HOME

Monday, October 31, 2011

Mampukah Belia Berfikir Secara Rasional?

   
Keupayaan berfikir secara rasional adalah tunjang kepada belia negara  bagi mengelakkan  daripada menjadi alat pihak tertentu yang mempunyai agenda politik tersendiri.

Keupayaan berkenaan diperoleh melalui kekuatan ilmu pengetahuan yang mereka miliki untuk menilai sesuatu perkara dengan baik ataupun sebaliknya.
 Belia sering dikaitkan menjadi sasaran pihak tertentu menarik mereka ke jalanan seperti menyertai rusuhan @ demonstrasi dan menjadi orang suruhan semata-mata.Meraka dilihat sebagai wira dengan menyemarakan api kemarahan terhadap sesuatu perkara yang dibantah.

     Saya menyarankan agar kerajaan memberikan perhatian terhadap pembangunan belia dengan memperkasakan persatuan-persatuan belia, dimana saya kira perubahan dimensi mengelapkan belia kearah menghidupkan organisasi yang semakin beku.

    Platform belia ini perlu digunakan oleh belia sebelum melompat kepada alam yang lebih luas kerana, disinilah belia mula mengenal kefahaman intigriti sosial yang perlu dibawa pada kepimpinan masa hadapan yang mana memerlukan sebuah negara yang mempunyai sifat politik yang budiman.
Hari ini pemikiran rasional diperlukan supaya belia mampu berfikir dan sedar bahawa dengan terpengaruh dengan budaya ikutan ini tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada mereka juga negara pada masa hadapan.

Apa juga yang dilaungkan oleh kerajaan yang positif perlu disahut oleh belia berbanding menyertai golongan-golongan penghasut yang berkepentingan  jahat.

Saya amat berbesarhati apabila kerajaan mengambil tindakan proaktif dengan mewujudkan Parlimen Belia sebagai platform untuk mengelakkan daripada terjerumus dalam aktiviti negatif.
Parlimen Belia akan menjadi wadah belia menonjolkan kematangan menolak apa juga anasir-anasir yang merosakkan agar dapat menjayakan Parlimen Belia sebagai landasan untuk berbahas mengenai kepentingan belia dan negara melalui kaedah yang lebih tersusun.

Belia perlu dingatkan supaya sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan kerana banyak cabaran yang menanti  menjelang tahun hadapan.

-Muhammad Faiz Mahayudin          31/10/2011
  


Wednesday, October 26, 2011

TERKINI: POLIS SUDAH KENAL PASTI WANITA YANG DIKAITKAN DENGAN VIDEO SEKS SEORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1Rpc1yEi-cIXDqUMFwX_um6w2S2i5F4Mwy_wgIza8r7AtjwC-XbET-qFOkTI93qre-inH9aApGCqHVDEFhofjZgLNiszuVZD2so68ORpFBka4Y9oDIVu4Vrt72NpOH-I6otvJQjhsoXk/s1600/china+doll.jpg

DR MUJAHID YUSOF DAKWA POLIS TERLIBAT DENGAN POLITIK??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioc2cZo_pbFY3wd6clsnd41d7CRQAlRKK08Z_M_HDDf56WQr7BvbbO73yZ4CVmV9o5sX9rmJUGXTgA3uPP28COPDn0wKy5W9Nle8UUAI7H2WU3hTSV73NXtowxyjW6LRCVRBp4ZcE-UJAe/s1600/ismail-omar.jpg


   Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yangmengatakan polis terlibat dalam politik.


Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, anggota polis berhak berasa marah jika ada pihak mempertikai dan memperlekeh sumbangan mereka terutama dalam isu Bukit Kepong yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

''Dalam kes Mohamad Sabu, ia lebih berat kerana dia melabelkan anggota polis yang terkorban dalam pertempuran dengan komunis sebagai pegawai penjajah dan menafikan peranan mereka dalam kemerdekaan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 bagi kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, Hishammuddin turut menjawab isu pelajar warga Afrika di negara ini yang didakwa menyalahgunakan pas pelajar dan terlibat dalam sindiket penipuan antarabangsa.

Kata beliau, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat pemeriksaan secara berkala di institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi memantau aktiviti pelajar-pelajar warga Afrika yang berjumlah 19,000 orang sepanjang tempoh Januari hingga September 2011.

''Kedua-dua kementerian itu serta kementerian lain yang berkaitan sedang meneliti semula pengeluaran pas pelajar. Keputusan penelitian ini akan dimaklumkan kemudian," katanya.


