HOME

Wednesday, September 28, 2011

BMW LARIS

Bmw cs concept
PENGELUAR kereta premium, BMW Group Malaysia berjaya memecahkan rekod jualannya bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini dengan penjualan 3,711 kereta untuk mencatat pertumbuhan 28 peratus berbanding 2,893 unit yang dijual dalam tempoh sama tahun lalu.
Ia menjadikan Malaysia sebagai pasaran pertumbuhan utamanya termasuk penjualan kereta Motorrad dan Mini yang turut mendapat sambutan hangat dikalangan peminat BMW di Malaysia.

Pengarah BMW rantau APAC dan Afrika Selatan, Guenther Seemann berkata, peningkatan itu adalah sejajar dengan perkembangan jualan di seluruh dunia yang mencatatkan sebanyak 1,073,363 unit, peningkatan sebanyak 16.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Katanya, BMW juga sudah melabur dana tambahan untuk meningkatkan pengeluaran kilang pemasangannya di Kulim agar lebih banyak kenderaan dapat dikeluarkan memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengguna.

“Prestasi kukuh dicatatkan kumpulan BMW di Malaysia dan sebab ini kami mengenal pasti Malaysia sebagai pasaran utama pertumbuhan BMW di rantau ini.

“Sebab itu kami berani melabur lebih daripada 70 peratus lagi untuk 2011 bagi kilang di Kulim dengan 5,000 kenderaan dijangka dikeluarkan kilang pemasangan itu yang bercirikan serba moden,” katanya dalam sidang mengumumkan kejayaan peningkatan jualan BMW di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Geoffrey Briscoe.

*boleh la pakai BM hehe..

Monday, September 26, 2011

KEBERKESANAN ISYARAT TANGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN NYANYIAN SEMERTA

KEBERKESANAN ISYARAT TANGAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN NYANYIAN SEMERTA
OLEH: SAGIM SUAR 

ABSTRAK
Muzik merupakan satu budaya seni yang harus diasuh dan dibimbing ke arah yang lebih sesuai dengan budaya dan nilai masyuarakat tempatan. Kejayaan usaha ini hanya akan berjaya dengan adanya kaedah-kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini telah berjaya mengesan keberkesanan Isyarat Tangan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran Nyanyian Semerta. Seramai enam puluh orang guru pelatih Elektif Muzik di Maktab Perguruan Rajang telah diambil sebagai respondan kajian ini. Mereka dibahagi kepada dua kumpulan; iaitu kumpulan Kawalan dan kumpulan Eksperimen. Kumpulan Eksperimen diajar nyanyian semerta dengan bimbingan Isyarat Tangan selama enam minggu dalam kuliah sebanyak dua belas jam. Hasil analisis ANCOVA dengan nilai F-RATIO =22.94 signifikan pada paras P < .01 menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran kemahiran Nyanyian Semerta yang dibantu dengan Isyarat Tangan, adalah lebih berkesan daripada pengajaran dan pembelajaran kemahiran Nyanyian Semerta yang diajar tanpa menggunakan bantuan Isyarat Tangan.

