agaknya itulah sebab terlalu banyak bala dan musibah melanda negara jiran kita yang mempunyai bilangan umat islam terbesar didunia. Saksikan video klip dibawah ini;


About Me

Followers