~ Sememangnya pihak polis tidak terlibat dengan politik kerana ini merupakan satu tunduhan yang mempunyai agenda tersendiri oleh pihak tertentu..

Wednesday, October 19, 2011

KURANGKANLAH FILEM SERAM !!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaw1Ebgwr95dm-KZJi73XcQ58qbEf_YPIDqx56lRkY4cNt6-CpfZwbl2oeyM69B8aP0XW1jdQR1kB3VPuak84KZ1O_27bTMox381UFXpD7MOWYg1LqvJ51WlXVZ5H5l90OZQZO-FNRv4cx/s1600/ponti2.jpg

 ISU filem tempatan yang membanjiri pawagam sejak kebelakangan ini menjadi bualan banyak pihak. Ia dikomen oleh banyak pihak termasuklah bekas Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir Mohamad kira-kira dua minggu lalu.

Filem-filem seram antara lain dikatakan banyak membawa implikasi kurang sihat ke atas pemikiran para penonton. Secara tidak langsung isu itu turut mengheret Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) untuk tampil ke depan.

Ini kerana, PFM yang menaungi para penerbit filem tanah air berasa bertanggungjawab memperjelaskan isu tersebut. Ia juga dilihat sebagai salah satu cara PFM bagi membela ahli-ahlinya dalam menangani isu itu.
PFM tidak terkecuali memberikan pandangannya bagi mengurangkan kebanjiran filem-filem seram tempatan. Presiden PRM, Datuk Paduka Shuhaimi Baba berkata, antaranya dengan menggunakan dana sedia ada.

Menurutnya, PFM mencadangkan agar para penerbit, pengarah atau penulis skrip diberi bantuan daripada Dana Perkembangan Projek bagi menggalakkan mereka mencari jalan cerita selain daripada filem seram.
"Saya mahu mencadangkan agar golongan terbabit diberi bantuan daripada Dana Perkembangan Projek atau Developement Fund Project yang telah disediakan sebelum ini. Ia sebagai suatu galakan untuk mereka.
"Daripada dana itu ia boleh digunakan bagi menjalankan penyelidikan supaya mereka dapat mencari idea dan jalan cerita yang lain selain daripada cerita-cerita seram. Penulis skrip paling utama dalam projek seperti ini.

"Dana sebanyak 15 hingga 20 peratus peruntukan daripada kos bajet pembikinan sesebuah filem itu boleh disaluran kepada golongan terbabit," katanya pada sidang akhbar di Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.
Pada sidang akhbar itu, Shuhaimi bersama Setiausaha PFM, Norman Abdul Halim dan Naib Presidennya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tampil menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan dalam dunia perfileman hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Shuhaimi menafikan berlakunya lambakan filem-filem seram sejak kebelakangan ini kerana katanya daripada 42 filem cereka tempatan yang dihasilkan tahun ini cuma terdapat 18 sahaja filem seram.

"Daripada jumlah 18 filem seram itu pula, hanya enam daripadanya adalah filem komedi seram. Jumlah filem-filem seram itu juga tidak termasuk filem-filem luar seperti daripada Thailand, Hong Kong ataupun Hollywood.

"Dalam hal ini, saya sendiri tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia membabitkan soal bisnes. Ahli-ahli PFM mempunyai hak untuk menghasilkan filem yang mereka suka mengikut pasaran semasa. Mereka semua mengikut trend.
"Mereka mempunyai data dan asas yang kuat berdasarkan realiti dan trend semasa dalam dunia perfileman. Kami memberi maklum balas dan data tentang kecenderungan para penonton termasuklah dalam filem seram," katanya.
Bagi mengatasi masalah itu PFM bercadang untuk mengadakan pertemuan ataupun menghantar surat penjelasan kepada Dr. Mahathir bagi menjelaskan isu itu. Ia bagi menjaga kepentingan ahli-ahli PFM pada masa depan.

Selain itu, Shuhaimi juga berharap PFM akan mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak yang terbabit dalam industri ini bagi menyelesaikan isu itu. Antaranya dengan Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Finas, Mohd. Naguib Razak berkata, perbadanan itu memandang teguran Dr. Mahathir selain pada masa sama memahami tanggungjawab yang terpaksa digalas oleh ahli-ahli PFM dalam menerbitkan filem.