PENGENALAN
Isyarat Tangan sebagai bantuan kepada pengajaran dan pembelajaran Nanyian Semerta, adalah berdasarkan idea John Curwen. Sejak itu ianya telah berkembangan melalui banyak penyesuaian dan perubahan. Kegunaannya agak meluas lebih-lebih lagi di Hungary dan dalam sistem-sistem pendidikan muzik di tempat-tempat lain yang menggunakan kaedah Kodaly. Ianya mudah digunakan untuk membantu dalam bacaan skor muzik yang ditulis dalam berbaga-bagai skel seperti skel penta tonik, skel major dan skel minor.
RASIONAL KAJIAN
Adakah bidang Muzik benar-benar bermakna dan menguntungkan sehinggakan pendidikannya bukan sehaja dimestikan, tetapi keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya dipastikan dan diselidik secara sistematik dan saintifik? Pengikut falsafah utilitarianism mungkin akan turut meminta penjelasan tentang kegunaan muzik dalam kehidupan seharian mereka. Dalam ucapannya sempurna hari kemerdekaan pada 31.8.1996, Perdana Menteri Malaysia menyeru kepada semua pihak yang berkuasa di instituisi-institusi tinggi di Malaysia, supaya menawarkan kursus-kursus yang benar-benar berguna dan menguntungkan.
Sebelum menjawab soalan-soalan di atas elok sekiranya kefahaman tentang muzik diterokai terlebih dahulu secara ringkas melalui sejarah, pandangan falsafah dan evolusinya dalam otak dan minda manusia.
Permulaan sejarah muzik adalah sesuatu yang amat rumit untuk dikesan sebab perkembangannya yang berkait rapat dengan perkembangan kebudayaan dan cara-cara manusia berfikir. Walaubagaimanapun ianyan boleh dilihat dari segi perkembangan alat muzik yang sering digunakan dalam berbagai-bagai upacara ritual dan perayaan-perayaan penting yang dirayai oleh berbagai-bagai masyarakat di seluruh dunia. Upacara-upacara tersebut kerap melibatkan aktiviti muzik seperti chanting, gerakkan dan permainan alat-alat muzik. Alat Muzik, dram umpamanya, telahpun digunakan sejak 6000 sm. - Microsoft, Encarta 1995. Alat muzik Lyre telah digunakan di Sumeria pada 2800 sm. Pada zaman klasik (450-325). Masyarakat Yunani telah mengadakan pertandingan vokal dan permainan alat muzik sebagai satu aktiviti perayaan tahunan. Sejak itu perkembangan muzik semakin meningkat. Kefahamannya semakin mendalam dengan alat-alatnya yang semakin bertambah lagi canggih. Kemahiran muzik pada 2800 sm dalam masyarakat Sumeria mungkin dipelajari hanya dengan cara meniru, dalam keadaan yang serba kekurangan. Keadaan dan suasana masa itu sudah tentunya amat berbeza jika dibandingkan dengan zaman sekarang, di mana muzik ditulis dan diajar dalam keadaan dan cara yang jauh lebih sistematik dan saintifik.
Dari segi pandangan falsafah pula, muzik telah mempunyai tempat yang penting dalam falsafah Pythagoreanism. Pythagoras, ahli falsafah Yunani, telah menjumpai teori matematik dalam pic muzik dan seterusnya membuat inference bahawa pergerakkan planet dapat menghasilkan muzik yang di namakan sebagai music of the spheres. Ekoran dari kepercayaan itu pengikut Pythagoras mengunakan muzik sebagai satu therapy untuk mewujudkan keharmonian di antara manusia dengan alam semester.
Evolusi muzik boleh dibincang melalui Teori otak kiri, otak kanan dan the seven thinking skill - oleh Edward Debono. Muzik mempunyai pengaruh yang amat ketara dalam cara-cara manusia berfikir. Kewujudan kecenderongan Muzik pada minda setiap individu yang normal bukanlah satu ciptaan secara tiba-tiba. Sebaliknya ianya adalah hasil daripada proses evolusi yang sekian lama. Mengikut teori Natural Selection bersama dengan Mutasi (changers in the position of a gene) dan Genetic Drift, penyesuaian sesuatu organisma untuk terun berketerampilan dengan situasi semasanya, terus berlaku secara perlahan dan kadangkalanya mengambil masa beribu-ribu tahun. Melalui proses yang sama, perkembangan kecenderongan muzik dalam minda seseorang sudah tentu akan kekal dan terus berkembang maju; mungkin selama-lamanya.
Perbincangan di atas, yang mengaitkan muzik dengan sejarah, falsafah dan evolvsi, sedikit sebanyak telah memberi pandangan yang menunjukkan bahawa muzik bukan sehaja telah wujud dan berkembangan secara berterusan, bahkan ianya juga telah wujud secara semulajadi dan telah mengiringi perkembangan budaya masyarakat di seluruh dunia supaya terus berkekalan dan berkembang maju. Muzik, sebagai sesuatu seni yang tidak dapat diketepikan, seharusnya dinilai dan dihargai dari segi keupayaannya mengekal dan membangunkan budaya sesebuah masyarakat yang ingin mengambil tempat yang sama penting dan unik di permukaan bumi ini.
Adakah wajar sekiranya sesuatu yang wujud dan amat berpengaruh dalam pemikiran dan budaya masyarakat, diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja? Adakah seseorang individu berupaya untuk tidak mempedulikan dan melupakan sahaja sesuatu yang wujud secara semulajadi dalam otaknya? Wajarkah bagi sesebuah masyarakat membiarkan sahaja aktiviti muzik kepada orang-orang yang rela, sedangkan muzik mumpunyai pengaruh dan tempat yang penting dalam minda setiap individu? Tentunya tidak. Kalau ia pun, sudah tentu muzik akan menjelma juga; tetapi dalam bentuk yang serba kekurangan, mencerminkan berbagai-bagai unsur, termasuk unsur-unsur sumbang dan asing kepada nilai dan norma masyarakat.
Kewujudan kecenderungan muzik dalam minda seseorang individu menyebabkan ianya amat berpengaruh terhadap cara-cara seseorang individu berfikir. Malangnya, pengaruh muzik tidak semestinya seiring dengan budaya dan nilai masyarakat. Bagaimana pula jika muzik dijadikan alat yang menyemarakkan kegiatan yang sumbang? Bolehkah mereka yang rela itu dipersalahkan, sedangkan mereka tidak dibimbing dan diberi tunjukajar terlebih dahulu?
Kepentingan pendidikan muzik mungkin kurang jelas jika dilihat dari segi kegunaan dan kepentingan yang berbentuk materialistic. Sebaliknya muzik perlu dilihat dari segi pengaruhnya yang amat kuat dalam kehidupan seseorang individu dalam sesebuah masyarakat. Sesebuah masyarakat sebenarnya tidak mempunyai pilihan melainkan memberi pendidikan muzik yang berkesan dan bermakna. Muzik yang mempunyai unnsur-unsur negatif sememangnya sukar untuk dikawal, tetapi rakyat yang mempunyai Pendidikan muzik yang berkesan dan bermakna akan mempunyai kesedaran dan keupayaan untuk memilih dan menggunakan muzik ke arah yang lebih bermakna, menguntungkan dan scocok dengan nilai-nilai masyarakatnya.
Muzik yang sempurna dan bertujuan mulia bukanlah hasil bakat yang terpendam dan terbiar. Begitu juga dengan muzik yang dapat menyemarakkan lagi perpaduan rakyat dan semangat patriotisma. Peranan dan kegunaan muzik kepada individu dan masyarakat jelas terbukti sejak permulaan zaman sehinga ke kini.
Soalan-soalan di atas, yang meminta penjelasan samada muzik mempunyai peranan dan fungsi yang sama penting dalam kehidupan seharian sesorang insan, termasuk pengikut-pengikut falsafah utilitarianism, sepatutnya tidak timbul samasekali. Yang perlu diminta ialah tentang kurikulum muzik yang baik, fokus aktiviti-aktiviti muzik yang lebih bermakna dan kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik yang lebih berkesan.
Kurikulum yang baik adalah sesuatu yang amat rumit untuk dibentuk. Tambah pula dengan kekurangan tokoh dalam bidang ini. Kebanyakkan negara menyelesaikan masalah ini dengan mengambil idea-idea yang sedia ada dan menyesuaikannya dengan sistem pendidikan mereka sendiri. Kurikulum muzik di Hungary, yang dipengaruhi oleh Kodaly, Zoltan (1882 - 1967) mempunyai fokus yang amat bermakna dan bererti kepada budaya rakyatnya. Beliau mementingkan aktiviti nyanyian yang mengguakan lagu-lagu rakyat yang bermutu tinggi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan kaedah Kodaly terbukti apabila negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, menyerap dan menyesuaikanny ke dalam sistem persekolahan mereka sendiri.
Kaedah Kodaly yang mementingkan bidang nyanyian menggunakan lagu rakyat sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajarannya. Bidang nyanyian sememangnya mudah lagi praktikal. Ianya amat sesuai untuk diserapkan kedalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
Kemahiran nyanyian boleh dikuasai melalu berbagai-bagai aktiviti latihahan. Satu daripada aktiviti latihan berkenaan ialah aktiviti latihan isyarat tangan. Isyarat tangan bukanlah perkara yang baru dalam pendidikan muzik. Ramai pensyarah muzik di seluruh Malaysia telahpun didedahkan dengan kaedah ini melalui kursus-kursus pendek. Sejauh mana yang diketahui, kesesuaian dan keberkesannan kaedah ini di Malaysia belum pernah diselidik.
PERNYATAAN MASALAH
