Friday, December 18, 2009
Salam Maalhijrah
GENERASI muda Islam perlu dilengkapkan dengan ilmu dunia dan akhirat untuk menjadi insan cemerlang. Ummah mesti jadikan sejarah penghijrahan, perjuangan Rasulullah pencetus kejayaan.
Friday, December 4, 2009
Jangan biarkan Kelemahan Membawa Kekecewaan pada diri
Jangan biarkan kelemahan membawa kekecewaan pada diri. Apa yang harus dilakukan ialah setiap kelemahan haruslah dijadikan sebagai satu panduan ke arah memperbaikinya. Dalam proses memperbaiki kita tidak boleh lepas dari cabaran sebelum menemui kejayaan. Kebanyakan kejayaan yang kita tempuhi adalah hasil daripada kelemahan yang telah kita lalui dan diperbaiki. Kejayaan akan tercapai melalui perancangan yang rapi yang harus dilaksanakan. Kejayaan tidak boleh dicapai dengan sekelip mata tanpa adanya perancangan. Tidak siapa pun yang "merancang untuk gagal tetapi ramai yang gagal merancang."
Wednesday, December 2, 2009
KRITIKAN & TEGURAN BUAT PEMIMPIN
Saidina Umar dilantik sebagai Khalifah, beliau meminta rakyat menegur sekiranya dia melakukan kesalahan. Maka, bangunlah seorang lalu berkata sekiranya Umar berbuat salah, maka beliau akan ditegur dengan pedang. Saidina Umar tidak marah, apatah lagi memberikan gelaran buruk kepada orang itu. Sebaliknya, Umar bersyukur kepada Allah kerana masih ada di kalangan umat Muhammad yang sanggup menegur beliau.Seseorang penjawat awam tidak harus dilindungi atau merasa kebal dengan gelaran Dato', ulamak atau kerabat bangsawan. Apabila mereka menawarkan diri untuk dipilih sebagai pemimpin, maka mereka harus bersedia untuk menjustifikasi sesuatu pendapat atau tindakan.Pun begitu, saya juga ingin menegaskan bahawa kritikan-kritikan itu tidak seharusnya menghilangkan rasa hormat, apatah lagi sayang (sekiranya ada) kepada pemimpin-pemimpin tersebut.Sekiranya ada yang tak bersedia untuk dikritik, maka eloklah mereka meninggalkan jawatan awam. Atau lebih baik, usah tawarkan diri untuk apa-apa jawatan awam!
Subscribe to:
Posts (Atom)