"Finas akan mengumpulkan data-data untuk rujukan para penerbit filem. Pada masa sama kami juga akan mengadakan pertemuan dengan mereka bagi berbincang bagaimana mahu menghasilkan lebih banyak genre filem.
"Contohnya dalam genre fiksyen sains yang masih belum banyak diterokai dalam industri perfileman di negara ini. Saya anggap lambakan filem seram hanya trend sahaja. Di negara Thailand, Korea dan Jepun trend itu semakin berkurangan," jelasnya.


pssst: Bosan betul dengan filem seram yang tak habis-habis keluar. Kenapa budaya certia seram ini semakin banyak di tayangkan di TV dan Pawagam. Masalahnya seperti ketandusan idea. Balik-balik cerita seram..puakalah, sakalah.

Monday, October 3, 2011

Wajarkan Penghakupayaan Belia-Sayangi Belia, Belia Penggerak Wawasan

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2009/05/belia-berwawasan-penggerak-kejayaan.jpg



  PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memahami belia. Kerana itu, beliau menggunakan pendekatan "penghakupayaan belia" (youth empowerment) dalam penggubalan dasar dan program belia. Beliau mendengar suara belia dalam proses tersebut melalui pelbagai bentuk partisipasi, seperti makmal, pameran, media sosial, pertemuan dan sebagainya.


Contohnya, beliau menerjemahkan resolusi Makmal Pemuda BN, seperti skim perumahan pertama dan tabung belia 1Malaysia, menjadi program baru kerajaan.
Sabtu lalu, beliau mengiktiraf Makmal Transformasi Pembangunan Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan, dengan mengumumkan cadangannya menjadi program baru, iaitu Parlimen Belia, taman belia, portal belia, ikon belia, sukarelawan belia dan mentor keusahawanan belia.

Datuk Seri Najib telah melakukannya. Persoalannya ialah sejauh manakah kita yang di bawah ini, iaitu di peringkat pelaksanaan kerajaan/institusi, benar-benar mengamalkan penghakupayaan belia dalam merealisasikan program-program tersebut serta dalam program-program belia (termasuk mahasiswa dan pelajar) yang lain?

Saya timbulkan persoalan ini kerana, walaupun penghakupayaan tercatat dalam Dasar Pembangunan Belia Negara dan pelbagai dasar yang lain, tetapi, pelaksanaannya masih tidak memuaskan. Sebab utamanya kerana sebahagian daripada kita tidak menghayati makna penghakupayaan belia itu sendiri.

Masalah pertamanya ialah apabila istilah bahasa Inggeris empowerment diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai "pengupayaan". Ketika saya menerjemahkannya pada tahun 1996, tidak ada istilah bahasa Melayu yang tepat. "Pengupayaan" tidak tepat. Justeru, saya mencipta istilah "penghakupayaan".

Definisi penghakupayaan belia ialah "membolehkan dan mendapatkan belia untuk berfikir dan bertindak atas semua isu (peribadi, keluarga, sosial, budaya, ekonomi, politik dan antarabangsa) yang menyentuh dirinya dan segala yang di sekitarnya yang mereka adalah sebahagian daripadanya".

Ini memerlukan kerajaan/institusi membolehkan dan mendapatkan perwakilan belia terlibat dalam struktur dan proses membuat keputusan yang melibatkan mereka.

Penghakupayaan berada dalam satu kontinum, iaitu: "dari peluang kepada hak" dan "dari perundingan tidak formal kepada keterlibatan secara berstruktur dan formal dalam proses membuat keputusan". Perspektif ini meliputi konsep-konsep lain seperti "menjana kapasiti", "hak asasi", "tanggungjawab", "autonomi", "pembangunan partisipatif" dan sebagainya.

Penghakupayaan mula-mulanya digunakan sebagai istilah politik oleh aktivis mahasiswa Amerika Syarikat (AS). Kemudian, ia menjadi istilah perniagaan yang popular. Ia satu gaya pengurusan. Ia bermakna kuasa orang bawahan untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan.

Hari ini, telah terbukti bahawa kaki tangan yang terhakupaya dalam apa-apa organisasi adalah lebih produktif dan efektif. Ini kerana penghakupayaan mengizinkan keputusan dibuat lebih cepat dan tepat oleh kaki tangan yang mempunyai kefahaman yang lebih terhadap kehendak pelanggan, kerana rapat dengannya, berbanding pegawai atasan yang tidak rapat dengan pelanggan.

Penghakupayaan menawarkan potensi untuk meraih takungan kapasiti sumber manusia yang selama ini tidak digunakan sepenuhnya, yang semestinya dioptimumkan sekiranya sesebuah organisasi dan negara ingin benar-benar maju.