Adakah Isyarat Tangan benar-benar dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran nyanyian semerta? Adakah kemungkinan ianya mengeliru dan menggangu proses pembelajaran? Perlu diingatkan bahawa tumpuan utama dalam bacaan semerta ialah untuk membaca bacaan skor muzik. Isyarat tangan pula mengalihkan perhatian murid, bukan kepada skor lagu tetapi kepada pergerakkan tangan guru. Dalam kaedah ini, murid-murid juga digalak untuk melakukan isyarat tangan bersama dengan guru. Ini menimbulkan persoalan kerana murid bukan hanya membaca skor lagu tetapi mereka terpaksa menghafal dan melakukan bentuk pergerakkan tangan yang telah ditetapkan. Kegunaan isyarat tangan dalam pelajaran, memerlukan penguasaan beberapa kemahiran yang dilakukan secara spontan oleh guru dan murid. Ini mungkin akan lebih mengelirukan murid dan melambatkan proses pembelajaran.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan di antara pengajaran dan pembelajaran kemahiran Nyanyian Semerta yang menggunakan bantuan `Isyarat Tangan’ dengan pengajaran pembelajaran Kemahiran Nyanyian Semerta yang dijalankan tanpa menggunakan Isyarat Tangan.
HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis Null
Tidak ada perbezaan di antara pengajaran dan pembelajaran kemahiran Nyanyian
Semerta yang dijalankan dengan bantuan Isyarat Tangan dengan pengajaran pembelajaran
kemahiran Nyanyian Semerta yang dijalankan tanpa bantuan Isyarat Tangan.
Hipotesis Kajian
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran Nyanyian Semerta yang dibantu dengan Isyarat Tangan adalah lebih berkesan daripada pengajaran dan pembelajaran kemahiran Nyanyian Semerta yang dijalankan tanpa bantuan Isyarat Tangan .
Batas Kajian
Kajian ini adalah terhad kepada situasi yang menyerupai keadaan guru-guru pelatih Maktab Perguruan Rajang. Isyarat Tangan dalam kemahiran Nyanyian Semerta adalah perkara baru kepada mereka. Walaupun ada dari pada mereka yang telah didedahkan kepada kemahiran Nyanyian Semerta tetapi keseluruhannya, kemahiran mereka dalam nyanyian semerta adalah masih pada peringkat rendah. Oleh itu, kajian in terbatas kepada nyanyian semerta pada peringkat awal.
Definasi Istilah
Isyarat Tangan - Bentuk dan pergerakkan jari dan tangan untuk menunjukkan pic tinggi-rendah suara.
Nyanyian Semerta - Menyanyi mengikut not dalam skor lagu tanpa latihan terlebih dahulu.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini ingin melihat samaada pengajaran dan pembelajaran yang dibantu dengan Isyarat Tangan benar-benar berkesan atau tidak. Sejauh mana yang diketahui, kajian seperit ini belum pernah dijalankan di Malaysia walaupun Isyarat Tangan telah pun digalakkan kepada guru-guru pelatih di Maktab Perguruan melalui Kaedah Kodaly.
METODOLOGI
Kajian ini adalah jenis pre - pos control group.
Instrumen kajian ini adalah satu ujian Nyanyian Semerta yang dilaksanakan secara amali. Ianya dibina daripada sepuluh buah lagu pendek yang dicipta khas, berdasarkan kepada urutan kesukaran kaedah Kodaly. Lagu-lagu dalam instrumen ini, dinyanyikan secara spontan oleh setiap respondan kajian, sekali pada ujian pra dan sekali lagi pada ujian pos.
Peringkat kesukaran item instrumen ini dikawal supaya dapat mengelakkan daripada seorang dua outliers yang mungkin berupaya mempengaruhi min untuk terus melambung tinggi dan akhirnya menyebabkan masalah Type 1 Error. Type 2 Error pula dielakkan dengan membinakan item-item supaya ianya tidak terlalu mudah. Range kesukaran instrumen ini adalah sederhana luas dan cukup untuk mendapatkan perbandingan pergerakkan min, sambil mengelak daripada Type 1 dan Type 2 Error. Instrumen ini dibina dengan mengambil kira prestasi bakal-bakal respondan yang diambil melalui pemerhatian dan rujukkan rekod-rekod prestasi dan pengalaman pelatih.
Keesahan Instrumen
Instrumen kajian ini adalah dibina daripada sepuluh item ujian nyanyian semerta. Item-item disusun mengikut peringkat kesukaran jeda yang terdapat pada kaedah kodaly. Soalan satu dianggap sebagai soalan yang paling mudah, manakala soalan sepuluh pula, dianggap sebagai soalan yang paling sukar dari segi jeda-not. Mengikut kaedah Kodaly, jeda yang paling mudah dikuasai adalah jeda yang terdapat di antara mi dan so. Idea yang penting dalam instrumen ini adalah untuk membina satu range kesukaran daripada jeda mudah (soalan satu), kepada jeda yang lebih sukar (soalan sepuluh). Tiap-tiap item mempunyai jumlah markah maksima 10.   Jumlah markah minimum untuk setiap item pula adalah satu dan bukannya kosong.
Kebolehpercayaan Instrumen
Instrumen ini belum pernah digunakan di mana-mana kajian. Oleh itu, satu ujian kebolehpercayaan dijlankan terlebih dahulu ke atasnya, mengunakan 21 orang guru pelatih sebagai respondan. Mereka adalah dipilih daripada Kumpulan mata pelajaran Elektif Seni. Mereka dipilih kerana Nyanyian Semerta adalah satu perkara yang baru bagi mereka. Markah yang diperolehi daripada ujian ini seterusnya dianalisakan menggunakan analisis Cronbach’s Alpha.
Cronbach’s Alpha boleh ditafsirkan sebagai ...the squared correlation between the score a person obtains on a particular scale (the observed score) and the score he would have obtained if questioned on all of the possible items in the universe (the true score). Hasil analisis yang telah dibuat ke atas instrumen kajian ini adalah Alpha = 0.83.
Perlu juga diingatkan di sini bahawa paras Cronbach’s Alpha juga bergantung kepada jumlah item yang terdapat dalam instrumen. Contohnya, instrumen yang mempunyai sepuluh item, akan menghasilkan alpha ke paras 0.71 jika purata antara item berkenaan berada pada paras 0.2. Purata item yang sama pula, akan naik kepada paras 0.86 jika item instrumen berkenaan ditambah kepada 25 item. Marija J. Norusis (1990, B-191). Berbanding dengan contoh di atas, Instrumen kajian ini adalah mempunyai paras kebolehpercayaan yang amat tinggi.
Sempel Kajian
Sempel kajian ini adalah terdiri daripada 60 orang guru pelatih lelaki dan perempuan daripada pelbagai kaum di negeri Sarawak. Semua respondan adalah kumpulan guru pelatih Maktab Perguruan Rajang yang mengambil muzik sebagai matapelajaran Elektif. Nyanyian Semerta dan Isyarat Tangan adalah perkara baru kepada kebanyakkan mereka.
Dua kumpulan diwujudkan. Kumpulan Kawalan terdiri daripada 28 orang, manakala kumpulan eksperimen adalah terdiri daripada 32 orang. Untuk memudahkan perlaksanaan kajian ini, keahlian kedua-dua kumpulan di atas adalah ditentukan berdasarkan kumpulan-kumpulan yang sedia ada di maktab.
Cara-Cara Menjalankan Kajian
Pra ujian adalah diberi kepada kedua-dua kumpulan. Setelah itu, kedua-dua kumpulan (kumpulan Kawalan dan kumpulan Eksperimen) diajar seperti biasa. Pembelajaran Nyanyian Semerta juga diserapkan seperti biasa tetapi kumpulan Eksperimen diajar dengan bantuan Isyarat Tangan. Pengajaran ini dijalankan secara berterusan dalam 2 jam seminggu selama enam minggu (12 jam). Selepas ini, kedua-dua kumpulan diuji sekali lagi (ujian pos). Ujian pra dan ujian pos adalah dijalankan menggunakan instrumen yang sama.
Pengumpulan Data
Ujian pra dan ujian pos adalah dijalankan secara amali. Tiap-tiap respondan diuji seorang demi seorang untuk kedua-dua ujian. Merkah yang diperolehi oleh setiap respondan adalah direkod ke dalam 10 column. Jumlah column yang perlu diwujudkan adalah mengikut jumlah item yang terdapat di dalam instrumen yang digunakan. Untuk memudahkan proses penganalisaan, markah yang diperolehi oleh seseorang respondan adalah direkod ke dalam baris yang sama.
Penganalisaan Data
Tujuan utama penganalisaan data dalam kajian ini adalah untuk mencari perbezaan min pada ujian pos, di antara kumpulan Kawalan dengan kumpulan Eksperimen.
Analisis Diskriptif
Penganalisaan diskriptif sedikit sebanyak dapat memberi gambaran mengenai sifat-sifat respondan. Antara sifat-sifat yang penting, ialah perbezaan min antara kumpulan kawalan dengan kumpulan Eksperimen pada ujian pra. Kumpulan Kawalan mencatat min yang lebih rendah (31.78) jika dibandingkan dengan kumpulan Eksperimen yang mencatan min pada paras 38.93 (sila rujuk JADUAL 1). Ini menunjukkan bahawa ada kemungkinan besar kumpulan Eksperimen mempunyai kemahiran yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan Kawalan pada peringkat ujian Pra. Perbezaan ini perlu diambilkira semasa membuat perbandingan antara kumpulan Kawalan dengan kumpulan Eksperimen pada ujian Pos.
Sisihan piawai yang lebih rendah pada ujian Pos (15.29) untuk kumpulan Eksperimen, jika dibandingkan dengan Sisihan Piawai ujian Pra (17.91), menunjukkan bahawa kemaraan min untuk kumpulan mereka ke paras yang lebih
tinggi telah tersekat. Ini adalah kerana kenaikkan markah untuk bakal-bakal outlier telah tersekat kepada satu platue dan seterusnya menyekatkan pengaruh mereka untuk menaikkan min yang boleh mengakhibatkan type 1 error. Sisihan Piawai bagi kumpulan Kawalan pula, adalah semakin besar pada ujian Pos (13.03), berbanding dengan Sisihan Piawai = 9.75 pada ujian Pra. Ini menunjukkan keluasan range dalam instrumen, dimana pergerakkan min adalah lebih bebas dan mudah. Keadaan seperti ini sedikit sebanyak mengelakkan daripada type 2 error.
RAJAH 1
UJIAN PRA
  N MIN S.PIAWAI
KUMPULAN KAWALAN 28 31.78 9.75
KUMPULAN EKSPERIMEN 32 38.93 17.91
RAJAH 2
UJIAN POS
  N MIN S.PIAWAI
KUMPULAN KAWALAN 28 47.21 13.03
KUMPULAN EKSPERIMEN 32 66.59 15.29

Kesignifikanan Kajian
Perkara utama dalam kajian ini ialah untuk mendapat perbandingan yang adil dan tidak bias di antara kumpulan Kawalan dengan kumpulan Eksperimen pada ujian pos. Kesignifikanan perbandingan berkenaan perlulah diperolehi dengan menggunakan penganalisaan ANCOVA. Ini adalah untuk mengelakkan daripada membuat perbandingan yang bias dan salah disebabkan oleh Min yang tidak sama pada peringkat ujian pra. Untuk mengelakkan daripada ketidakadilan, perbandingan di antara kumpulan Kawalan dengan kumpulan Eksperimen pada peringkat ujian pos adalah didasarkan kepada adjusted mean sepertimana yang terdapat pada JADUAL 3. Adjusted mean untuk kumpulan Kawalan ialah 49.10 manakala kumpulan Eksperimen mempunyai adjusted mean setinggi 64.93.
Kemuncak bagi kajian ini adalah penolakkan hipotesis null dan penerimaan hipotesis kajian. Ini dapat dilakukan dengan dengan adanya nilai F-RATIO yang tinggi dan signifikan pada paras p < 0.01. Nilai-nilai F-RATIO berkenaan bolehlah dirujuk pada JADUAL 3. Nilai F-RATIO yang begitu tinggi dan disokong dengan nilai p yang amat rendah, sekaligus menolak kemungkinan berlakunya type 1 dan type 2 error, Type 1 dan type 2 error boleh berlaku apabila jumlah sampel yang digunakan didapati kurang daripada 30 orang (sempel kajian ini adalah 28 rang sahaja bagi kumpulan Kawalan).
Keyakinan untuk menerima hipotisis kajian juga boleh disokong dengan merujuk kepada nilai SQUARED MULIIPLE R dalam JADUAL 3. Nilai berkenaan boleh ditafsirkan sebagai petunjuk bahawa 49.8% daripada nilai F adalah dijelaskan oleh Isyarat Tangan. Mengikut Cohen (1996, p,242), William J.Vincent (1995, p. 162) .... nilai > .20 adalah besar, nilai > .10 adalah sederhana dan nilai > .05 adalah kecil di dalam sain behavioral.
JADUAL 3
DEP VAR: POS                     N: 60              MULTIPLE R: 0.706                SQUARED MULTIPIE R: 0.498
ANALYSIS OF VARIANCE
SOURCE
SUM-OF-SQUARES
DF
MEAN-SQUARE
F-RATIO
P
KUMPULAN 352.7465 1 3527.465 22.949 0.000
PRA 3079.016 1 3079.016 20.031 0.000
ERROR 8761.417 57 153.709    
ADJUSTED LEAST SQUARES MEANS
  ADJ.LS MEAN SE N
KUMPULAN KAWALAN 49.107 2.381 28
KUMPULAN EKSPERIMEN 64.938 2.223 32
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini telah berjaya menolak hipotesis null dan seterusnya menerima hipotesis kajian. Persoalan kajian telahpun dijawab. Dapatan lain yang boleh diberi perhatian adalah perkara-perkara yang berlaku semasa langkah-langkah perlaksanaan kajian dijalankan. Satu daripadanya ialah, ketangkasan pelajar menguasai lagu-lagu yang digunakan sebagai latihan. Lagu-lagu latihan Nyanyian Semerta yang diajar menggunakan bantuan Isyarat Tangan didapati lebih mudah dan cepat untuk dikuasai.
Dapatan kajian ini boleh juga dilihat dan ditafsir daripada pergerakkan sisihan piawainya. Perbandingan sisihan piawan dalam kedua-dua ujian (pra/pos) sedikit sebanyak telah menjelaskan bahawa Isyarat Tangan adalah lebih berkesan untuk mengajar peringkat awal kemahiran Nyanyian Semerta.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang tidak patut dipandang ringan. Ia merupakan perkara utama dalam pendidikan muzik. Nyanyian Semerta adalah satu latihan nyanyian yang bertujuan untuk menguasai kemahiran membaca muzik dengan sistem solfa. Isyarat Tangan pula adalah satu aktiviti yang dapat membantu kemahiran Nyanyian Semerta. Ketiga-tiga aspek tersebut boleh membantu antara satu sama lain untuk menjadikan seseorang pemuzik berkenaan mahir, kreatif lagi berketrampilan.
Kajian ini adalah tertumpu kepada kemahiran membaca muzik pada peringkat awal. Penguasaan kemahiran yang kukuh pada peringkat awal diharap akan dapat memudahkan lagi penguasasaan kemahiran di peringkat yang lebih sukar.
Kajian seperti ini boleh juga dijalankan di Sekolah Rendah dengan populasi sasaran yang lebih besar. Selain dari itu, keberkesanan Isyarat Tangan boleh juga diterokai dari aspek sebab-sebab ianya berkesan.
Usaha seperti ini diharap akan dapat memperkayakan lagi kegiatan muzik dalam dunia pendidikan. Segala usaha untuk mengkaya dan membela dunia muzik dalah satu usaha ke arah kecemerlangan bangsa dalam persaingan dan evolusi budaya.