Kini, setelah sekian lama dipopularkan, penghakupayaan belia mula disebut ramai. Tetapi, ramai masih tidak pasti dengan maknanya yang sebenar. Malahan telah timbul beberapa kekeliruan terhadap maknanya. Di antara kekeliruan tersebut ialah:

n Memberikan tugasan kerajaan/institusi kepada belia. Ini lambakan.
n Melantik belia sebagai wakil kerajaan/institusi. Ini delegasi.
n Menyerahkan kuasa kerajaan/institusi kepada belia tanpa had atau tanggungjawab. Ini anarki.
n Mengundang belia untuk membantu membuat keputusan kerajaan/institusi. Ini pengurusan partisipatif.
n Kerajaan/institusi menggunakan belia untuk memajukan sesuatu program atau objektif tanpa belia mengetahui tentang apa yang disertainya. Ini manipulasi.
n Belia terlibat tetapi tidak dapat membuat keputusan tentang tujuan, cara atau tahap keterlibatannya itu. Ini tokenisme.
n Belia dilibatkan untuk menjustifikasikan sesuatu program itu adalah program belia. Ini kosmetik.
Sebab itulah penghakupayaan belia yang sebenar perlu difahami. Penghakupayaan belia bukan bermakna memberikan kuasa kepada mereka. Sebaliknya, ia adalah proses menyalurkan idealisme, aktivisme dan intelektualisme yang telah sedia dimilikinya.

Dalam mengamalkan penghakupayaan belia, semua individu dan organisasi yang berkaitan perlu bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dari segi cara berfikir dan berbuat. Struktur dan hirarki yang wujud perlu dinipiskan. Ini akan melibatkan penyesuaian dalam sekurang-kurangnya tiga aspek.
Pertama, peraturan membuat keputusan diubah.

Keputusan ditarik ke bawah sehingga ke tahap tindakan. Kedua, deskripsi tugasan diperluaskan dan setiap yang terlibat menjadi multi-trampil dan mampu membuat keputusan apabila berurusan dengan rakan/pelanggan. Dan ketiga, komunikasi yang formal dan berlapis-lapis digantikan oleh jaringan komunikasi yang fleksibel dengan bantuan ICT.

Peranan kerajaan/institusi perlu berubah. Organisasi yang terhakupaya meletakkan sumber manusianya dalam pasukan-pasukan kerja dan tidak lagi mengikut fungsi-fungsi yang rigid. Pasukan-pasukan ini didorong oleh matlamat, bukan oleh arahan; dan ketua tidak lagi mengawas, tetapi mengenal pasti mereka yang mampu menjalankan tugas dan membenarkan mereka menjalankannya mengikut budi bicaranya. Ketua berubah menjadi fasilitator.

Ini tidak bermakna yang peranan kerajaan/institusi akan hilang sebaik sahaja penghakupayaan belia dijalankan. Tetapi, cara-cara tradisional yang "dari atas ke bawah", "memaksa ketaatan", "mengekalkan conformity" dan "menghukum apabila silap" perlu ditamatkan.

Governans cara lama menggunakan kerajaan/institusi sebagai paksi. Andaiannya ialah belia tidak mampu berfikir untuk dirinya atau negara. Lantas mereka hanya diminta (baca: diarah) untuk sekadar menjadi pengikut dasar dan peserta program semata-mata.

Andaian ini tidak lagi relevan dan konsisten dengan pengalaman kontemporari. Penghakupayaan tidak menggunakan kerajaan/institusi sebagai paksi. Ia mempunyai andaian baru, iaitu belia memiliki kemampuan berfikir untuk dirinya dan negara.

Belia hari ini mempunyai pengalaman yang amat berbeza daripada apa-apa yang dialami oleh kerajaan/institusi. Mereka yang tidak memahaminya bersungut bahawa sebahagian belia kurang berminat dengan, contohnya, politik dan program kerajaan.
Sebenarnya, belia melihatnya sebagai tidak relevan, tidak menggamit imaginasi atau tidak memenuhi citarasa mereka.

Kini, ramai belia mempunyai aspirasi yang telah melampaui apa yang kita fikirkan. Jika kita tidak menyelami minda mereka, kita akan rugi kerana akan ketinggalan zaman. Jika kita halang percambahan minda mereka, kita akan rugi kerana mereka akan meninggalkan kita.

Justeru, kita perlu melihat, menerima dan mengiktiraf belia dengan pendekatan baru, iaitu penghakupayaan belia, dalam ertikatanya yang sebenar

About Me

Followers