BIBLIOGRAFI
Yong Yoke Fah dan Loo, Barnitus. (1994). Mari Bergembira Dengan Rekoder. Penerbit Muzikal.
Pedagogi Kodaly Dalam Pengajaran Pembelajaran Muzik. ( OGOS 1995).
Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru.
Vincent, William J. (1995) . Statistics In Kinesiology . Human Kinetics
Norusis, Marija J. (1990) . SPSS Statistical Data Analysis . SPSS Inc.
Kostka, Stefan & Payne, Dorothy .(1994). Tonal Harmony With an Introduction To Twentieth-Century Music. Third Edition. McGraw- Hill ,Inc.
Jurnal Jilid 8. (1994) . Maktab Perguruan Rajang .
Leedy, Paul, D. (1993). Practical Research .Planninig and Design. Fifth Edition.
Macmillan Publishing Company.
Microsoft Encarta. (1995) Multimedia Encyclopedia. Microsoft Corpporation.
Systat Version 5.0 . Copyright 1990-1994. Systat, Inc.

INDAHNYA BAHASA MELAYU

Van Linschotten (sarjana Belanda yang banyak menulis hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18); Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA DUNIA


Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek agama kerana agama Islam membawa akidah, iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusi akidah, manusia bebas hidup tanpa ada sesuatu yang di­takutinya kecuali Tuhan. Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas dan jujur. Oleh sebab sifatnya sarwajagat dan tidak terbatas-batas bangsa, kaum, keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam dapat diterima oleh semua bangsa di dunia. Inilah antara sebab agama dan tamadun Islam berkembang di seluruh dunia. Di samping itu, agama Islam juga menyediakan undang-undang dan peraturan hidup manusia yang dinamakan Undang-undang Syariat yang dilaksanakan setiap masa dan tempat. Sekiranya akidah menjadi aspirasi dan motif penggerak ke arah tamadun, maka peranan syariat itu ialah menunjuk ajar serta memberi kaedah yang jelas kepada asas pembinaan tamadun. Antara asas itu ialah ilmu, iman dan amal. Ini ditambah pula dengan aspek akhlak, iaitu asas kepada pembinaan peribadi yang luhur. Kesepaduan ketiga-ketiga aspek itu akan membentuk insan yang sem­purna yang merangkumi roh, akal dan jasad. Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja, bahkan mereka menentangnya. Seruan agama secara paksaan yang selama mi diamal­kan oleh pihak gereja telah diubah kepada cara diplomasi dan damai.
 Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang Eropah dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama mi dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk yang pasif lantaran dosa warisan. Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan di dunia, bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671. Seterusnya karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Bukan se­takat menterjemah, malahan orang Eropah juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Robinson Crusoe yang dihasilkan pada abad ke­ 18M.
 Begitu juga idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut Renan, telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali.

Dalam bidang kemasyarakatan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat memberi pendapat, memberi layanan baik terhadap tawanan pe­rang, etika peperangan seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad (saw) dan para sahabatnya termasuk Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali.
 Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipe­lajari daripada orang Islam. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-Ghafiqi.
 Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan al-Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah.
 Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang membuat senjata di kota-kota besar Islam seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar kepada Eropah.
 Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-­karya beliau antaranya Liberab’ci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.
 Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah ter­dapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam.
 Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuh­tumbuhan. Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidang farmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan.
 Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas bermutu tinggi melalui kemajuan teknologi yang mereka miliki. Dalam bidang pertanian, mereka telah membina kincir air dan kincir angin.
 Dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne (1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab.
 Dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir, banyak karya bahasa dan sas­tera dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah. Istilah-­istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan ba­nyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah. Tidak kurang pentingnya tentang ilmu pelayaran Islam. Ramai tokoh ahli pelayaran Islam yang menjadi terkenal antaranya ialah al-Mas’udi, Ibn Jubayr dan Ibn Battutah.
 Dalam bidang ketenteraan pula, taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik dan strategi peperangan pada zaman moden.
 Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi ta­madun mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata. Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.

KAEDAH PENGAJARAN

Nota Kaedah
 Pengajaran secara kuliah menggariskan beberapa kelebihan. Antaranya ialah cara ini berkesan untuk mendapatkan maklumat. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana semua maklumat boleh disampaikan kepada sekumpulan murid yang bsear dalam masa yang singkat. Selain itu, cara ini dapat menyumbang bahan-bahan tambahan yang tidak boleh diperoleh oleh murid-murid melalui buku teks. Kelas lebih mudah dikawal dan sesetengah murid akan merasa lebih puas dengan bentuk penyampaian yang lebih distrukturkan. Mereka lebih mudah menganalisa, menginterpretasi, dan mensintesis bahan-bahan pembelajaran apabila disampaikan secara langsung.
 Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ia merupakan komunikasi satu hala. Interaksi antara pendidik atau guru dengan murid terhad. Pengajaran cara ini tidak menggalakkan murid-murid belajar secara aktif. Pembelajaran melalui penerimaan bahan-bahan kulih biasanya tidak lengkap kerana apa yang didengar atau dicatat secara tergesa-gesa itu akan mudah dilupai atau tidak difahami dengan sempurna. Oleh itu banyak masa diperlukan untuk membuat telahan selepas menerima kuliah. Pengajaran secara kuliah kadangkala tidak boleh mencapai sesetengah jenis objektif kerana ia tidak boleh menolong kita mencapai objektif pemikiran kritikal atau kreatif atau penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor kognitif. Ia juga tidak berupaya mengubah nilai atau sikap dan tidak akan boleh menghasilkan penganut baru. Cara ini biasanya memerlukan guru yang pandai bercakap dan boleh bertutur dengan baik.

PENGAJARAN SECARA KUMPULAN
Pengajaran secara kumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid-murid dalam satu-satu kumpulan tertentu. Lazimnya bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan pengajaran dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok.
 Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid. Kedua, ialah kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan.
 

KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN
a) Kumpulan jenis ini melibatkan murid-murid yang lebih kurang samam taraf kebolehan mereka. Mereka ini diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan penialaian.
b)  Pengumpulan murid-murid mengikut kebolehan biasanya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran seperti lisan, membaca, dan menulis. Ini membolehkan guru memberi perhatian kepada satu-satu kumpulan murid yang hampir-hampir sama kebolehannya dalam usaha menanamkan satu-satu kemahiran. Guru dapat merancangkan jenis pemeringkatan bahan mengikut kebolehan murid-murid dalam kumpulan berkenaan.
c) Kumpulan mengikut kebolehan harus dibentuk berdasarkan penilaian guru, sama ada pemerhatian atau ujian. Kebolehan murid-murid berbeza-beza mengikut mata pelajaran serta aspek-aspek tertentu dalam satu-satu mata pelajaran. Kebolehan mereka berubah-ubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, ahli satu-satu kumpulan tidak semestinya sama sepanjang masa. Perhatian diberi kepada individu-individu hendaklah juga dijalankan.
d) Pada amnya, guru bolehlah membentuk 3 kumpulan:
- kumpulan cerdas (2 kelompok)
- kumpulan sederhana (5 kelompok)
- kumpulan lemah (1 kelompok) Guru harus menyediakan bahan-bahan yang sesuai dan sewajarnya mengikut kelompok masing-masing.


KUMPULAN MENGIKUT PELBAGAI KEBOLEHAN
a) Kumpulan mengikut pelbagai kebolehan boleh dilakukan setelah murid-murid dapat
menguasai kemahiran asas.
b) Melalui kumpulan mengikut pelbagai kebolehan, murid-murid yang cerdas diminta
membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi dan sosial yang sihat dapat dibina melalui aktiviti-aktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan, simulasi, dan sebagainya.
c) Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan mengembangkan bakat
kepimpinan. Perkembangan sahsiah yang sihat dapat juga dibina. Begitu juga halnya dengan pemupukan semangat kerjasama, mengukuhkan sikap bertimbang rasa, bertanggung jawab, bertolak ansur, dan sebagainya. Selain itu, semangat pertandingan yang sihat antara kumpulan juga boleh diadakan.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN KUMPULAN
Berikut diperlihatkan beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian oleh guru sewaktu hendak melaksanakan pengajaran secara berkumpulan :
a) Murid-murid harus dibiasakan dengan satu rutin atau tatakerja aktiviti kumpulan, iaitu apabila satu-satu aktiviti kumpulan hendak dilaksanakan, murid harus tahu tugas mereka. Misalnya, mengambil alat atau bahan, membahagikan bahan-bahan kepada setiap kumpulan, menjalankan aktiviti, mempersembahkan hasil aktiviti, menyimpan bahan dan alat, mengemas tempat, dan lain-lain.
b) Guru harus bersedia dan boleh menerima suasana pelajaran yang agak bising yang ditimbulkan oleh murid-murid semasa mereka bersoal jawab.
c) Guru harus dapat menentukan supaya tidak ada murid-murid yang merasa besar diri atau rendah diri berada di dalam sesuatu kumpulan.
d) Perhatian juga hendaklah diberi kepada individu-individu tertentu walaupun mereka telah ditempatkan dalam kumpulan.
e) Kerjasama dan pertandingan yang sihat hendaklah diwujudkan dalam kumpulan atau diri setiap individu.
f) Sebelum menjalankan aktiviti kumpulan, guru hendaklah menyediakan murid-murid dan beri arahan dengan jelas. Guru hendaklah juga menyediakan tajuk-tajuk perbincangan. Setiap aktiviti yang hendak dijalankan hendaklah dirancangkan terlebih dahulu. Pastikan alat-alat dan bahan-bahan yang diperlukan tersedia.
g) Semasa aktiviti-aktiviti dijalankan, guru hendaklah beredar daripada satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk membimbing dan menggalakkan murid-murid mendapat pengetahuan. Bagi melicinkan pengendalian gerak kerja kumpulan, guru bolehlah melantik beberapa orang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang tugas-tugas tertentu.
h) Di akhir pengajaran,guru hendaklah membincangkan hasil kerja murid bagi tiap-tiap kumpulan. Ini memberi peluang setiap daripada mereka mengetahui tentang apa yang telah diperoleh oleh kumpulan-kumpulan tersebut. Guru boleh juga mempamerkan hasil kerja murid yang didapati baik. Ini dapat membantu meninggikan keyakinan murid. Di samping itu, mereka juga dapat merasakan diri mereka diberi penghargaan. Kadangkala cara ini dapat juga memberi panduan, galakan, dan dorongan kepada murid-murid lain.
i) Sebelum pelajaran ditamatkan, guru dan murid perlu membuat rumusan tentang apa yang dipelajari. Selepas itu mereka diminta mengumpul, mengemas, dan menyimpan barang-barang.

PENGAJARAN SECARA INDIVIDU
Pengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa seitap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasn murid. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.
 Pengajaran secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya. Pertama ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu. Biasanya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk satu pembelajaran yang lebih berkesan, pengajran bentuk ini tidak menggalakkan jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan.
 Bentuk kedua yang boleh dilakukan ialah terhadap murid-murid yang maju dalam pembelajaran mereka. Pengajaran secara individu bukan bertujuan untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. Biasanya, murid-murid akan menggunakan kebijaksanaan mereka sendiri untuk belajar tanpa bergantung sangat kepada guru. Hubungan murid dengan guru adalah paling minimal. Segala sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini.
 Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing, dan untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif mereka pada lain-lain masa. sistem ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara mempelajarinya. Dalam sistem yang lengkap, media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video, dan lain-lain boleh digunakan. Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

PENGAJARAN SECARA KUMPULAN SEBAYA (PEER GROUP)
Pengajaran secara kumpulan sebaya adalah satu lagi cara menyampaikan pelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Ini tidak banyak berbeza dengan cara-cara kumpulan kaedah lain, cuma dalam kaedah ini seorang murid itu diperlukan mengajar atau membimbing rakan-rakannya yang lain.
 Kelas yang dikendalikan melalui cara ini biasanya mengandungi pelajar-pelajar yang hampir-hampir sama dari semua segi. Mungkin mereka berbeza dari segi kecerdasan. Walau bagaimanapun, dalam banyak hal, seperti umur, minat, kecenderungan, dan kepentingan, mereka adalah serupa. Sama seperti kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar-pelajar dalam kumpulan sebaya digalakkan supaya memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan dan ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Dalam pengajaran bahasa, galakan perlu diberi kepada murid-murid pandai supaya membimbing rakan-rakan mereka yang memerlukan pertolongan dalam membaca dan menulis.
 Pengajaran secara kumpulan sebaya, menggalakkan murid-murid berinteraksi sesama sendiri secara bebas. Ia memberi peluang kepada mereka belajar, mengkaji, dan menjalankan aktiviti bersama-sama. Cara ini biasanya menggalakkan perkembangan kemahiran-kemahiran interpersonal. Murid-murid diberi peluang untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan-rakan mereka. Selain itu, melalui perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang diadakan, pelajar-pelajar belajar bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati, rakan-rakan lain, dan sebagainya.
 Dari segi pengajaran, ia tidak banyak membebankan guru. Keadaan murid-murid yang tidak banyak berbeza itu memudahkan guru-guru membuat persediaan. Murid-murid yang pandai pula dapat membantu guru-guru menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid lemah.

PENGAJARAN SECARA KELAS BERCANTUM
Pengajaran secara kelas bercantum biasanya dilakukan dengan menggabungkan dua atau beberapa kelas menjadi satu kumpulan kelas. Murid-murid dalam kelas tersebut tidak mempunyai tahap pencapaian yang sama. Keadaan begini kerap berlaku di sekolah-sekolah rendah yang murid-muridnya terhad kepada bilangan yang amat kecil. Kemungkinan juga ia boleh berlaku jika sesebuah sekolah itu tidak mempunyai cukup guru untuk ditugaskan mengajar kelas-kelas tertentu.
 Kadangkala pengumpulan murid-murid dalam kelas bercantum tidak perlu mengiktu kumpulan kelas. Mereka boleh dikumpulkan mengikut minat, perbezaan pencapaian, dan sebagianya. mereka diperlukan saling membantu seperti satu pasukan.
 Pengajaran secara kelas bercantum, biasanya menggunakan kaedah kumpulan, iaitu murid-murid yang berkebolehan dan yang berada di tahap yang lebih kurang sama dikumpulkan bersama. Setiap kumpulan akan diberi tugas dan mereka belajar serentak dalam masa yang sama.
 Bahan-bahan pengajaran biasanya diperingkatkan mengikut kebolehan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga mungkin berbeza antara kumpulan-kumpulan tersebut. Oleh yang demikian, pengajaran cara ini memerlukan guru-guru yang sanggup bekerja keras, rajin, berdedikasi, dan bertanggung jawab. Mereka juga harus bijak dan boleh menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keadaan sebenar di dalam kelas.

  STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  Menurut Kementerian Pelajaran (1983 : 27), strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya sendiri. Mengikut strategi ini, setiap murid akan mengambil bahagian secara aktif di dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen-komponen kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan, dan persekitaran serta kesenian dan rekreasi.
 Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid.
 Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Strategi ini memainkan peranan penting dalam proses pengajran dan pembelajaran. Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-kemahiran daripada satu mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran.
 Bahan-bahan program bahasa diambil daripada bidang Kemanusiaan dan Persekitaran. Unsur-unsur daripada mata pelajaran seperti sains, geografi, sejarah, sivik, kesihatan, seni lukis, dan lain-lain ilmu pengetahuan telah diserapkan menjadi satu mata pelajaran yang diberi nama Alam dan Manusia.
 Dalam kurikulum baru sekolah rendah, perkara yang ditekankan adalah kepada kemahiran asas. Untuk mencapai kemahiran asas dengan lebih berkesan dan untuk mendapatkan isi ilmu pengetahuan secara tidak langsung melalui kemahiran-kemahiran itu, maka sesuatu pelajaran itu haruslah disampaikan secara terpadu. Dengan berdasarkan program terpadu ini satu pengajaran melalui aktiviti yang menarik dan bermakna dapat diciptakan.
 Program terpadu mengandungi 2 strategi, iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Program ini bertujuan :
i. membolehkan murid-murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan lebih
bermakna
ii. mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana yang lebih menarik
iii. menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan
iv. kemahiran-kemahiran saling memperkukuh.


PENGGABUNGJALINAN
Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Malaysia bukanlah suatu konsep yang baru. Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhan yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar, bertutur, membaca dan menulis atau sebagainya. Dalam hal ini, guru-guru bahasa sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja memang telah ada menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu. Tetapi apa yang disarankan oleh sukatan pelajaran adalah supaya penggabungan itu dapat dilakukan dengan dengan cara yang lebih sistematik, teratur, dan lebih luas lagi.
 Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan mengelakkan compartmentalization iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya, ia bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran lebih berkesan.
 Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada 2 :
i. Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada 4 kemahiran yang sering dijalankan dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran.
Perlu diingat bahawa susuanan atau cara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui :
a) Apakah objektif yang hendak dicapai?
b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan?
c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan?
Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan.
Contohnya :
Lisan  … membaca … menulis
Membaca … lisan  … menulis
Lisan  … membaca … lisan
Lisan   … menulis … membaca
    |_____________________________________|
        |
      TATABAHASA
 Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya, jika bacaan dan kefahaman menjadi kemahiran fokus maka kemahiran menulis sebagai kemahiran sampingan mengukuhkan kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak ditumpukan kepada kemahiran membaca dan kefahaman.
    (i)  (ii)  (iii)
 Lisan   45%  10%  30%
 Membaca  25%  40%  25%
 Menulis  20%  30%  15%
 Tatabahasa  10%  20%  30%
 Dalam model (i), kita dapati pengajaran itu menitikberatkan apsek lisan (45%), dalam model (ii), ia menitikberatkan aspek membaca dan kefahaman (40%), dan model (iii) menitikberatkan aspek lisan dan tatabahasa masing-masing diperuntukkan sebanyak 30%.
 Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik menjadi kemahiran sampingan.
CONTOH :
Tajuk   : Kawan saya.
Kemahiran Bahasa  : Membaca dan menulis tentang kawan saya.
Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya.
Kemahiran Muzik  : Menyanyi lagu ‘Kawan Saya’ untuk mengukuhkan
     perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan.
 Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran dalam beberapa mata pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu.
Bahasa   : a) Kemahiran lisan (mendengar / bertutur)
    b) Kemahiran membaca
    c) Kemahiran menulis
Pendidikan Seni : a) Kemahiran melukis
    b) Kemahiran mewarna
Pendidikan Muzik : a) Kemahiran menyanyi
 


PENYERAPAN
Penyerapan adalah strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata-mata pelajaran lain. Dalam tahap (1) misalnya, isi daripada mata pelajaran Alam dan Manusia diserapkan ke dalam bidang kemahiran bahasa. Penyerapa ini boleh dijalankan di dalam mana-mana kemahiran atau aktiviti bahasa. Di samping itu, beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama, Matematik, Pendidikan Jasmani, Muzik, boleh juga diserapkan ke dalam pelajaran bahasa.
 Biasanya di dalam sesuatu pelajaran bahasa, terutama pada tahap (1), penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Guru mengajar dengan menggunakan isi daripada Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran Bahasa, Pendidikan Seni, dan Muzik.
 Di dalam rajah di bawah, berlaku penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran bahasa, pendidikan seni, dan muzik serta penerapan Alam dan Manusia.
Mata pelajaran Alam dan Manusia meliputi unsur-unsur geografi, sains, sejarah, sivik, dan kesihatan, dan pengetahuan-pengetahuan lain tentang manusia dan alam sekitarnya.
 Mata pelajaran Alam dan Manusia tidak diajar secara bersendirian pada tahap (1), tetapi isi kandungan dan kemahiran-kemahiran diserapkan dan dipadukan dalam program bahasa.
 Pada tahap (2), barulah mata pelajaran itu diajar sebagai satu mata pelajaran yang tersendiri. Strategi penggabungjalinan dan penyerapan digunakan secara meluas bagi menyampaikan pengetahuan-pengetahuan Alam dan Manusia.
  CONTOH PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERAPAN YANG
   BOLEH DILAKUKAN DENGAN KUMPULAN PSR
    (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)

  Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Bidang   : Bacaan dan kefahaman
Tajuk   : Udara dan angin
Rasional  : Konsep Alam dan Manusia
i. Apakah keperluan-keperluan manusia
ii. Bagaimanakah manusia mengubah alam
iii. Bagaimana alam mengubah manusia
Objektif  : i. Di akhir pelajaran murid-murid dapat menyatakan isi
       pelajaran dengan baik.
              ii. Murid dapat menjawab soalan-soalan yang diesdiakan
              iii. Murid dapat membaca dengan baik(intonasi dan sebutan)
Kemahiran Bahasa : i. Lisan (mendengar dan bertutur)
              ii. Membaca
             iii. Menulis
Bahasa Alat  : i. Petikan ‘Udara dan Angin’
              ii. Kad perkataan, kad cantuman, dan lain-lain
Penggabungjalinan : i. Kemahiran bahasa
              ii. Kemahiran pendidikan seni
             iii. Kemahiran muzik
Penyerapan  : i. Isi mata pelajaran sains
               ii. Isi mata pelajaran sejarah
             iii. Isi mata pelajaran geografi
             iv. Isi mata pelajaran kesihatan
Langkah-langkah penyampaian :
i. Set induksi
ii. Langkah-langkah perkembangan isi
iii. Aktiviti guru dan murid
iv. Pendekatan, kaedah, dan teknik
v. Penilaian
Huraian Petikan ‘Angin dan Udara’
i. Sains (konsep)
Udara ada di sekeliling kita
- Bukti-bukti adanya udara
- Angin ialah udara yang bergerak
- Angin boleh :
? menyejukkan benda
? menggerakkan benda
? mengeringkan benda
? membesarkan api dan ombak
? merosakkan benda
ii. Manusia (keperluan)
? Ingin sejuk (kipas)
? Ingin bergerak (layar)
? Ingin mengeringkan (kipas)
? Ingin membesarkan api (kipas)
? Ingin terpelihara daripada ribut (lari atau berlindung)
iii. Geografi (cuaca)
? Dalam udara ada air
? Wap air jadi embun, kabus, awan
? Awan jadi hujan
? Angin bawa sejuk dan panas
? Angin kuat merbahaya
? Arah tiupan angin
iv. Sejarah
? Kenderaan dan layar
? Kipas
? Lawatan ke bulan
? Tenaga angin
? Alat-alat penyejuk, pengering, dan lain-lain yang digunakan dahulu dan sekarang
v. Kesihatan (bersih dan kotor)
? Udara bersih dan pernafasan
? Pencemaran udara (debu, kuman, dan bahn-bahan kimia)
? Udara barsih dan tumbuh-tumbuhan
? Kesan udara ke atas badan manusia
vi. Muzik (nyanyian)
? Menyanyikan lagu tentang udara dan angin
vii. Lukisan
? Melukis gambar yang menunjukkan manusia menggunakan kuasa angin untuk
memenuhi keperluannya (misalnya kipas, kapal terbang, kapal layar, dll)
viii. Drama
? Melakonkan cerita ‘Angin dan Udara’
PENGGABUNGJALINAN PADA PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
Penggabungjalinan bererti menggabungjalinkan beberapa aspek bahasa seperti lisan, bacaan, dan penulisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pengagihan gerak kerja yang menitikberatkan kemahiran tertentu itu, sama ada lisan, membaca, atau menulis, bergantung kepada matlamat semerta. Guru boleh menggunakan kebijaksanaannya, sesuai dengan masa dan sifat-sifat khusus pelajar-pelajar di dalam kelas.
 Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malayisa, pengagihan kemahiran-
kemahiran di dalamnya boleh dibuat seperti berikut :
         I          II         III
 Lisan      30%        10%        40%
 Bacaan      20%        40%        15%
 Penulisan      35%        20%        40%
 Tatabahasa      15%        30%          5%
 Jumlah     100%       100%       100%
Pada peringkat menengah atas, pengajaran bahasa haruslah menitikberatkan penggunaan bahasa sejajar dengan matlamat sukatan pelajaran di mana bahasa Malaysia digunakan sebagai alat komunikasi.latihan tatabahasa adalah melalui penggunaannya dalam situasi atau konteks yang tertentu. Jika didapati penguasaan tatabahasa pelajar itu lemah, masa yang dikhaskan bolehlah diuntukkan bagi pelajaran itu secara mendalam. Walau bagaimanapun, pelajaran tatabahasa itu mestilah mentikberatkan penggunaannya dan bukan semata-mata tentang pengetahuan dan fungsi tatabahasa itu sahaja. Dalam pendekatan ini, tatabahasa diajar secara ‘incidental’ dan dikuasai oleh pelajar-pelajar secara bersahaja, iaitu melalui penggunaannya.
Daripada penjelasa di atas tadi, dicadangkan pula beberapa model pelajaran bahasa berdasarkan konsep penggabungjalinan. Penggabungjalinan ini boleh dijalankan dalam satu waktu atau lebih.
Model (I) :  Bacaan ? lisan ? penulisan
               |_______|
           |
   tatabahasa
Contohnya :
Bacaan   Membaca senyap
Lisan   Latihan kefahaman
   Latihan bahasa dan tatabahasa
   Memberi komen atau kritik
Gerak kerja bertulis Latihan kefahaman
   Latihan tatabahasa
   Latihan meringkas
Model (ii)  Lisan ? penulisan
              |
       tatabahasa
Lisan   Mendengar dan memahami sebahagian daripada petikan perbualan
   Murid berlakon
Penulisan  Menuliskan karangan
 
Model (iii)  Lisan ? bacaan ? penulisan
    |________|
            |
    tatabahasa
Contohnya :
Lisan   Bersoal jawab atau berbincang tentang bacaan
   Mendengar petikan pita rakaman
   Mendengar bacaan murid dan guru
Bacaan   Murid-murid membaca senyap petikan
Lisan   Latihan kefahaman
   Latihan perbendaharaan kata dan tatabahasa
Penulisan  Latihan menjawab soalan-soalan kefahaman berdasarkan isi,
   tatabahasa, dan latihan-latihan bahasa yang lain. Latihan menulis
   sama ada karangan, berita, laporan, dan sebagainya.
 
Model (iv)  Bacaan ? lisan ? penulisan ? lisan
      |_________________|
            |
     tatabahasa
Contoh :
Bacaan   Murid membaca senyap
Lisan    Latihan kefahaman – tatabahasa dan latihan perbualan atau
   perbincangan. Latihan bahasa – bercerita dan mengkritik.
Penulisan  Menyediakan isi untuk forum, ceramah, syarahan, wawancara,
   dan sebagainya
Lisan   Berbahas, berceramah, bersyarah, dll.
Model (v)  Lisan ? penulisan ? lisan
    |__________|
              |
    tatabahasa
Contoh :
Lisan   Mendengar dan memahami melalui pita rakaman
Penulisan  Mencatat isi-isi penting
Lisan   Memberi ceramah dan bersoal jawab

Wednesday, September 7, 2011

DILABEL PROFESOR KANGKUNG?

Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim diselar lagi, kali ini oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sendiri apabila sejarahwan terkenal itu membangkitkan soal asal usul tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera.

pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911Mohamad berkata, dalam membincangkan soal sejarah kemerdekaan, tidak perlu membangkitkan asal usul seseorang seperti kerana perkara itu “tidak elok”.

“Asal usul ini tak payah sebutlah. Yang bercakap itu (Khoo) pun asal mana? Tak eloklah."Bila duduk sini kita anggap semua rakyat Malaysialah,” kata Mohamad.

Semalam, PAS Johor juga mempersoalkan kenyataan Khoo, antaranya yang didakwa menolak kajian ahli akademik lain berkenaan peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera tanpa menghasilkan kajian sendiri, dengan menganggap lelaki itu pengganas.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimKhoo (kanan) sebelum ini dilaporkan mendakwa Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan, menyokong gerakan komunis yang cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman itu dan bukan anak tempatan.

Sebaliknya, menurut Khoo, Mat Indera berasal dari Indonesia dan bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu. Adik Mat Indera – Baharum Shah – bagaimanapun semalam tampil dalam sidang media Pemuda PAS Johor menafikan dakwaan itu.

Membahaskan isu yang sedang hangat itu, Khoo berpendapat bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik dari "kedua-dua belah gabungan politik" dan mereka sebenarnya tidak memahami sejarah.

Sementara itu, aktivis gerakan mahasiswa sekitar 1970-an Hishamudin Rais berkata, pendirian Khoo yang “tidak sana dan tidak sini” dilihatnya sejak tahun 1974 apabila menuntut jurusan sejarah di fakulti tempat Khoo mengajar di Universiti Malaya (UM).

after permatang pauh 916 an oppotunity to change forum 100908 hishamuddin raisKatanya, ketika beliau menganjurkan forum membincangkan gerakan rakyat Vietnam melawan Amerika Syarikat, dua lagi pemforum dikenakan tindakan keras – termasuk seorang profesor Amerika Syarikat dihantar pulang – Khoo tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Sejak dulu lagi dia tidak sana, tidak sini. Tarik balik gelaran profesornya. Kalau di luar Malaysia sudah sudah lama dipecat.

“Tetapi di Malaysia profesor kangkung dan 'kongkang' terus memperbodohkan rakyat,” katanya sambil menyifatkan kesalahan sebegitu sebagai “jenayah” dalam akademik.

About Me

Followers